Orang Melayu di Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Orang Melayu Temasik/Singapura
Singapura
Bahasa
Melayu, Inggeris dan juga Bahasa Arab sebagai bahasa agamawi.
Agama
Kebanyakan atau majoriti beragama Islam Ahli Sunah Waljamaah bermazhab Syafii, terdapat bilangan kecil mengamalkan ajaran Kristian.
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Indonesia, Melayu Brunei, Melayu Malaysia, Melayu Thai, Orang Filipina dan juga orang Austronesia serta penduduk pulau Pasifik yang lain.

Orang Melayu Temasik/Singapura, ialah penduduk asal di Tanah Besar Pulau Temasik (Singapura)[1], kini mendirikan hanya 15.4% dari penduduk masyarakat[2], seperti diasaskan pada erti yang luas "Bangsa Melayu" daripada lebih tertumpu "kumpulan suku Melayu". Ini kerana kemasukan pendatang dari negeri China, datang ke Singapura di sepanjang 200 tahun yang lalu[1]. Keputusan bahawa orang Cina ialah kumpulan kebanyakan di Singapura, lebih kurang 71.1% dari masyarakat[2].

Penduduk orang Melayu di Singapura

Angka di bawah menunjukkan kiraan penduduk di Singapura selama 30 tahun ini.

Kedudukan masyarakat(%) daripada jumlah penduduk
Masyarakat 1970 1980 1990 2000 2006 2010
Cina 77.0 78.3 77.7 76.8 75.2 74.1
Melayu/Peribumi 14.8 14.4 14.1 13.9 13.6 13.4
India/Hindu 7.0 6.3 7.1 7.9 8.8 9.2
Lain-lain 1.2 1.0 1.1 1.4 2.4 3.3

Sumber: Jabatan Statistik Singapura. [1]

Sejarah Raja-raja Melayu di Singapura

Pada abad-17, Sulalatus Sulatin or Malay Annals, menceritakan mengenai penubuhan pelabuhan di Pulau Temasek pada tahun 1299 masihi oleh putera raja Palembang. Pada ketika itu, Palembang merupakan pusat kerajaan Sriwijaya. Puteranya, Sri Tri Buana, (dikenali juga Sang Nila Utama) dikatakan berketurunan Iskandar Zulkarnain puteri dikenali Shahrul Bariyah.Cerita yang mengatakan beliau menamakan semula "Singapura" tetapi tiada bukti sah yang munasabah atau kukuh untuk mengiakan kata tersebut.

Di pertengahan abad-14,pulau ini diserang oleh tentera dari Kerajaan Majapahit di barat laut serta penaklukan Kekhalifahan Siam Lancang Kekhalifahan Ayuthia Syah Run Nuwi pada sebalah utara semenanjung Malakanya, kedua-dua merebut untuk mendapatkan pulau ini.

Raja-Raja Melayu Singapura (1299 -1396 AD)

  • Sri Tri Buana (Sang Nila Utama) (1299–1347)
  • Raja Kecil Besar (Paduka Seri Pikrama Wira) (1348–1362 (?) )
  • Raja Muda (Rakna Pikrama) (1363–1374 (?) )
  • Paduka Seri Maharaja (Damia Raja) (1375–1386 (?) )
  • Raja Iskandar Shah (Parameswara) (1388 or 1390 (?) –1397)

Raja-Raja Melayu Singapura (1699 -1835 AD)

  • Bendahara Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Sultan Riau-Lingga-Pahang) (1699–1718)
  • Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) (Sultan Riau-Lingga-Pahang) (1718–1722)
  • Sultan Sulaiman Badrul Al-Alam Shah (Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang) (1722–1760)
  • Sultan Mahmud Riayat Shah III (Sultan Johor-Pahang) (1761–1812)
  • Sultan Abdul Rahman (Sultan Lingga) (1812–1832) (Dilantik untuk menduduki takhta sebagai ganti abangnya Hussein, disokong oleh Bugis.)
  • Sultan Hussein Shah (Sultan Johor) (1819–1835) (Diiktiraf oleh British sebagai Sultan Johor yang sah.)

