Orchid Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Orchid Abdullah
Les Coasters.jpg
Orked Abdullah bersama kumpulan Les Coasters
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Penyanyi,
Instrumen Vokal
Tahun aktif 1960-an
Laman sesawang Orchid Abdullah

Datin Orchid Abdullah merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Orchid Abdullah sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Les Coaters. Beliau mencipta nama dengan lagu .

Beliau berdarah kacukan Arab dan Inggeris.

Orchid sebelum bergelar artis ternama merupakan seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Sri Mersing.

Bakat dan minat tersebut bagaimanapun tidak pernah menghalang beliau aktif dalam kerja-kerja kesenian khususunya ketika melanjutkan pelajaran di salah sebuah Maktab Perguruan di Johor.

Lagu Penawar Rindu merupakan lagu malar segar nyanyian beliau yang banyak kali dirakamkan semula oleh generasi penyanyi baru.


Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Orked Abdullah telah meninggal dunia pada tahun 14 Mei 2011 di Hospital Ampang jam 12.40 tengah hari Jumaat.[1] Penyanyi ini popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau “paraganglioma” sejak 2008. [2]


Album[sunting | sunting sumber]


Lagu[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh beliau ialah,

  1. Ikatan Janji (bersama M. Fadzil & Les Coasters)
  2. Penawar Rindu
  3. Carilah Ganti
  4. Idaman Dara
  5. Harapan Ku Hampa
  6. Kau Menghilang
  7. Pesan-Ku
  8. Harapan Bangsa
  9. Gerak Maju
  10. Seruan Kasih
  11. Muda Mudi


Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Seniman Veteran di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABP-BH 2003)


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]