Orang Melayu Myanmar
Melayu Myanmar/Melayu Burma/ملايو ميانمار ပသျှူးလူမျိုး พม่าเชื้อสายมลายู | |
|---|---|
Sekumpulan Melayu Myanmar pada tahun 1950-an. | |
| Jumlah penduduk | |
| 27,000 di Myanmar (tidak termasuk bilangan diaspora di Thailand dan penghijrahan kembali ke Malaysia) | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Tanintharyi (kebanyakannya di Daerah Kawthaung); Ranong, Thailand; Langkawi, Malaysia | |
| Bahasa | |
| Melayu Kedah · Thai Selatan · Burma | |
| Agama | |
| Kebanyakannya | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Orang Melayu (terutamanya Orang Melayu Kedah dan Orang Melayu Thai), orang Moken |
Orang Melayu Myanmar atau Melayu Burma (bahasa Inggeris: Burmese/Myanmar Malays, Jawi: ملايو ميانمار, Bahasa Burma: ပသျှူးလူမျိုး, Pashu),[1] kebanyakannya tinggal di Wilayah Tanintharyi di selatan Myanmar. Terdapat beberapa orang Melayu yang tersebar dari negeri-negeri paling utara Malaysia dan dari selatan Thailand. Mereka dipercayai berketurunan Melayu Kedah. Beberapa orang Moken di Kepulauan Mergui bertutur dalam dialek Melayu.
Pada tahun 1865, kumpulan Arab-Melayu yang diketuai oleh Nayuda Ahmed, mengembara dan mengumpul hasil laut di sekitar Kepulauan Mergui menetap di Victoria Point Bay, kini terletak di Kawthaung zaman moden, yang memulakan gelombang pertama penghijrahan dari Kedah. Orang Melayu Burma kebanyakannya tinggal di Perbandaran Bokpyin dan beberapa pulau di bahagian selatan Kepulauan Mergui.
Pengaruh Melayu jelas kelihatan pada nama penempatan tertentu berhampiran Kawthaung - perkataan Kampong, Ulu, Telok, Tengah dan Pulau (masing-masing perkataan Melayu untuk kampung, terpencil, teluk, tengah dan pulau) muncul dalam segelintir nama penempatan.
Dalam Tinjauan Etnologi Burma 1917, terdapat 6,368 individu yang dikenal pasti sebagai Melayu.[2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kepulauan Mergui (juga Kepulauan Myeik atau Myeik Kyunzu) adalah sebuah kepulauan terselatan di Myanmar. Ia terdiri dari lebih 800 pulau, berlainan saiz dari yang sangat kecil ke beratus-ratus kilometer persegi, semua terletak di Laut Andaman di pesisir barat Semenanjung Melayu berhampiran hujung arah ke arahnya (utara) di mana ia memasuki bakinya Indochina. Orang Myanmar pernah menggelar seluruh Semenanjung Melayu sebagai Pashu Kyun Swe atau Semenanjung Pashu. Kadang-kadang kepulauaun itu dirujukkan sebagai Kepulauan Pashu oleh kerana penduduk Melayu digelar secara tempatan sebagai Pashu.[3] Orang Melayu Myanmar adalah keturunan kumpulan etnik bangsa Austronesia lebih banyak menduduki keseluruhan Semenanjung Melayu termasuk pantai barat bahagian utara yang berada dalam Myanmar dan Kepulauan Mergui.[4]
Divisyen Tanintharyi (bahasa Melayu: Tanah Seri) mengikut sejarah merangkumi keseluruhan semenanjung Tanintharyi - Bahagian Tanintharyi hari ini, negeri Mon dan Negeri Kayin selatan. Daerah semenanjung ini adalah sebahagian dari kerajaan Mon asas Thaton sebelum tahun 1057 dan sebahagian dari Empayar Pagan Raja Anawrahta selepas tahun 1057. Tidak lama selepas jatuhnya Pagan pada tahun 1287, kawasan ini jatuh ke kerajaan Thai Sukhothai yang berkuasa, dan kemudian penggantinya keraja beraja Ayutthaya. Daerah ini dipulangkan kembali kepada Myanmar pada tahun 1564 apabila Raja Bayinnaung dari dinasti Taungoo menakluk semua wilayah Siam. Sebuah kerajaan yang bangkit semula selapas Ayutthaya menuntut semula bahagian selatan Tanintharyi pada tahun 1593 dan keseluruhan semenanjung pada tahun 1599.[5] Pada tahun 1614, Raja Anaukpetlun mendapat kembali sebahagian atas pantai ke Dawei tetapi gagal menawan kembali wilayah selebihnya.