Pergi ke kandungan

Orang Cina Pulau Pinang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Cina Pulau Pinang
槟城华人 / 檳城華人 (Cina)
Jumlah penduduk
718,362
44.9% daripada penduduk Pulau Pinang pada 2022[1] (banci)
Kawasan ramai penduduk
Pulau Pinang
George Town: Pusat bandar, Balik Pulau, Ayer Itam, Tanjung Bungah, Jelutong, Paya Terubong, Tanjung Tokong[2]
Seberang Perai: Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Butterworth, Simpang Ampat[2]
Bahasa
Bahasa Hokkien Pulau Pinang dan Bahasa Mandarin Malaysia (lingua franca)
Malaysia, Melayu Kedah, Inggeris, Manglish
Loghat lain: Kantonis, Teochew, Hakka
Agama
Khususnya Buddha dan/atau Taoisme; jumlah ketara Kristian
Minoriti: Islam, Ateisme
Kumpulan etnik berkaitan
Orang Cina Seberang Laut, Peranakan, Chindia

Orang Cina Pulau Pinang atau kaum Cina Pulau Pinang ialah etnik Cina Malaysia yang berketurunan Cina sepenuhnya atau separa yang berasal atau tinggal di negeri Pulau Pinang. Setakat 2022, 45% penduduk Pulau Pinang tergolong dalam kumpulan etnik Cina, menjadikan etnik Cina komuniti terbesar di negeri ini.[3][4][5] Kebanyakan orang Cina Pulau Pinang ialah keturunan pedagang, akauntan, buruh dan imigran dari selatan China yang berpindah ke Pulau Pinang dari abad ke-18 hingga ke-20. Menjelang pertengahan abad ke-19, George Town, ibu kota Pulau Pinang, menjadi rumah kepada komuniti Peranakan yang penting, juga dikenali sebagai Cina Raja kerana kesetiaan mereka kepada Mahkota British.[6] Di bawah pemerintahan penjajahan British, Pulau Pinang terus mengalami peningkatan penghijrahan orang Cina sepanjang abad ke-19. Memandangkan kumpulan terbesar orang Cina Pulau Pinang ialah suku Hokkien (38% daripada populasi Cina Pulau Pinang pada tahun 1957)[7][8] yang berasal dari wilayah Fujian di selatan China, yang menjadi asal-usul bahasa Hokkien. Hokkien Pulau Pinang kemudian telah berkembang secara beransur-ansur dan kini digunakan secara meluas oleh penduduk Pulau Pinang untuk komunikasi harian.

Peniaga Cina dan kereta kuda di luar kelab mereka di Pulau Pinang, 1881.
Sebuah teater Cina di Pulau Pinang pada tahun 1897.
Pelajar sekolah perempuan Cina dalam perarakan tanglung di Pulau Pinang pada tahun 1937.

Pelaut Cina telah meneroka perairan sekitar Pulau Pinang seawal abad ke-15. Pada zaman Dinasti Ming, pelayar Cina yang diketuai oleh Laksamana Zheng He telah belayar sepanjang Selat Melaka; Pulau Pinang mungkin telah dicatatkan dalam Peta Mao Kun. Namun, hanya sekitar abad ke-18 orang Cina mula tiba di Pulau Pinang. Dicatatkan bahawa kampung nelayan Tanjung Tokong di pantai utara pulau ini diasaskan oleh Zhang Li, seorang pelaut yang tiba di Pulau Pinang beberapa dekad lebih awal daripada Kapten Francis Light.[9][10] Selepas Syarikat Hindia Timur British di bawah Kapten Francis Light mengasaskan George Town pada tahun 1786, etnik Cina mula berhijrah ke Pulau Pinang dalam jumlah yang semakin meningkat. Khususnya, golongan Peranakan yang telah menetap di sepanjang pantai barat Semenanjung Tanah Melayu turut berpindah ke Pulau Pinang.[11] Hal ini, ditambah dengan ketibaan imigran baharu dari China sepanjang abad ke-19, menjadikan etnik Cina sebagai kumpulan etnik terbesar di Pulau Pinang menjelang tahun 1850-an.[12]

Hiasan Tahun Baru Cina di Tokong Kek Lok Si, Pulau Pinang.