Kedatangan orang Melayu ke Temasik/Singapura selepas 1819

Singapura telah mempunyai pendudukan orang Melayu apabila penjajah 'kapitalis' Barat Stamford Raffles datang pada Januari 1819. Kawasan Teluk Belanga, Sungai Kalang dan sungai lainnya ialah petempatan sebenar Orang Laut atau Sea Nomads untuk masa yang sangat lama. Di sini, turut mempunyai perkampungan Melayu di sepanjang Lembah Sungai Kallang dan Sungai Besar atau Sungai Singapura. Salah seorang pihak penjajah iaitu Constance Mary Turnbull melaporkan bancian penduduk sebanyak 1,000 orang yang tinggal di Singapura. Ada 500 Orang Kallang, 200 Orang Seletar, 150 Orang Gelam (Orang Melayu Asal), 100 Orang Laut, 20-30 pengikut Melayu Datuk Temenggong serta 20-30 Cina.

Pada bancian pertama yang dilakukan pada tahun 1824, telah mendedahkan bahawa Masyarakat Melayu (termasuk orang Bugis) terdiri daripada 60.9% dari keseluruhan seramai 10,683 orang.

Bilangan suku penduduk/ penghuni pada 1824
Kumpulan Suku Penduduk
Orang Putih/Bangsa Penjajah 74
Orang Armenia 16
Orang Arab 15
Masyarakat Melayu 4,580
Suku Melayu Bugis 1,925
Orang Tiong Hua/China 3,317
Orang India/Hindu/Buruh Kasar 756
Jumlah masyarakat 10,683

Orang Laut

Menurut Sopher(1977), orang Kalang, orang Seletar, orang Selat dan orang Gelam ialah peribumi yang menetap di Temasik/Sigapura. Orang Kallang (dipanggil Orang Biduanda Kallang) tinggal di sepanjang di Sungai Kallang. Mereka tinggal dalam perahu dan menyara hidup dengan menangkap ikan serta mengutip pelbagai hasil hutan. Selepas 1819, petempatan semula di utara Selat Singapura di Sungai Besar oleh Temenggong Abdul Rahman. Malangnya, pada tahun 1848, populasi penduduk orang Kallang berkurang kerana jangkitan oleh cacar air dalam kalangan penduduk.

Orang Seletar pula di paya, sungai serta pulau-pulau berhampiran di sekitar tanah besar. Mereka berkumpulan di pantai, terutama di Kuala Sungai Seletar. Mereka hidup secara berpindah-randah sehingga sekitar 1850-an, serta apabila mereka memulakan hidup di darat dan ikut cara hidup masyarakat yang menetap tinggal di Tanah Besar.

Orang Selat hidup di perairan pelabuhan Keppel (Keppel Bay) Singapura. Mereka dipercayai telah merentasi air di pelabuhan Keppel sejak awal abad ke-16, menjadikan mereka merupakan peneroka awal di pulau tersebut. Mereka menjual hasil laut dan buah-buahan kepada pedagang-pedagang asing yang merentasi kawasan tersebut.

Orang Gelam berasal dari suku kaum di Pulau Batam. Mereka telah dibawa oleh Datuk Temenggung Daeng Abdul Rahman bersama kumpulan-kumpulan pengikut yang beserta untuk penetapan pemukiman pada 10 tahun pertama abad-19. Kebanyakan Orang Gelam yang tinggal sepanjang Sungai Si ga pu ra bekerja sebagai tukang pembikin perahu atau sampan untuk kapal dagang manakala pihak wanita mereka menjual buah-buahan di dalam perahu.

Orang Laut merupakan penduduk asal tanah besar pulau Singapura juga berbeza dari Masyarakat Melayu kerana mereka hidup dalam keadaan tidak menentu dan berpindah tinggal di laut dalam perahu mereka sedang manakala Masyarakat Melayu ketika itu telah tinggal di kawasan penempatan di kampung-kampung mereka di tanah besar tersebut.

Orang Melayu

Semasa Sir Stamford Raffles tiba di Singapura ,terdapat beratus masyarakat Melayu terdiri Orang Melayu asli yang ketika itu di bawah pengaruh kerajaan Johor. Komuniti tersebut diketuai oleh Temenggung Abdul Rahman. Selepas itu, bertambahlah bilangan Masyarakat Melayu Dagang lain daripada Semenanjung Melaka Tanah Melayu , Pulau Sumatera, Kalimantan, Jawa, Sulawesi dan Kepulauan Melayu yang lain.

