Kehilangan upaya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Orang kelainan upaya)
Jump to navigation Jump to search
Simbol antarabangsa untuk mudah disampai

Kelainan upaya, kehilangan upaya atau ketakdayaan merupakan suatu keadaan yang dianggap mengurangkan fungsi atau keupayaan seseorang jika dibandingkan dengan ukuran biasa masyarakat. Istilah ini biasanya digunakan untuk merujuk kepada fungsi individu seperti kelemahan fizikal, deria, kognitif, intelektual atau kesihatan mental. Penggunaan ini dikaitkan dengan model ketakupayaan perubatan, dan bukan model ketakupayan sosial atau hak asasi manusia. Kehilangan upaya ini boleh terjadi sejak lahir atau kemudiannya. Individu yang mengalami keadaan ini digelar orang kurang upaya (OKU), atau lebih kontroversi, orang cacat atau terencat. Sesetengah orang pula menggunakan istilah orang istimewa.

Definisi[sunting | sunting sumber]

Kelainan upaya adalah istilah yang meliputi gangguan, keterbatasan kegiatan, dan pembatasan penglibatan. Gangguan adalah sebuah masalah pada fungsi tubuh atau strukturnya; suatu pembatasan kegiatan adalah kesulitan yang dihadapi oleh individu dalam melaksanakan suatu tugas atau tindakan, sedangkan halangan penglibatan merupakan masalah yang dialami oleh individu dalam keterlibatan dalam situasi kehidupan. Kelainan upaya ini difahamkan sebagai sebuah fenomena yang kompleks, yang mencerminkan interaksi antara ciri dari tubuh seseorang dan ciri dari masyarakat tempat tinggal individu tersebut.[1]

"Orang cacat" ialah orang yang mempunyai kelainan fizikal dan/atau mental, yang dapat mengganggu atau merupakan rintangan dan hambatan baginya untuk melakukan kegiatan secara normal. Kecacatan tersebut boleh datang secara:

  1. fizikal;
  2. mental; serta
  3. kedua-duanya.[2]

Polisi mengikut negara[sunting | sunting sumber]

Di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Orang Kurang Upaya ( OKU ) dikatkrifkan sebagai indidvidu "yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat." (AKTA OKU 2008).

Di Indonesia[sunting | sunting sumber]

Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 4 Tahun 1997 mengenai orang berkelainan upaya ("Penyandang Cacat") diwujudkan bertujuan untuk:

  • usaha peningkatan kesejahteraan sosial golongan cacat berlandaskan kepada fahaman Pancasila Republik dan Undang-Undang Dasar 1945.[3]
  • setiap golongan ini mempunyai peluang yang sama dalam segala aspek kehidupan dan penghidupan.[4]

Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia menilai Undang-Undang Nomor 4 Tahun 1997 tentang Penyandang Cacat (difabel) sudah tidak sesuai dengan paradigma terkini mengenai keperluan penyandang disabilitas dan merancang suatu rang undang-undang inisiatif DPR yang disasarkan terhadap golongan ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Inggeris) World Health Organization - Disabilities
  2. ^ (Indonesia) Halaman resmi BPKP - Unduhan UU RI No.4 Tahun 1997
  3. ^ UU 4/1997 psl. 2
  4. ^ UU 4/1997 psl. 9