Ketika Pulau Pinang berkembang menjadi sebuah entrepôt utama menjelang akhir abad ke-19, kemasukan pelbagai budaya dan agama telah mewujudkan sebuah masyarakat berbilang kaum dan agama yang hidup dalam harmoni. Lama-kelamaan, imigran Cina baharu juga telah diasimilasikan dengan budaya tempatan melalui perkahwinan antara Peranakan dan "sinkeh". Menjelang awal abad ke-20, kempen nasionalis Cina oleh Sun Yat-sen untuk membebaskan Dinasti Qing daripada pemerintahan Manchu mendapat sokongan kewangan yang besar daripada masyarakat Cina di Pulau Pinang. Semasa Perang Dunia Kedua, etnik Cina di Pulau Pinang mengalami layanan yang kejam dan ganas oleh Tentera Imperial Jepun yang menduduki kawasan tersebut. Jepun telah melaksanakan dasar yang dikenali sebagai Sook Ching, satu pembersihan sistematik terhadap unsur-unsur yang dianggap bermusuh, terutamanya dalam kalangan masyarakat Cina. Ratusan etnik Cina serta 3,500 tawanan perang bukan Cina turut dibunuh dan dikebumikan di kubur besar tanpa tanda di seluruh Pulau Pinang sepanjang tempoh pendudukan Jepun.[13]

Demografi

[sunting | sunting sumber]
Penganut Buddha Cina di Tokong Kek Lok Si.

Daripada hampir 720,000 orang Cina di negeri ini, kebanyakannya tertumpu di Pulau Pinang, khususnya di dalam dan sekitar bandar raya George Town.

Etnik Cina merupakan kumpulan penduduk terbesar di Pulau Pinang; Banci Malaysia 2020 menunjukkan bahawa kira-kira 56% daripada penduduk pulau tersebut adalah berketurunan Cina perantauan.[14] Di pulau tersebut, lebih ramai penduduk Cina menetap di Daerah Timur Laut Pulau Pinang, di mana terletaknya George Town, berbanding di Daerah Barat Daya Pulau Pinang yang kurang padat.[15]

Kaum Cina juga membentuk 35.7% daripada jumlah penduduk di Seberang Perai, bahagian tanah besar negeri Pulau Pinang.[14] Mereka kebiasaannya menetap di Daerah Seberang Perai Tengah dan Daerah Seberang Perai Selatan, serta menjadi majoriti ketara di bandar-bandar seperti Bukit Mertajam, Batu Kawan, dan Nibong Tebal.[16]

Peratus penduduk Cina di Pulau Pinang dan Seberang Perai
Kawasan Peratus (%) Tumpuan utama
Pulau Pinang (Pulau) 56.0 Daerah Timur Laut Pulau Pinang (George Town)
Seberang Perai 35.7 Daerah Seberang Perai Tengah (Bukit Mertajam)
Daerah Seberang Perai Selatan (Nibong Tebal, Batu Kawan)
Seorang peniaga wanita Cina memeriksa penghantaran tanglung di George Town.

Menurut Banci Malaysia 2010, sehingga 63.9% daripada penduduk berketurunan Sinitik di Pulau Pinang menggunakan Hokkien sebagai bahasa ibunda.[17] Angka ini turut merangkumi mereka yang berketurunan Peranakan. Kumpulan linguistik Sinitik kedua terbesar ialah Teochew, iaitu 17.8% daripada populasi Sinitik Pulau Pinang, diikuti oleh Kantonis (8.3%). Komuniti Hakka dan Hainan pula mewakili jumlah yang lebih kecil.[17][18]

Kumpulan bahasa Peratus (%)
Hokkien 63.9
Teochew 17.8
Kantonis 8.3
Hakka 5.2
Hainan 1.5
Lain-lain 3.2
Jumlah 100.0
Penarik beca Cina bersama penumpang Amerika di George Town, 1967.

Penggunaan menyeluruh Hokkien Pulau Pinang menjadikannya lingua franca dalam kalangan orang Cina Pulau Pinang. Hokkien tempatan ini berasal daripada subdialek Hokkien Zhangzhou dan telah menyerap banyak istilah dalam bahasa Melayu dan Inggeris sepanjang sejarahnya. Ia kini menjadi dialek tersendiri yang lazim digunakan di utara Malaysia. Uniknya, Hokkien Pulau Pinang dituturkan oleh rakyat negeri ini merentas kaum dalam komunikasi harian sehingga anggota polis turut ditawarkan kursus khas dalam dialek ini.[19][20][21]

Dalam dekad kebelakangan ini, Hokkien Pulau Pinang turut dipopularkan melalui media massa, termasuk buku, kamus dan filem, sebahagiannya didorong oleh usaha mengekalkan kerelevanannya di tengah pengaruh yang kian meningkat daripada bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris, khususnya dalam kalangan generasi muda.[22][23]

Seperti di negeri-negeri lain, generasi muda berketurunan Sinitik kini lebih cenderung bertutur dalam bahasa Mandarin bersama keluarga dan rakan-rakan.