[6] Raja Alaungpaya dari Dinasti Konbaung memulih seluruhan daerah ini untuk orang Myanmar pada tahun 1758. Orang Myanmar menggunakan Tanintharyi sebagai asas maju untuk melancarkan beberapa serangan ke atas Siam pada tiga dekad yang berikut. Orang Siam cuba untuk mengambil semula Tanintharyi pada tahun 1792 tetapi orang Myanmar berjaya menangkis serangan.[7] Tidak lama selepas perang tamat, Britain dan Siam menandatangani perjanjian persempdanan pada 20 Jun 1826, dan sebuah lagi perjanjian pada tahun 1868.[8] Pada abad ke-18, Mergui adalah pelabuhan milik keraja beraja Ayutthaya. Ia menjadi sebuah pusat perdagangan penting, khususnya untuk orang eropah, yang akan mendarat di Mergui, mengembara atas sungai ke Tanintharyi (Tenasserim) dan kemudian menyeberangi gunung-ganang untuk sampai ke Ayutthaya. Pegawai Perancis Chevalier de Beauregard dijadikan gabenor bandar Mergui selepas pemberontakkan terhadap orang Inggeris padabulan Julai 1687.[9] De Beauregard telah dinamakan Gabenor oleh raja Siam Narai, untuk mengganti Samuel White, seorang Inggeris.[10] Orang Perancis kemudian diusir dari Mergui berikutan revolusi Siam pada tahun 1688. British menduduki daerah ini selepas Perang Burma-Inggeris Pertama (1824–1826). Rakhine dan Tanintharyi dipindahkan ke pemerintahan British. Kesimpulannya, kebanyakan dari orang Melayu yang menetap di selatan Myanmar dan selatan Thailand adalah berketurunan Melayu Kedah. Ini di sebabkan oleh kerana Kedah pernah menjadi kuasa hebat dalam sejarah Asia Tenggara. Empayarnya memanjang dari bahagian selatan Myanmar Taninthayi hingga negeri-negeri utara Malaysia.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Majoriti penduduk Kawthaung terdiri dari etnik Thai yang beragama Islam atau Buddha, Bamar dan etnik-etnik minoriti yang lain (seperti Shan, Karen dan Mon). Orang Salone (Moken), Gipsi Laut, dan Melayu dikenali dengan nama, "orang Pashu" oleh penduduk tempatan. Cina Burma dan India Burma, yang berpindah ke Kawthaung semasa era penjajahan untuk melombong bijih timah dan industri-industri lain juga mendiami Kawthaung. Jumlah penduduk Pashu adalah kurang dari 100,000 di sebabkan ramai daripada mereka berhijrah ke Malaysia, Thailand dan ke wilayah-wilayah lain di Burma, terutamanya ke Rangoon. Orang Pashu selebihnya banyak mendiami bahagian paling selatan, Kawthaung. Kawthaung (Bahasa Burma: ကော့သောင်းမြို့; MLCTS: kau. saung: mrui.; Bahasa Thai: เกาะสอง; Melayu: Pulodua) adalah bahagian terselatan di Myanmar. Ia terletak di Divisyen Tanintharyi. Semasa pemerintahan British di Burma di antara tahun 1824 dan 1948, ia dikenali sebagai Titik Victoria. Pada tahun 1859, sebuah kumpulan Cina dan Thai tempatan mendiami Maliwan, sebuah tempat dengan banyak tumbuhan berbunga yang dikenali sebagai Maliwan dalam bahasa Thai. Pada akhir tahun 1865, sebuah kumpula Arab-Melayu yang diketuai oleh Nayuda Ahmed, berlayar dan memungut barangan laut di sekitar Kepulauan Mergui dan mendirikan sebuah penempatan dan kampung di teluk Titik Victoria.[11] Melayu Burma tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung-kampung sekitarnya dan beberapa pulau di Teluk Bengal.[12]
Bahasa, budaya dan kepercayaan
