Orang Cina di Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cina Johor
Kawasan ramai penduduk
Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai, Kluang, Muar, Segamat, Ledang, Pontian
Bahasa
Bahasa Hokkien (di daerah Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Segamat dan Kluang), Bahasa Hakka (di daerah Kulai, Kluang dan Segamat) Bahasa Kantonis (di daerah Mersing), Bahasa Teochew (di daerah Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat dan Muar), Bahasa Hokchiu (di daerah Batu Pahat), Bahasa Hainan (di daerah Johor Bahru), Bahasa Mandarin sebagai dialek perantaraan, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Inggeris
Agama
Buddha, Taoisme, Konfusianisme, Kristian serta minoriti mualaf Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Peranakan

Johor merupakan antara negeri yang maju dimana terdiri daripada pelbagai jenis kaum. Sehubungan itu, orang Cina di Johor adalah golongan minoriti besar dengan populasi pada tahun 2010 adalah seramai 1,208,652 orang, iaitu sebanyak 32.8% daripada jumlah keseluruhan penduduk negeri ini. Kebanyakan orang Cina di Johor menetap di bandar-bandar besar terutamanya Johor Bahru, iaitu di ibu negerinya dan juga di daerah-daerah lain.

Kawasan yang paling ketara populasi kaum Cina mengikut daerah[sunting | sunting sumber]

Persatuan Cina Malaysia cawangan Johor

Kawasan kepadatan penduduk Cina[sunting | sunting sumber]

Antara kawasan yang padat dengan populasi kaum Cina di Johor adalah seperti Johor Bahru, Batu Pahat, Kulai, Kluang, Muar, Segamat, Tangkak dan Pontian. Berikut merupakan bancian kaum cina di Johor dari tahun 1931 sehingga tahun 2010:

Tahun Jumlah penduduk Melayu Peratus Cina Peratus
1931[2] 505,311 46.4% 41.4%
1947[3] 738,251 43.8% 48.1%
2000 2,740,625 57.1% 35.4%
2010 3,348,283 1,811,139 58.9% 1,034,713 33.6%
2020 4,009,670 2,219,174 60.1% 1,208,652 32.8%

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Muzium Warisan Tionghua Johor Bahru

Kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu sudah bermula pada awal abad ke-15 iaitu semasa zaman Kerajaan Melayu Melaka telah menjalinkan hubungan perdagangan dan persahabatan dengan negara China. Penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu khususnya di Negeri-negeri Selat semakin pesat pada awal abad ke-19, berikutan dengan perkembangan perdagangan di Pulau Pinang dan Singapura.

Pada tahun 1866, Temenggung Abu Bakar, anakanda Temenggung Ibrahim, dilantik menjadi Sultan Johor secara rasmi dan menamakan Bandar Tanjung Puteri sebagai Johor Bahru. Sultan Abu Bakar memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Dibawahnya, Johor menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada abad ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai "Bapa Johor Moden". Orang Cina dibawa masuk melalui Sistem Kangchu untuk bekerja sebagai buruh di ladang lada hitam dan gambir.

Kebanyakan imigran Cina yang tiba di Tanah Melayu berasal dari Selatan China iaitu dari wilayah Kwangtung, Kwangsi, Hainan dan Fukien. Mereka terdiri daripada suku Hakka, Kantonis, Teochew, Hailam dan Hokkien. Sebelum Perang Dunia Kedua pada tahun 1941, orang Cina hanya menjadikan Tanah Melayu sebagai petempatan sementara untuk mencari kekayaan dan mereka pasti akan kembali ke negara asal. Namum, selepas Perang Dunia Kedua tamat keinginan orang Cina mulai berubah dan mereka mula ingin menetap di Tanah Melayu.

Cara kemasukan orang Cina[sunting | sunting sumber]

Sistem tiket kredit

Melalui sistem tiket kredit, kedatangan orang Cina dibiayai secara hutang oleh seorang ejen. Mereka akan bekerja dengan ejen tersebut dalam tempoh masa tertentu sehingga hutang mereka selesai. Selepas tempoh tersebut, mereka akan dibebaskan untuk memilih untuk mencari pekerjaan lain dengan majikan lain atau terus kekal dengan majikan asal. Buruh Cina ini dikenali sebagai “Singkheh”.

Sistem Kangchu

Melalui Sistem Kangchu, orang Cina digalakkan berpindah dari Singapura dan menetap di Johor serta membuka ladang lada hitam dan gambir di bawah pengawasan seorang Kangchu iaitu ketua puak-puak orang Cina. Setiap Kangchu dipertanggungjawabkan mengawal, membayar sewa bagi kawasan yang dibuka serta menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh buruh Cina di bawah pengelolaannya. Pada tahun 1860-an, seramai 15,000 orang Cina telah dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangchu ini.

Cara Persendirian

Orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu bagi mengatasi kesempitan hidup di China melalui bantuan rakan, ahli keluarga ataupun dengan perbelanjaan sendiri.[4] [5]

Populasi mengikut daerah[sunting | sunting sumber]

Pekan Cina di Johor Bahru.
Daerah Populasi cina
Johor Bahru 473,584
Batu Pahat 124,009
Kluang 89,805
Muar 88,657
Kulai 84,058
Segamat 60,678
Tangkak 45,445
Pontian 41,723
Kota Tinggi 19,536
Mersing 7,218

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Foon Yew 5
Restoran Cina di Johor Bahru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bancian 2020
  2. ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
  3. ^ http://www.sabrizain.org/malaya/library/construction2.pdf
  4. ^ "Migrasi Orang Cina ke Tanah Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-12-24. Dicapai pada 2014-11-07.
  5. ^ http://studentsrepo.um.edu.my/100/5/BAB2.pdf
  6. ^ Taburan Penduduk dan Ciri-ciri Asas Demografi Bancian tahun 2010