Selain bahasa Hokkien dan bahasa Mandarin, yang menjadi bahasa pengantar utama di sekolah rendah Cina, dialek Kantonis, Teochew dan Hakka juga digunakan oleh sebahagian kecil komuniti Cina. Umumnya, komuniti ini tiba di Pulau Pinang selepas masyarakat Hoklo lebih dahulu menetap pada awal abad ke-19. Komuniti Kantonis dan Hakka menjadi dominan di beberapa kawasan dalam George Town menjelang akhir abad ke-19, manakala sebilangan besar masyarakat Teochew terlibat dalam sektor pertanian di kawasan yang ketika itu dikenali sebagai Province Wellesley (kini Seberang Perai).[18] Sehingga hari ini, ramai keturunan Teochew masih menetap di bandar-bandar seperti Bukit Mertajam, Sungai Bakap dan Nibong Tebal.

Tambahan pula, semua warga Pulau Pinang mampu bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan Malaysia, kerana bahasa ini diwajibkan di semua sekolah. Kesan penjajahan Empayar British turut meninggalkan warisan sistem pendidikan Inggeris dan sekolah mubaligh, yang menyumbang kepada kadar penguasaan bahasa Inggeris yang agak tinggi dalam kalangan orang Cina Pulau Pinang.[24]

Sepinggan kuetiau goreng Pulau Pinang. Hidangan ini merupakan antara makanan jalanan yang paling terkenal dan boleh didapati di kebanyakan gerai di seluruh negeri.

Bersama-sama kaum lain, masyarakat Cina telah memberi pengaruh besar terhadap masakan jalanan Pulau Pinang, yang merupakan antara gaya masakan paling terkenal di Asia Tenggara. Pulau Pinang dikenali dengan pelbagai variasi hidangan Cina seperti kuetiau goreng, Mi Hokkien dan chee cheong fun. Ini termasuk juga asam laksa yang terkenal, iaitu versi tempatan hidangan campuran Peranakan, yang tersenarai di tangga ketujuh dalam senarai 50 hidangan terbaik dunia oleh CNN.[25]

Perarakan Chingay di George Town, Pulau Pinang.
Tanglung Cina di Little India, George Town, Pulau Pinang, menyambut kedatangan Tahun Baru Cina.

Antara perayaan budaya Cina utama yang diraikan di Pulau Pinang termasuklah Tahun Baru Cina (农历新年), Pesta Tanglung (中秋节) dan Pesta Zhong Yuan (中元节). Perayaan terbesar ialah Tahun Baru Cina, yang disambut dengan pelbagai upacara dan tradisi unik Pulau Pinang. Contohnya, sambutan Hari Keputeraan Maharaja Jed atau lebih dikenali sebagai "Tahun Baru Hokkien" yang jatuh pada hari kesembilan Tahun Baru Cina, disambut secara meluas di Pulau Pinang.[26] Perayaan ini turut merangkumi pencahayaan besar-besaran di Kek Lok Si, upacara “tonton api” di Tokong Ular dan rumah terbuka oleh beberapa rumah kongsi Cina berhias indah dalam kawasan Warisan Dunia UNESCO George Town.

Hari Wesak pula diraikan oleh penganut Buddha dengan perarakan besar yang dianjurkan oleh persatuan dan tokong Buddha di Pulau Pinang sejak tahun 1949, dengan perarakan menggunakan kereta perarakan yang memaparkan elemen Mahayana dan Theravada.[27] Kebanyakan penganut Buddha dan Tao juga menyambut Pesta Qingming (清明节) dan Pesta Zhong Yuan sebagai penghormatan kepada saudara-mara dan sahabat yang telah meninggal dunia. Pengikut Tao turut menyambut sambutan ulang tahun dewa-dewa mereka seperti Hari Keputeraan Guan Gong dan Perayaan Sembilan Maharaja Dewa (九皇诞) di tokong-tokong sekitar Pulau Pinang. Penganut Kristian pula meraikan Krismas dan Easter, manakala penganut Katolik turut menyambut Novena St. Anne selama 10 hari di Gereja St. Anne, Bukit Mertajam.

