Order of the Rising Sun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Darjah Matahari Terbit (旭日章 Kyokujitsu-shō?) ialah darjah kebesaran ketiga tertinggi Jepun selepas Order of the Paulownia Flowers, dizahirkan pada tahun 1875 oleh Maharaja Meiji. Darjah tersebut merupakan anugerah kebangsaan pertama yang dikurniakan oleh kerajaan Jepun,[1] dizahirkan pada 10 April 1875 atas dekri Majlis Negara.[2] Lencana itu berbentuk pancaran cahaya daripada matahari terbit. Reka bentuk Rising Sun melambangkan tenaga sekuat matahari yang sedang terbit[3] selari dengan konsep "matahari terbit" Jepun ("Negara Matahari Terbit").

Laksamana AS Dennis C. Blair dikurniakan lencana dan selepang Order of the Rising Sun. (2005)

Darjah ini dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah membuat pencapaian yang cemerlang mengikut bidang berikut: perhubungan antarabangsa, mempromosi Budaya Jepun, kemajuan dalam bidang mereka, kebajikan atau pemuliharaan alam sekitar.[4] Sebelum berakhirnya Perang Dunia 2, ia juga telah dikurniakan untuk perkhidmatan tentera yang terpuji. Bermula tahun 2003, pingat tertinggi bagi Order of the Rising Sun menjadi darjah berasingan yang dikenali sebagai Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers.[5]

Ia adalah darjah ketiga paling tinggi yang dikurniakan oleh kerajaan Jepun, namun ia biasanya darjah tertinggi yang diberikan secara umum. Darjah tertinggi Jepun, iaitu Order of the Chrysanthemum, dikhas untuk ketua-ketua negara atau raja, manakala darjah kedua tertinggi, Order of the Paulownia Flowers di khaskan sepenuhnya untuk ahli politik.

Versi moden penghormatan ini telahpun diberikan kepada penerima bukan rakyat Jepun bermula tahun 1981 (walaupun beberapa warga asing telah diberikan penghormatan ini sebelum Perang Dunia II); dan wanita telah dikurniakan Darjah ini bermula tahun 2003 (sebelum ini, wanita telah dikurniakan Order of the Precious Crown).[6] Pengurniaan Darjah ini telah diurus oleh Biro Darjah Kebesaran di Pejabat Perdana Menteri. Ia dikurniakan atas nama Maharaja dan dan boleh dikurniakan selepas mati.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Bintang bagi Grand Cordon dan Kelas Kedua ialah berbentuk bintang perak bucu lapan, setiap bucu mempunyai tiga pancaran perak berselang-seli; lambang tengah serupa dengan lencana. Ia dipakai pada kiri dada bagi Grand Cordon dan kanan dada bagi Kelas 2.

Lencana bagi Grand Cordon hingga Kelas Keenam ialah berbentuk bintang bucu lapan yang mengandungi disk matahari berenamel merah di tengah-tengah, dengan bucu bersadur emas (Kelas 1-4), dengan empat bucu bersadur emas dan empat bucu perak (Kelas 5), atau dengan bucu perak (Kelas 6); setiap bucu terdapat tiga pancaran enamel putih. Ia berpaut dari tiga dedaun enamel paulownia (bukan dedaun chrysanthemum seperti dakwaan halaman Biro Darjah Kebesaran) pada reben berwarna putih dengan jalur tepi berwarna merah, dipakai sebagai selepang pada kanan bahu bagi Grand Cordon, sebagai gantung leher bagi Kelas 2 dan 3 dan pada dada kiri bagi Kelas 4 hingga 6 (berserta sebuah roset bagi Kelas 4).

Lencana bagi Kelas 7 dan 8 terdiri daripada pingat perak berbentuk tiga daun paulownia, berenamel bagi Kelas 7 dan kosong bagi Kelas 8. Kedua-duanya berpaut pada reben, yang berwarna putih dengan jalur tepi berwarna merah, dan dipakai di dada kiri. Kedua-dua kelas telah dimansuhkan pada tahun 2003.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Decorations Bureau web site". CAO. Dicapai pada 5 November 2011. 
  2. ^ "Council of State decree". Quan online. Dicapai pada 5 November 2011. 
  3. ^ Embassy of Japan in Australia[pautan putus]
  4. ^ Orders of the Rising Sun Cabinet Office
  5. ^ Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers Cabinet Office
  6. ^ "Weatherhead East Asian Institute web site - Carol Gluck". Columbia University. 1 May 2006. Dicapai pada 5 November 2011. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Peterson, James W., Barry C. Weaver and Michael A. Quigley. (2001). Orders and Medals of Japan and Associated States. San Ramon, California: Orders and Medals Society of America. ISBN 1-890974-09-9

Pautan luar[sunting | sunting sumber]