Orang India Amerika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Indian Americans
Jumlah populasi
(3,443,063
1.0% daripada penduduk Amerika Syarikat (2014)[1])
Kawasan ramai penduduk
New Jersey, Northeast Ohio, New York City, Metro Detroit, Atlanta, Raleigh-Durham, Baltimore-Washington, Boston, Chicago, Dallas-Fort Worth, Houston, Los Angeles, Philadelphia, San Francisco Bay Area, Seattle Metropolitan area
Bahasa
Inggeris, Hindi,Tamil[2][3] Bengali,[2] Punjabi,[4] Lain-Lain Bahasa etnik India[3]
Agama
57% Hindu, 18% Kristian, 14% Tidak beragama, , 5% Sikh,4% Islam, 2% Jainisme (2012)[5][6]

India Amerika atau Indo-Amerika adalah rakyat Amerika Syarikat yang berketurunan India.Orang India Amerika merupakan kumpulan etnik yang paling berjaya dalam sosio-ekonomi di Amerika Syarikat. Rakyat Amerika berketurunan India terdiri daripada 3.1 juta orang, yang mewakili kira-kira 1% daripada penduduk Amerika Syarikat pada tahun 2013. India Amerika juga merupakan kaum etnik ketiga terbesar dari Asia di Amerika selepas Orang Cina Amerika dan etnik Filipina Amerika. Biro Bancian Amerika Syarikat menggunakan istilah Asian Indian untuk mengelakkan kekeliruan dengan orang asli Amerika biasanya dirujuk sebagai American Indian.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Menurut Bancian Amerika Syarikat 2010, Orang India Amerika Syarikat meningkat daripada hampir 1,678,765 pada tahun 2000 (0.6% daripada penduduk Amerika Syarikat) ke 2,843,391 pada tahun 2010 (0.9% daripada penduduk Amerika Syarikat), kadar pertumbuhan sebanyak 69.37% , salah satu daripada kumpulan etnik yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat, walaupun ia masih salah satu daripada komuniti yang paling kecil di Amerika Syarikat.

Biro Banci Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat 679,173 orang India di Kawasan metropolitan New York dan ia menjadikanya kawasan metropolitan yang mempunyai penduduk etnik India yang paling terbesar di Amerika Syarikat. Sekurang-kurangnya dua puluh enklaf India Amerika disifatkan sebagai Little India telah muncul dalam kawasan metropolitan Bandar Raya New York.

Kawasan metropolitan lain dengan populasi besar etnik Indiam di Amerika ialah Atlanta, Baltimore-Washington, Boston, Chicago, Dallas-Ft. Worth, Detroit, Houston, Los Angeles, Philadelphia, dan San Francisco-San Jose-Oakland.

Jumlah dan peratus kaum India mengikut negeri di Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Negeri Populasi Kaum India
(2010 Census)[7]
% Daripada Penduduk Negeri
(2010 Census)
Populasi Kaum India
(2000 Census)
% Perubahan
(2000 - 2010)
California 528,176 1.42% 360,392 46.6%
New York 313,620 1.62% 296,056 5.9%
New Jersey 292,256 3.32% 169,180 72.7%
Texas 245,981 0.98% 129,365 90.1%
Illinois 188,328 1.47% 124,723 51.0%
Florida 128,735 0.68% 70,740 82.0%
Virginia 103,916 1.30% 48,815 112.9%
Pennsylvania 103,026 0.81% 57,241 80.0%
Georgia 96,116 0.99% 46,132 108.3%
Maryland 79,051 1.37% 49,909 58.4%
Massachusetts 77,177 1.18% 43,801 76.2%
Michigan 77,132 0.78% 54,656 41.1%
Ohio 64,187 0.56% 38,752 65.6%
Washington 61,124 0.91% 23,992 154.8%
North Carolina 57,400 0.60% 26,197 119.1%
Connecticut 46,415 1.30% 23,662 96.2%
Arizona 36,047 0.56% 14,741 144.5%
Minnesota 33,031 0.52% 16,887 95.6%
Indiana 27,598 0.43% 14,865 85.7%
Tennessee 23,900 0.38% 12,835 86.2%
Missouri 23,223 0.39% 12,169 90.8%
Wisconsin 22,899 0.40% 12,665 80.85
Colorado 20,369 0.41% 11,720 73.8%
Oregon 16,740 0.44% 9,575 74.8%
South Carolina 15,941 0.34% 8,856 80.0%
Kansas 13,852 0.49% 8,153 69.9%
Alabama 13,036 0.27% 6,900 88.9%
Kentucky 12,501 0.29% 6,771 84.6%
Oklahoma 11,906 0.32% 8,502 40.0%
Nevada 11,671 0.43% 5,535 110.9%
Delaware 11,424 1.27% 5,280 116.4%
Louisiana 11,174 0.25% 8,280 35.0%
Iowa 11,081 0.36% 5,641 96.4%
New Hampshire 8,268 0.63% 3,873 113.5%
Arkansas 7,973 0.27% 3,104 156.9%
Utah 6,212 0.22% 3,065 102.7%
Nebraska 5,903 0.32% 3,273 80.4%
Mississippi 5,494 0.19% 3,827 43.6%
Washington, D.C 5,214 0.87% 2,845 83.3%
Rhode Island 4,653 0.44% 2,942 58.2%
New Mexico 4,550 0.22% 3,104 46.6%
Puerto Rico 3,523 0.09% 4,789 -26.4%
West Virginia 3,304 0.18% 2,856 15.7%
Hawaii 2,201 0.16% 1,441 52.7%
Idaho 2,152 0.14% 1,289 67.0%
Maine 1,959 0.15% 1,021 91.9%
North Dakota 1,543 0.23% 822 87.7%
Vermont 1,359 0.22% 858 58.4%
Alaska 1,218 0.17% 723 68.5%
South Dakota 1,152 0.14% 611 88.5%
Montana 618 0.06% 379 63.1%
Wyoming 589 0.10% 354 66.4%
Jumlah Besar penduduk kaum India di Amerika Syarikat 2,843,391 0.92% 1,678,765 69.4%

Statistik mengenai kaum India di Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, daripada 1,266,264 imigren ke Amerika Syarikat , 58,072 berasal dari India. Imigresen dari India kini berada pada paras tertinggi dalam sejarah. Antara tahun 2000 dan 2006, 421,006 pendatang India telah dimasukkan ke AS, meningkat daripada 352.278 dalam tempoh 1990-1999.Kaum India terdiri daripada 16.4 peratus daripada masyarakat Asia-Amerika. Pada tahun 2000, penduduk India yang dilahirkan di Amerika Syarikat adalah 1,007,000. Menurut Biro Banci Amerika Syarikat, di antara tahun 1990 dan 2000, penduduk India di Amerika Syarikat meningkat 130% - 10 kali purata negara sebanyak 13%. Kajian bersama Duke University – UC Berkeley mendedahkan bahawa jumlah kaum India yang mengasaskan syarikat kejuruteraan dan teknologi adalah lebih banyak berbanding pendatang dari UK, China, Taiwan dan Jepun digabungkan. Kajian oleh AnnaLee Saxenian pada tahun 1999 melaporkan bahawa satu pertiga daripada saintis dan jurutera di Silicon Valley adalah kaum India. Penyelidikan beliau menunjukkan bahawa pada tahun 1998, tujuh peratus daripada syarikat berteknologi tinggi di Lembah Silikon dipimpin oleh CEO berbangsa India. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa 23% daripada graduan sekolah perniagaan di India mengambil pekerjaan di Amerika Syarikat

Rujukan[sunting | sunting sumber]