[sunting | sunting sumber]Kumpulan etnik Melayu ini mempunyai hubungan rapat dengan Melayu Kedah dan wilayah di selatan Thailand (Melayu Thailand). Bahasa yang paling banyak dituturkan di kawasan ini adalah Burma, diikuti dengan Thai. Orang Melayu Burma mampu bertutur dalam dua bahasa iaitu bahasa Burma dengan loghat Myeik (Beik) sepertimana rakyat tempatan selain bahasa Melayu yang mana tergolong di dalam keluarga bahasa Austronesia. Orang Melayu di Burma bertutur dalam dialek Kedah-Perlis. Etnik Melayu memiliki budaya Muslim sejak abad ke-15.[13] Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca nusantara, dan bahasa bahasa-bahsa creole berasaskan bahasa Melayu yang wujud di kawasan paling selatan di Burma. Selain bertutur dalam bahasa Melayu, beberapa golongan tua boleh membaca tulisan Jawi, tulisan bahasa Melayu yang ditulis dalam abjad Arab (bahasa Melayu moden juga ditulis dalam abjad Rom). Golongan ini tertumpu di bandar Bokpyin dan kampung sekitarnya serta pulau-pulau yang berhampiran di Teluk Benggala. Di Kawthaung (bandar paling selatan di Burma), di seberang Ranong di selatan Thailand, terdapat banyak masjid termasuk Masjid Pashu.[14] Ramai beberapa orang Pashu yang berkahwin campur dengan Muslim lain di Burma. Beberapa remaja mereka menerima pendidikan kerajaan sekular Burma, akan tetapi terdapat juga yang menerima pendidikan di sekolah agama Islam. Orang Melayu Burma adalah pengikut aliran Sunnah Islam yang terdiri dari Mazhab Shafie, sedikit berbeza daripda Mazhab Hanafi bagi Muslim lain di Burma.
ORANG MELAYU PULAU DUA
SEJARAH ORANG MELAYU PULAU DUA DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEDAH SERTA LANGKAWI
[sunting | sunting sumber]Pendahuluan
[sunting | sunting sumber]Pulau Dua dan kawasan pesisir utara Semenanjung mempunyai hubungan sejarah yang sangat rapat dengan Kesultanan Kedah. Dari zaman kegemilangan Sultan Muhammad Jiwa al-Adilin, sehinggalah era Musuh Bisik, dasar Thesapiban di bawah Siam, dan akhirnya era Malaysia moden, kawasan ini menjadi saksi penghijrahan, pertahanan, dan pembentukan identiti Melayu Kedah. Esei ini menerangkan asal-usul penduduk Pulau Dua, gelombang perpindahan ke Pulau Langkawi, serta perkembangan geopolitik yang membentuk komuniti Melayu hari ini.
1. ZAMAN KEGEMILANGAN KEDAH DI BAWAH SULTAN MUHAMMAD JIWA AL-ADILIN (1710–1778)
[sunting | sunting sumber]Era pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’azzam Shah II merupakan antara zaman paling stabil dan gemilang dalam sejarah Kedah. Pemerintahan baginda dicirikan oleh beberapa aspek penting:
1.1 Penyusunan Pentadbiran Kedah
[sunting | sunting sumber]Sultan Muhammad Jiwa menyusun semula struktur pemerintahan tradisional Kedah, memperkukuhkan sistem pembesar daerah, serta meneguhkan hubungan diplomatik dengan kuasa serantau seperti Aceh, Johor, dan Siam.
1.2 Pembinaan Kota dan Pertahanan Pesisir
[sunting | sunting sumber]Baginda memperkukuh Kota Kuala Kedah dengan struktur batu yang lebih kuat. Penempatan pesisir seperti Kuala Sala, Yan, Tanjung Dawai, Pulau Tuba, dan Pulau Dua berperanan sebagai “komuniti penjaga pesisir” yang membantu mengawal laluan perdagangan serta menjadi benteng awal terhadap ancaman luar.
Pulau Dua pada waktu ini dihuni oleh orang Melayu Kedah yang membuka penempatan untuk tujuan ekonomi maritim, pertanian kecil-kecilan, dan kawalan pesisir.
1.3 Hubungan Awal Dengan Langkawi
[sunting | sunting sumber]Langkawi pada zaman ini merupakan pulau frontier Kedah — jauh dari ancaman langsung dan sesuai sebagai tempat pelindungan ketika konflik. Hubungan maritim antara Pulau Dua dan Langkawi telah wujud lebih awal sebelum migrasi besar-besaran berlaku.
2. ZAMAN PERANG MUSUH BISIK (ABAD KE-18–19)
[sunting | sunting sumber]Istilah Musuh Bisik merujuk kepada ancaman Siam terhadap Kedah melalui serangan licik, pembunuhan rahsia, tekanan politik, serta peperangan terbuka. Walaupun serangan besar Siam pada 1821 berlaku selepas pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa, seluruh abad sebelumnya diliputi suasana ketegangan yang sama.