Dalam masa beberapa bulan, beribu orang Melayu dari negeri Melaka yang berada di bawah British datang ke Singapura, daripada galakan penjajah bagi membangunkan Singapura sebagai pusat perdagangan serta pentadbiran (Siebel,1961:27). Apabila Singapura bertambah berkembang maju, mempunyai peluang ekonomi yang lebih baik, banyak orang Melayu dari kepulauan Riau, tanah seberang Sumatera, tanah taklukan British Pulau Pinang, Melaka dan Johor datang ke Singapura (Roff, 1967:33; Banci 1931:72). Ramai dikalangan orang Melayu tinggal di pusat bandar bekerja (Siebel,1961:3 5). Bancian pada tahun 1931 dinyatakan merupa lelaki Melayu bekerja di Kepulauan Singapura seramai 11,290 orang. Daripada jumlah 18% , bekerja sebagai nelayan dan sebanyak 12% dengan kegiatan pertanian tanah.

Pada 1930 dan 50-an, penduduk Melayu dari Semenanjung Melaka Tanah Melayu bekerja dalam bahagian perkhidmatan seragam British (barua penjajah). Pada tahun 1957, terdapat lebih daripada 10,000 orang Melayu bekerja dalam bahagian perkhidmatan seragam kerana Yahudi penjajah British memilih orang Jawa/Melayu dari Indonesia (Betts, 1975:41; Djamour, 1959:5). Walau bagaimanapun,dalam tempoh 1957-1970, kebanyakan daripadanya telah pulang ke tanah air, Malaysia apabila perkhidmatan mereka telah berakhir.

Agama

Majoriti masyarakat Melayu di Singapura ialah Umat Islam Ahli Sunah Waljamaah yang berpandu ikut mazhab Imam Shāfi‘ī radhiallah'u'an (شافعي).

Terdapat juga sebilangan kecil Kristian di kalangan orang Melayu. Bagaimanapun, pihak "kerajaan amat tidak menggalakkan penerbitan kitab Injil Kristian dalam bahasa Melayu" dan "amat tidak menyarankan para mubaligh daripada berusaha untuk menukarkan penduduk tempatan Melayu". Tindakan ini dilakukan agar tidak menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama dalam masyarakat Melayu Singapura yang kebanyakannya beragama Islam.[petikan diperlukan]

Terdapat juga sebilangan kecil komuniti Buddha, kebanyakannya mengandungi "keturunan Cina dengan campuran Melayu."[petikan diperlukan]

Budaya

Kebanyakan orang Melayu di Singapura secara umumnya berkongsi budaya yang hampir sama dengan mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia.

Secara linguistiknya, kebanyakan orang Melayu di Singapura menuturkan dialek Johor-Riau dari bahasa Melayu yang serupa dengan yang dituturkan di semenanjung Malaysia barat daripada di Indonesia. Sebilangan generasi tua yang berhijrah ke sini atau ibu bapa mereka yang merupakan pendatang boleh berbahasa Jawa. Bagaimana pun, kebanyakan Melayu di sini tidak bertutur bahasa nenek moyang mereka dari Indonesia.

Bahasa Inggeris juga dituturkan secara meluas. Bahasa Arab adalah biasa di kalangan guru agama Muslim dan merupakan bahasa pilihan yang dipelajari oleh kebanyakan Melayu beragama Islam.

Status etnik Melayu di Singapura

Walaupun etnik Melayu dilihat sebagai etnik minoriti di Singapura, selain luhur keturunannya yang agak bercampur aduk dengan etnik lain. Etnik Melayu di Singapura tetap diiktiraf sebagai etnik masyarakat asli menurut Perlembagaan Singapura, Perkara XIII, Provisi Umum, Minoriti dan kedudukan istimewa etnik Melayu, seksyen 152:

Kerajaan mesti menguatkuasakan fungsi-fungsinya yang luhur untuk mengiktiraf kedudukan istimewa etnik Melayu, dimana masyarakat asli bagi Singapura, dan berdasarkan itu adalah menjadi tanggungjawab bagi Kerajaan untuk melindungi, menjaga, membantu, memperkasa dan menggalakkan (hal ehwal) politik, pendidikan, keagamaan, ekonomi, sosial dan faedah kebudayaannya dan bahasa Melayu.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ a b http://www.unhcr.org/refworld/docid/49749cb046.html
  2. ^ a b "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-07-05. Dicapai pada 2011-01-20. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "singstat.gov.sg" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza

Pautan luar