Order of the Golden Kite

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Order of the Golden Kite
Order of the Golden Kite, Kelas 4
Bar reben Order of the Golden Kite
Darjah dan Reben Order of the Golden Kite

Darjah Golden Kite (金鵄勲章 Kinshi Kunsho?, secara harfiahnya Darjah Burung Helang Kembara Emas) ialah darjah kebesaran Empayar Jepun, dizahirkan pada 12 Februari 1890 oleh Maharaja Meiji "untuk memperingati Jimmu Tennō, Romulus Jepun."[1] Ia secara rasminya dimansuhkan oleh Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu di Taklukan Jepun pada tahun 1947 selepas Perang Dunia II.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Order of the Golden Kite merupakan anugerah tentera yang eksklusif, dikurniakan untuk keberanian, kepimpinan atau pemerintahan semasa pertempuran. Ia berkedudukan hanya dibawah Order of the Chrysanthemum dalam susunan keutamaan dan bersamaan tentera dalam Order of the Paulownia Flowers; dengan itu, ia boleh dianggap setaraf dengan bahagian tentera Order of the Bath di United Kingdom.[2] Tiga kelas yang pertama adalah bersamaan dengan tiga bahagian dari Order of the Bath, manakala kelas keempat, kelima, keenam dan ketujuh bersamaan dengan DSO, MC/DSC, DCM/CGM dan DSM/MM.[petikan diperlukan].

Darjah ini terdiri dari tujuh kelas. Askar lain-lain pangkat layak untuk kelas 7 - 5, pegawai tanpa tauliah layak untuk kelas 6 - 4, pegawai rendah untuk kelas 5 - 3, pegawai medan untuk kelas 4 - 2 dan pegawai kanan untuk kelas 3 -1.

Sejumlah 1,067,492 anugerah Order of the Golden Kite telah dibuat disepanjang kewujudannya, kebanyakkan dalam kelas dua terendah iaitu 6 dan 7. Hanya 41 daripada Kelas 1 dan 201 dari Kelas 2 telah dikurniakan.

Melalui konflik:

Anugerah ini didatangkan dengan perbelanjaan gaji tahunan, ditetapkan pada tahun 1916. Anugerah ini untuk seumur hidup, dan selepas kematiannya, ia boleh dikurniakan pada keluarga penerima setahun selepas itu. Jika si penerima mati dalam masa 5 tahun selepas menerima penghomatan ini, gaji tahunan akan diserahkan pada keluarga itu sehingga berakhirnya tempoh 5 tahun.[3] Pada tahun 1939, gaji tahunan dinyatakan seperti berikut:

  • Kelas 1-1500 yen
  • Kelas 2-1000 yen
  • Kelas 3-700 yen
  • Kelas 4-500 yen
  • Kelas 5-350 yen
  • Kelas 6-250 yen
  • Kelas 7-150 yen

Oleh kerana gaji bulanan bagi prebet dalam Tentera Darat Imperial Jepun pada masa itu ialah 8 Yen, 80 sen, ini adalah jumlah yang sangat besar. Perbelanjaan gaji ini telah dimansuhkan pada tahun 1940.

Darjah ini kadangkala dikurniakan secara individu, kadangkala dikurniakan secara beramai-ramai. Pada pertengahan Oktober 1942, anugerah selepas mati telah diumumkan mengikut upacara di Kuil Yasukuni. Penerima anugerah selepas mati termasuklah 995 orang yang telah terkorban dalam pertempuran semasa perjuangan terpencil Perang Pasifik dan 3,031 orang lagi terkorban di China. Dalam hal ini, siaran radio rasmi Tokyo menyenaraikan penerima selepas mati Order of the Golden Kite telah dipantau oleh Tentera Bersekutu di Asia.[4] Bilangan penerima anugerah tidak dianggap luar biasa pada masa itu, tetapi bilangan anugerah selepas mati dianggap perlu diberi perhatian oleh penganalisis Bersekutu.[5] Pegawai kanan tertentu tentera laut dan tentera darat telah dinamakan; dan disamping itu, penghargaan istimewa telah diberikan pada 55 juruterbang tentera laut dan 9 "anggota serangan khas flotila"—iaitu kapal selam kecil yang mengambil bahagian dalam serangan Pearl Harbor.[4]

Darjah Golden Kite secara rasminya telah dimansuhkan oleh Pemerintah Tertinggi Kuasa Bersekutu di Taklukan Jepun pada tahun 1947.

Kelas
JPN Kinshi-kunsho 7Class BAR.svg
Kelas Ketujuh
JPN Kinshi-kunsho 6Class BAR.svg
Kelas Keenam
JPN Kinshi-kunsho 5Class BAR.svg
Kelas Kelima
JPN Kinshi-kunsho 4Class BAR.svg
Kelas Keempat
JPN Kinshi-kunsho 3Class BAR.svg
Kelas Ketiga
JPN Kinshi-kunsho 2Class BAR.svg
Kelas Kedua
JPN Kinshi-kunsho 1Class BAR.svg
Grand Cordon

Simbolisme[sunting | sunting sumber]

Order of the Golden Kite, plak kelas 1 dan 2.

Lencana ini memaparkan burung helang emas, utusan kami seperti yang digambarkan dalam kronikel purba Jepun Nihon Shoki, yang menolong Maharaja Jimmu mengalahkan musuh-musuhnya dalam pertempuran. Burung helang emas berdiri diatas sebuah bintang pecah lapan dengan 32 pancaran enamel merah. Dibawah burung terdapat dua perisai purba samurai bersilang, berenamel biru, berserta dua pedang bersilang berenamel kuning, dengan hulu pedang perak. Pada bahagian sebelah ialah halberd (enamel hijau dengan hiasan putih), berserta simbol mitsu tomoe Shinto diatas bendera merah. Bahagian belakang adalah kosong.

Lencana ini disadur emas bagi kelas 1-5 dan perak bagi kelas 5-7. Ia telah dipautkan pada reben berwarna biru hijau berserta satu jalur putih dibahagian tepi, dipakai sebagai selepang pada kanan bahu untuk kelas 1, sebagai kalung untuk kelas 2 dan 3, pada kiri dada untuk kelas 4 dan 5. Lencana bagi kelas 6 dan 7 tidak berenamel.

Bintang kelas 1 dan 2 serupa dengan lencana seperti yang dinyatakan diatas, tetapi dengan pancaran enamel merah dan kuning. Ia dipakai pada kiri dada oleh kelas 1 dan pada kanan dada oleh kelas 2.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Burung Helang Kembara Hitam

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]