2.1 Gangguan dan Ancaman Berterusan
[sunting | sunting sumber]Penduduk Kedah, khususnya di kawasan pesisir, sentiasa terdedah kepada serangan luar. Pulau Dua — seperti juga kawasan pesisir Yan dan Kuala Kedah — terpaksa bersiap sedia menghadapi ancaman lanun, Bugis, dan Siam.
2.2 Migrasi Awal ke Pulau Langkawi
[sunting | sunting sumber]Oleh kerana Langkawi dianggap lebih selamat dan berada di bawah perlindungan langsung Sultan Kedah, banyak penduduk Pulau Dua berpindah ke sana. Sebahagian lagi berpindah ke pulau-pulau seperti Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba.
Migrasi ini membentuk asas komuniti Langkawi yang moden, hasil gabungan keluarga dari tanah besar Kedah, Pulau Dua, dan pulau-pulau sekitar.
2.3 Penempatan Semula Selepas Serangan Siam 1821
[sunting | sunting sumber]Apabila Siam menyerang Kedah secara besar-besaran pada tahun 1821, migrasi menjadi lebih besar. Rumah terbakar, kampung musnah, dan ramai Melayu Kedah melarikan diri ke Langkawi untuk berlindung.
Pulau Dua turut terkesan dan penduduknya banyak berpindah ke kawasan Kedah yang lebih terlindung.
3. ZAMAN THESAPIBAN DAN PERUBAHAN SEMPADAN SIAM (AKHIR ABAD KE-19 – AWAL ABAD KE-20)
[sunting | sunting sumber]Dasar Thesapiban, yang dilaksanakan oleh kerajaan Siam pada penghujung abad ke-19, bertujuan menyusun semula pentadbiran wilayah Siam dengan lebih moden seperti sistem Barat. Akibatnya:
3.1 Kawasan Melayu Kedah Ditadbir Secara Langsung oleh Siam
[sunting | sunting sumber]Beberapa wilayah tradisi Kedah seperti Setul (Satun), Teluban, dan kawasan pesisir yang termasuk penempatan seperti Pulau Dua mula ditadbir secara lebih ketat oleh Siam.
3.2 Penolakan Penduduk Melayu
[sunting | sunting sumber]Ramai orang Melayu Kedah tidak mahu berada di bawah pentadbiran baharu Siam:
- kerana perbezaan budaya,
- peraturan pentadbiran asing,
- cukai baharu,
- dan ketidakselesaan dengan kehilangan autonomi Kedah.
Akibatnya, berlaku gelombang penghijrahan besar-besaran ke Pulau Langkawi, yang kekal berada di bawah Kerajaan Kedah sebelum Perjanjian Sempadan 1909.
3.3 Langkawi Sebagai Tempat Perlindungan Politik Melayu Kedah
[sunting | sunting sumber]Gelombang ini menguatkan lagi kedudukan Langkawi sebagai:
- pusat komuniti Melayu Kedah dari pesisir Satun dan sekitar,
- kawasan pelarian politik Melayu di bawah tekanan Siam,
- asas pembentukan identiti Langkawi sebagai pulau sejarah Kedah.
Ramai keturunan Langkawi hari ini mempunyai asal-usul dari Pulau Dua, Pulau Adang, Pulau Lipe, dan kampung-kampung Melayu Kedah lama di wilayah Siam.
4. ZAMAN MALAYSIA MODEN (SELEPAS 1957)
[sunting | sunting sumber]Setelah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Malaysia (1963), identiti Melayu Pulau Dua—Langkawi semakin matang.
4.1 Pengukuhan Identiti Melayu Kedah
[sunting | sunting sumber]Keturunan yang berasal dari penghijrahan Musuh Bisik dan Thesapiban sudah pun sebati dengan identiti negeri Kedah. Dialek mereka masih mengekalkan ciri Kedah Utara–Satun yang unik.
4.2 Pembangunan Ekonomi Langkawi
[sunting | sunting sumber]Apabila Langkawi diisytihar sebagai Pulau Bebas Cukai pada 1987, perubahan drastik berlaku:
- ekonomi pelancongan berkembang,
- komuniti Melayu warisan Pulau Dua menjadi sebahagian tulang belakang pembangunan baru,
- sejarah migrasi dan hubungan Kedah–Satun mula mendapat perhatian semula oleh ahli akademik.
