Operasi Larangan Terbang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Operasi Larangan Terbang
Sebahagian daripada Campur tangan NATO di Bosnia

Sebuah pesawat F-15C sedang diperiksa oleh anggota penyelenggaraan di Pangkalan Udara Aviano semasa Opreasi Larangan Terbang
Tarikh12 April 1993 – 20 Disember 1995
Lokasi
Keputusan Operasi ditukarkan kepada Operasi Deliberate Force
Pihak yang terlibat
 NATO  Republik Srpska
Komandan dan pemimpin
Amerika Syarikat Jeremy M. Boorda (1993–1994)
Amerika Syarikat Leighton W. Smith (1994–1995)
Republik Srpska Radovan Karadžić
Republik Srpska Ratko Mladić
Kerugian dan korban
Perancis 1 x pesawat Mirage 2000 Perancis terhempas di Laut Adriatik, juruterbang diselamatkan[1]
United Kingdom 1 x pesawat BAE Sea Harrier ditembak jatuh[2]
Amerika Syarikat 1 x pesawat F-16C ditembak jatuh
Amerika Syarikat 1 x pesawat F/A-18C Hornet terhempas di Laut Adriatik membunuh juruterbangnya[3][4]
Amerika Syarikat 2 x MQ-1 Predator musnah
Amerika Syarikat 1 x Sikorsky CH-53E Super Stallion rosak[5]
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Beratus-ratus POWs[6]
Republik Srpska 5 x J-21 Jastreb musnah
Republik Srpska 1 x depoh peluru musnah[7]
Republik Srpska 2 x pos arahan musnah[7][8]
Republik Srpska 1 x landasan terbang rosak[7]
Republik Srpska 4 x tapak peluru berpandu SA-6 musnah[8][9]
Republik Srpska Beberapa kenderaan berperisai rosak

Operasi Larangan Terbang adalah satu operasi Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO) yang bermula pada 12 April 1993 untuk menguatkuasa zon larangan terbang Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di ruang udara Bosnia dan Herzegovina. PBB dan NATO kemudian meluaskan misi operasi merangkumi sokongan udara dekat untuk pasukan PBB di Bosnia dan melaksanakan serangan udara ke atas sasaran-sasaran di Bosnia. Dua belas anggota NATO telah menyumbangkan tentera dalam operasi ini, yang mana berkahir pada 20 Disember 1995. Para juruterbang NATO melakukan 100,420 serangan udara.

Operasi ini memainkan peranan penting dalam mencorak Perang Bosnia dan NATO. Operasi ini menandakan perlawanan tempur pertama[10] dalam sejarah NATO, di mana pada pertempuran udara di Banja Luka berlaku pada 28 Februari 1994, dan pada April 1994, pesawat pertama NATO mengebom sasaran darat dalam satu operasi berdekatan Goražde. Pertempuran ini membantu NATO untuk menerima era selepas Perang Dingin dan mampu beroperasi dalam persekitaran lain selain pertempuran di dataran Eropah Tengah. Kerjasama antara PBB dan NATO semasa operasi ini juga membuka jalan bagi operasi di masa depan. Meskipun ia membantu mewujudkan hubungan PBB-NATO, Operasi Larangan Terbang membawa konflik antara dua buah organisasi ini. Antaranya, ketegangan yang timbul antara kedua-duanya selepas pasukan pengaman PBB ditahan sebagai tawanan sebagai tindak balas ke atas pengeboman oleh NATO.

Operasi Larangan Terbang berlangsung selama lebih dua tahun dalam Perang Bosnia dan memainkan peranan penting dalam semasa konflik. Operasi zon larangan terbang membuktikan kejayaan penggunaan kuasa udara oleh mana-mana pihak dalam konflik ini. Tambahan lagi, serangan udara yang dilancarkan semasa Operasi Larangan Terbang mengakibatkan penubuhan Operasi Deliberate Force, satu kempen pengeboman besar-besaran NATO di Bosnia yang memainkan peranan penting dalam mengakhiri perang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ NATO enforcing no-fly zone in Bosnia[pautan mati kekal] Associated Press, 13 April 1993
  2. ^ Cook, Nick (1 March 2002). "Plus ca change ..? NATO aircraft are still particularly vulnerable to attack from certain forms of guided missiles". Interavia Business & Technology. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-04. Dicapai pada 2017-09-23.
  3. ^ "F-18 Hornet ejection history". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 2017-09-23.
  4. ^ U.S. Jet Crashes in Adriatic, Pilot Dies
  5. ^ Evan Thomas (19 June 1995). "An American Hero". Newsweek. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-08. Dicapai pada 2017-09-23.
  6. ^ West flexes muscle, Karadzic warns against action
  7. ^ a b c Ripley, Tim (2001). Conflict in the Balkans, 1991–2000. Osprey Publishing, pp. 21–24.ISBN 1-84176-290-3
  8. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AFSOUTH tidak disediakan
  9. ^ Air pictorial: journal of the Air League, Volume 57. Air League of the British Empire, 1995
  10. ^ Conflict in the Balkans: NATO Craft Down 4 Serb Warplanes Attacking Bosnia

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Artikel[sunting | sunting sumber]

Sumber tapak sesawang[sunting | sunting sumber]

  • "Operation Deny Flight". AFSOUTH Fact Sheets. NATO Regional Headquarters Allied Forces Southern Europe. Dicapai pada 2011-04-17.
  • "Resolution 816" (PDF). United Nations Security Council Resolutions. UN Security Council. Dicapai pada 2009-02-17.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]