Persembahan Chingay

[sunting | sunting sumber]
Kumpulan tarian singa semasa perarakan Chingay di Pulau Pinang, 1937.

Perarakan Chingay dipercayai bermula di Pulau Pinang pada awal abad ke-20 sebelum berkembang ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia dan Singapura.[28] Versi Pulau Pinang unik kerana persembahan menyeimbangkan bendera gergasi di atas dahi penari. Sejak tahun 1950-an, perarakan Chingay diadakan setiap tahun di George Town pada bulan Disember sebagai usaha mengekalkan amalan budaya unik ini.[29][30][31]

Mercu tanda

[sunting | sunting sumber]

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, salah satu daripada beberapa sekolah menengah Cina di Pulau Pinang.

Kebanyakan orang Cina Pulau Pinang kini sama ada bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Menengah Persendirian Cina, Sekolah Menengah Kebangsaan atau sekolah mubaligh. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, sekolah antarabangsa yang pada asalnya ditubuhkan untuk komuniti ekspatriat di Pulau Pinang turut semakin popular dalam kalangan penduduk tempatan.[32] Hasilnya, masyarakat Cina Pulau Pinang kebanyakannya boleh bertutur dalam bahasa Melayu, bahasa Inggeris, dan sama ada bahasa Mandarin atau dialek Cina lain (biasanya mengikut bahasa ibunda individu). Disebabkan oleh sistem pendidikan Inggeris yang kukuh sejak zaman penjajahan British, ramai rakyat Pulau Pinang, terutama lepasan sekolah mubaligh, mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik.[24] Bahasa Mandarin juga semakin meluas penggunaannya dalam kalangan generasi muda kerana ia digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah Cina seluruh negeri.

Sekolah Cina

[sunting | sunting sumber]

George Town menjadi pusat kepada pendidikan Cina di Malaysia apabila Sekolah Menengah Chung Hwa Confucian ditubuhkan pada tahun 1904. Ia merupakan sekolah Cina pertama di Tanah Melayu British serta yang pertama menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar. Sehingga kini, sekolah-sekolah Cina di Pulau Pinang masih terkenal dengan kecemerlangan akademik. Antara sekolah menengah Cina di Pulau Pinang ialah:

No. Nama sekolah Nama Bahasa Cina Daerah Tahun ditubuhkan Logo
1 SMJK Jit Sin 日新国民型华文中学 Seberang Perai Tengah 1919
2 SMJK Chung Ling 锺灵国民型华文中学 Timur Laut 1917
3 SMJK Perempuan China Pulau Pinang 槟华女子国民型华文中学 Timur Laut 1921
4 SMJK Chung Ling Butterworth 北海锺灵国民型华文中学 Seberang Perai Utara 1986
5 SMJK Jit Sin II 威南日新国民型华文中学 Seberang Perai Selatan 2017
6 SMJK Phor Tay 菩提国民型华文中学 Timur Laut 1935
7 SMJK Convent Datuk Keramat 柑仔园修道院国民型华文中学 Timur Laut 1947
8 SMJK Heng Ee 恒毅国民型华文中学 Timur Laut 1957
9 SMJK Heng Ee Cawangan Bayan Baru 恒毅国民型华文中学峇央峇鲁分校 Barat Daya 2017
10 SMJK Chung Hwa Confucian 孔圣庙中华国民型华文中学 Timur Laut 1921
11 SMJK Union 协和国民型华文中学 Timur Laut 1939
12 SMJK Sacred Heart 圣心国民型华文中学 Barat Daya 1956
No. Nama Sekolah Nama Bahasa Cina Tahun Penubuhan Daerah Logo
1 Sekolah Menengah Han Chiang 韩江中学 1950[33] Timur Laut
2 Sekolah Menengah Persendirian Chung Ling 锺灵独立中学 1962[34] Timur Laut
3 Sekolah Menengah Persendirian Jit Sin 日新独立中学 1962[35] Seberang Perai Tengah
4 Sekolah Menengah Persendirian Perempuan China Pulau Pinang 槟华女子独立中学 1962 Timur Laut
5 Sekolah Menengah Persendirian Phor Tay 菩提独立中学 1962[36] Timur Laut