4.3 Hubungan Sejarah Dipulihkan
[sunting | sunting sumber]Hari ini, ramai keturunan Pulau Dua dan kawasan Satun kembali menjejak asal-usul mereka:
- melalui hubungan keluarga,
- catatan lisan nenek moyang,
- serta persamaan budaya yang kekal utuh.
Langkawi kini menjadi bukti hidup kepada sejarah migrasi dan ketahanan orang Melayu Kedah sepanjang ratusan tahun konflik dan perubahan geopolitik.
Kesimpulan
[sunting | sunting sumber]Sejarah orang Melayu Pulau Dua tidak dapat dipisahkan daripada sejarah Kedah. Mereka ialah:
✔ orang Melayu Kedah sejak zaman Sultan Muhammad Jiwa,
✔ pendukung pertahanan pesisir pada era Musuh Bisik,
✔ pelarian politik semasa dasar Thesapiban,
✔ pembina komuniti Langkawi pada zaman moden.
Langkawi sebagai pulau perlindungan Kedah menjadi tempat berkumpulnya pelbagai keluarga Melayu yang berhijrah dari Pulau Dua dan wilayah-wilayah pesisir utara. Hari ini, identiti itu tetap hidup dan menjadi sebahagian daripada sejarah panjang Kedah dan Malaysia.
- Islam di Myanmar
- Orang India Burma
- Melayu Kedah
- Panthay
- Orang Rohingya
- Islam
- Islam di Asia
- Islam di China
- Islam di India
- Melayu (kumpulan etnik), satu kumpulan etnik yang mendiami Semenanjung Tanah Melayu dan sebahagian Sumatra dan Borneo
- Kaum Melayu, satu kategori kaum yang meliputi orang di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik
- Melayu Malaysia, sekumpulan warganagera Malaysia yang beragama Islam sepertimana ditakrifkan di dalam perlembagaan Malaysia
- Melayu di Singapura
- Melayu Indonesia, etnik Melayu di Indonesia
- Melayu Thailand, etnik Melayu di Thailand
- Melayu Sri Lanka, satu kumpulan etnik di Sri Lanka yang berketurunan Indonesia
- Melayu Cape, satu kumpulan etnik atau komuniti di Afrika Selatan
- Melayu Cocos, kumpulan etnik utama di Kepulauan Cocos (Keeling), kini sebahagian dari Australia
- Melayu Luar Negara, orang Melayu yang tinggal di luar Malaysia dan kawasan tanah tumpah Melayu yang berjiran
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Malays of Myanmar
- ^ Christian, John L. “Burma.” The Annals of the American Academy of Political and Social Science, vol. 226, 1943, pp. 120–128. JSTOR, www.jstor.org/stable/1024343. Accessed 20 Apr. 2020.
- ^ Malay of Myanmar (Burma)
- ^ University of Texas at Austin, Perry-Castañeda Library, Map Collection, Burma (Myanmar) Maps Thematic Maps: [1]Burma - Ethnolinguistic Groups from Map No. 500425 1972 (169K) [2]
- ^ "International Boundary Study: Burma-Thailand Boundary" (PDF). Bureau of Intelligence and Research, US Department of State. 1966-02-01. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-03-31. Dicapai pada 2011-01-20. Cite journal requires
|journal=(bantuan) - ^ Helen James (2004). Keat Gin Ooi (penyunting). Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. ABC-CLIO. m/s. 302.
- ^ Lt. Gen. Sir Arthur P. Phayre (1967). History of Burma (ed. 2). London: Sunil Gupta. m/s. 219–220.
- ^ Bureau of Intelligence and Research, US Department of State. 1966-02-01. http://www.law.fsu.edu/library/collection/limitsinseas/IBS063.pdf Diarkibkan 2012-03-31 di Wayback Machine.
- ^ Smithies, p.99
- ^ English intercourse with Siam in the seventeenth century - Page 365 by John Anderson - 2000 [3]
- ^ Kawthaung
- ^ Maung-Ko Ghaffari, Yangon, Myanmar’s letter/article, published in the Sun newspaper, Malaysia on May 28, 2007. He was the Chief Editor of The Islam Alin (Light of Islam) magazine published in Yangon.
- ^ "aseanfocus.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2003-07-29. Dicapai pada 2011-01-20.
- ^ Maung-Ko Ghaffari,