Orang Hawaii

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Orang Hawaii
Kānaka Maoli, Hawaiʻi Maoli
Native Hawaiians
Sebuah keluarga peribumi Hawaii s. 1890
Jumlah penduduk
527,077 orang (banci 2010)
156,146 orang (darah tulen)[1]
Kawasan ramai penduduk
Amerika Syarikat
(Hawaii, California, Washington,
Utah, Alaska, Nevada)
Bahasa
Bahasa Inggeris Amerika Syarikat,
Bahasa Hawaii,
Bahasa Isyarat Hawai'i (HSL),
Bahasa Pijin Hawaii
Agama
Kristian (Anglikanisme), Politeisme, Kepercayaan agama Hawaii
Kumpulan etnik berkaitan
orang Samoa, orang Tahiti

Orang Hawaii (Hawaii: kānaka ʻōiwi, kānaka maoli, Hawaiʻi maoli; bahasa Inggeris: Native Hawaiians) merupakan orang peribumi rumpun Polinesia yang menduduki kepulauan Hawaii.[2] Mereka berasal daripada para pelayar Polinesia yang meneroka lautan Pasifik yang menemukan serta mendirikan petempatan manusia di kepulauan tersebut sekitar 1219 dan 1266 M (berdasarkan kajian bukti peninggalan). Sebanyak 527,000 orang diperangkakan berketurunan masyarakat ini pada 2005,[1] sebanyak 9.9% penduduk seluruh Hawaii dikirakan daripada bangsa ini.[3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ketibaan pelayar Polinesia[sunting | sunting sumber]

Penyatuan kepulauan[sunting | sunting sumber]

Pertembungan dengan Barat[sunting | sunting sumber]

Pasca-pengilhakan[sunting | sunting sumber]

Budaya[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Orang Hawaii mempunyai kepercayaan animistik yang dikembangkan dari kefahaman mereka terhadap tanah dan pertalian keluarga panjang.[4] Mereka turut mempercayai keberadaan semangat serata alam sekitar dari yang ada pada ombak lautan hingga ke langit.

Terdapat empat dewa yang disembah dalam masyarakat ini iaitu Kāne dewa pencipta, Kanaloa dewa laut, dewa perang, and Lono dewa keamanan dan kesuburan.[5]

Masyarakat ini pernah mempunyai aturan pantang larang tersendiri yang diamalkan secara ketat sesama mereka iaitu kapu, tetapi aturan ini dimansuhkan pada zaman Raja Kamehameha II tahun 1819.

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Seni[sunting | sunting sumber]

Orang Hawaii mempunyai seni tari hula yang pada asalnya dilakukan sebagai persembahan kepada para dewa mereka dengan iringan alat-alat muzik tradisi;[6] tetapi penerapan muzik diperkenalkan dari Amerika turut menjadikan tarian ini sebagai suatu bentuk hiburan santai.[7] Mereka turut mempelopori sukan luncur air (heʻe ʻana) sebagai suatu cara mempertunjukkan keberanian mengharungi ombak-ombak.[8]

Muzik moden Hawaii terhasil dari pertembungan budaya Barat dengan masyarakat setempat dengan adanya alat unik seperti gitar keluli dan ukulele. Bahkan, unsur-unsur baru diterapkan dalam muzik ini turut ketara mempengaruhi muzik moden masyarakat serantau Polinesia lain.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Hixson, Linsday; Hepler, Bradford; Ouk Kim, Myoung (Mei 2012). 2010 Census Brief, The Native Hawaiian and Other Pacific Islander Population: 2010 (PDF) (Laporan). United States Census Bureau. m/s. 15. C2010BR-12. Dicapai pada 10 Mac 2019. "There were 156,000 people who reported Native Hawaiian with no additional detailed NHPI group or race group and an additional 371,000 people who reported Native Hawaiian in combination with one or more other races and/or detailed NHPI groups. Thus, a total of 527,000 people reported Native Hawaiian alone or in any combination."
  2. ^ "American Heritage Dictionary Entry: native hawaiian". The American Heritage Dictionary of the English Language (ed. Fifth). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2017. Dicapai pada 23 Mac 2015.
  3. ^ Bureau, U.S. Census. "American FactFinder—Results". census.gov. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Februari 2020. Dicapai pada 5 Januari 2017.
  4. ^ "A Peek at the Native Hawaiian Culture, History, and Beliefs". US Travelia (dalam bahasa Inggeris). 2015-05-11. Dicapai pada 2020-11-07.
  5. ^ "Religious Beliefs In Hawaii". WorldAtlas (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-23.
  6. ^ "Instruments". Ka'Imi Na'auao O Hawai'i Nei Institute (dalam bahasa Inggeris). 2019. Dicapai pada 2019-09-01.
  7. ^ "The History Of The Hula Dance". EverydayHealth.com. Dicapai pada 2019-09-01.
  8. ^ Isaiah Helekunihi Walker (2011). Waves of Resistance: Surfing and History in Twentieth-century Hawaiʻi. University of Hawaiʻi Press. m/s. 16. ISBN 978-0-8248-3547-7.
  9. ^ Manuel, Peter (1988). Popular Musics of the Non-Western World. New York: Oxford University Press. m/s. 236–241. ISBN 978-0-19-506334-9.