Senarai Orang Cina Pulau Pinang

[sunting | sunting sumber]
Jimmy Choo, pereka kasut yang terkenal di seluruh dunia.
Chan Peng Soon memenangi pingat perak dalam acara beregu campuran badminton di Sukan Olimpik Rio 2016.
  • Ah Niu (1976– ), penyanyi
  • Andrea Fonseka (1984– ), Ratu Miss Universe Malaysia 2004
  • Angie Ng, peragawati
  • Chan Peng Soon (1988– ), pemain badminton dan pemenang pingat perak Olimpik
  • Chelsia Ng (1981– ), pelakon
  • Chew Choon Eng (1976– ), pemain badminton
  • Chin Eei Hui (1982– ), pemain badminton
  • Chung Keng Quee (1821–1901), pengasas Taiping; rumah agamnya kini dikenali sebagai Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang
  • Chung Thye Phin (1879–1935), tokoh perlombongan dan getah
  • Danny Quah (1958– ), profesor ekonomi di Universiti Nasional Singapura
  • David E. L. Choong (1929–2011), pemain badminton
  • Eddy Choong (1930–2013), pemain badminton
  • Eva Lee Kwok (1942– ), tokoh perniagaan Kanada
  • Gu Hongming (1857–1928), penulis
  • Hannah Tan (1981– ), pelakon, penulis lagu, peragawati dan personaliti TV
  • Heah Hock Aun (1932–2014), pemain badminton
  • Heah Joo Seang (1899–1962), ahli politik dan tokoh korporat
  • Irene Ng (1963– ), Ahli Parlimen Singapura bagi Tampines (2001–2015)
  • Irene Ng (1974– ), pelakon Amerika
  • Ivan Yuen (1990– ), pemain skuasy
  • Jimmy Choo (1948– ), pereka kasut tersohor dunia
  • Khaw Boon Wan (1952– ), Menteri Penyelaras Infrastruktur Singapura dan Menteri Pengangkutan (2015–)
  • Koh Lay Huan (–1826), Kapitan Cina pertama di Pulau Pinang
  • Koh Tsu Koon (1949– ), Ketua Menteri Pulau Pinang ke-3 (1990–2008)
  • Law Choo Kiang (1970– ), Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (2013– )
  • Lim Boon Keng (1869–1957), penerima OBE, doktor perubatan
  • Lim Chong Eu (1919–2010), Ketua Menteri Pulau Pinang ke-2 (1969–1990)
  • Lim Kean Chye (1919–2023), pengasas Kesatuan Demokratik Malaya
  • Lim Khim Wah (1989– ), pemain badminton
  • Loh Boon Siew (1915–1995), pengedar pertama Honda di Malaysia
  • Loh Kean Hean, pemain badminton Singapura
  • Loh Kean Yew, pemain badminton Singapura
  • Low Wee Wern (1990– ), pemain skuasy
  • Lyndel Soon (1978– ), Miss Tourism Malaysia 2001
  • Ng Tat Wai (1947– ), pemain badminton
  • Ooi Tze Liang (1993– ), penerjun
  • Ong Beng Hee (1980– ), pemain skuasy
  • Ong Ewe Hock (1972– ), pemain badminton
  • Ong Hock Thye (1908–1977), hakim
  • Pik-Sen Lim (1944– ), pelakon Britain
  • Saw Teong Hin (1962– ), pengarah filem You Mean the World to Me, filem pertama dalam Hokkien Pulau Pinang
  • Saw Yi Khy (1986– ), perenang
  • Tan Twan Eng (1972– ), novelis
  • Tee Jing Yi (1991– ), pemain badminton
  • Wee Chong Jin (1917–2005), Ketua Hakim Negara pertama Singapura (1963–1990)
  • Wong Pow Nee (1913–2002), Ketua Menteri Pulau Pinang pertama (1957–1969)
  • Woo Wing Thye (1954– ), ahli ekonomi terkenal dunia, graduan Yale dan Harvard
  • Wu Lien-teh (1879–1960), doktor Cina dan calon Hadiah Nobel Perubatan 1935
  • Yeap Chor Ee (1867–1952), ahli perniagaan
  • Yeohlee Teng, pereka fesyen Amerika

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Orang India Pulau Pinang
  1. ^ "Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  2. ^ a b "MyCensus 2020: Mukim/Town/Pekan". Jabatan Perangkaan Malaysia. Putrajaya: 174–175. Februari 2024. ISBN 9789672537069.
  3. ^ "Current Population Estimates 2017". Malaysian Department of Statistics: 55. 14 July 2017.
  4. ^ "Penang – not so Chinese after all". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). 2011-06-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-13. Dicapai pada 2016-12-31.
  5. ^ "槟州议会 | 槟人口增至177万 巫裔45.1% 华裔44.2%". 中國報 China Press (dalam bahasa Cina). 2023-12-13. Dicapai pada 2025-03-09.
  6. ^ Singapore, National Library Board. "Peranakan (Straits Chinese) community | Infopedia". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2016-12-31.
  7. ^ Koh Aun Qi (9 September 2017). "Penang Hokkien and its struggle for survival".
  8. ^ "The process and effects of demographic transition in Penang, Malaysia". January 2013.
  9. ^ "Tanjung Tokong | Property For Sale In Penang Island - The Edge Property Malaysia". news.theedgeproperty.com.my. Dicapai pada 2017-05-16.[pautan mati kekal]
  10. ^ "A peek into Hakka heritage - Community | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 2017-05-16.
  11. ^ "A Straits-born people and language | Unravel Magazine". Unravel. Dicapai pada 2016-12-31.
  12. ^ Usman Haji Yaakob; Nik Norliati Fitri Md Nor (2013). "The Process and Effects of Demographic Transition in Penang, Malaysia" (PDF). School of Humanities. Universiti Sains Malaysia. m/s. 42, 45 6, 9/28. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 21 Oktober 2016. Dicapai pada 25 Januari 2016.
  13. ^ Netto, Anil (6 Oktober 2013). "Old Penang: The Sook Ching massacres of World War II - anilnetto.com". anilnetto.com. Dicapai pada 15 Oktober 2016.
  14. ^ a b "Statistik ringkasan utama bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Malaysia, 2010" (PDF). Jabatan Perangkaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 Februari 2015. Dicapai pada 19 Jun 2013.
  15. ^ "Latar Belakang". dbd.penang.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-06-25. Dicapai pada 2017-05-05.
  16. ^ "Tanah besar Pulau Pinang – Seberang Perai dalam angka". Penang Monthly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-06. Dicapai pada 2017-05-02.
  17. ^ a b "Dialek dan Bahasa dalam Angka". Penang Monthly. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-05-16. Dicapai pada 2017-05-05.
  18. ^ a b "Disparate Identities: Penang from a Historical Perspective, 1780–1941" (PDF). Universiti Sains Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-02-07.
  19. ^ "Mind your Hokkien - The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 13 Oktober 2016.
  20. ^ "Penang Hokkien akan pupus dalam 40 tahun jika tidak digunakan, kata pakar bahasa". 2 Ogos 2016. Dicapai pada 13 Oktober 2016.
  21. ^ Penang Hokkien Dialect for Penangites & Tourists. George Town, Pulau Pinang: Areca Books. 2008. ISBN 978-983-40774-3-3.
  22. ^ "Menterjemah Hokkien Pulau Pinang ke bahasa Inggeris dengan mudah". The Sun. Dicapai pada 13 Oktober 2016.
  23. ^ Loh, Arnold. "Penggambaran filem pertama Hokkien Pulau Pinang bakal bermula". Dicapai pada 13 Oktober 2016.
  24. ^ a b "Penang, the next metropolis?" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2016-10-13.
  25. ^ "50 best foods in the world". Dicapai pada 18 Oktober 2016. Text "CNN Travel" ignored (bantuan)
  26. ^ "Tahun Baru Hokkien (Thni Kong Seh)". www.visitpenang.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2017. Dicapai pada 31 Disember 2016.
  27. ^ II, Administrator. "Sambutan Hari Wesak 2015". www.visitpenang.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2017. Dicapai pada 31 Disember 2016.
  28. ^ Singapore, National Library Board. "Chingay". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 31 Disember 2016. Text "Infopedia" ignored (bantuan)
  29. ^ "myPenang". mypenang.gov.my. Dicapai pada 23 Disember 2017.
  30. ^ "Pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi pasangan Perancis - The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 23 Disember 2017.
  31. ^ "Perarakan persembahan memukau - The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai pada 23 Disember 2017.
  32. ^ "Private schooling getting popular". Penang Monthly. 6 Januari 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2017. Dicapai pada 31 Disember 2016.
  33. ^ "韩江历史 Han Chiang's History | 韩江中学 | Han Chiang High School". 韩江中学 | Han Chiang High School (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-14.
  34. ^ "关于锺灵". Chung Ling Private High School (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-14.
  35. ^ "日新校史 -" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-14.
  36. ^ User, Super. "学校校史". phortay.edu.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-07-14.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]