Darjah Khazanah Suci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Order of the Sacred Treasure)
Jump to navigation Jump to search
Order of the Sacred Treasure
Star of the Order of the Sacred Treasure
Bar reben Order of the Sacred Treasure
Darjah dan Reben Order of the Sacred Treasure

Darjah Sacred Treasure (瑞宝章, Zuihō-shō, secara harfiahnya Darjah Khazanah Suci) ialah darjah kebesaran Jepun, dizahirkan pada 4 Januari 1888 oleh Maharaja Meiji sebagai Darjah Meiji. Pada asalnya dianugerahkan dalam lapan kelas (dari kelas 8 hingga 1, dalam susunan menaik), sejak tahun 2003 ia telahpun dikurniakan dalam enam kelas, dua pingat terendah telah dimansuhkan tahun itu. Darjah Jepun yang paling banyak diberikan, ia telah dikurniakan kepada sesiapa sahaja yang telah membuat kemajuan yang cemerlang didalam bidang penyelidikan, industri perniagaan, penjagaan kesihatan, kerja sosial, bidang kerajaan tempatan/negeri atau menaik taraf hidup orang cacat/orang kurang upaya.[1]

Pada asalnya anugerah ini hanya untuk lelaki sahaja, namun darjah ini juga telah dibuat untuk wanita bermula tahun 1919; ia dikurniakan untuk kebaktian orang awam dan tentera, walaupun pangkat yang lebih rendah diperlukan untuk penganugerahan Order of the Rising Sun. Tidak seperti rakan-rakan senegara Eropah, darjah ini boleh di kurniakan selepas mati.[petikan diperlukan]

Lambang[sunting | sunting sumber]

Lambang darjah itu menggabungkan simbol tiga harta diraja: iaitu Cermin Yata, sangat suci hinggakan Maharaja pun tidak boleh melihatnya; Batu Permata Yasakani, yang diperbuat daripada batu jed terbaik; dan pedang peribadi Maharaja.

Bintang bagi Grand Cordon dan Kelas Kedua serupa dengan lencana seperti yang dinyatakan diatas, tetapi dilengkapkan dengan dua set salib Malta, satu disadur emas dan satu, disadur perak, diletakkan secara pepenjuru. Ia dipakai pada kiri dada dengan Grand Cordon, pada kanan dada (tanpa insignia lain) dengan kelas 2.

Lencana untuk yang pertama melalui keenam-enam kelas Salib Malta, disadur emas (kelas 1-4), disadur emas dan perak (kelas 5) dan perak (kelas 6), berserta pancaran-pancaran enamel putih (mewakili pedang). Disk tengah berwarna biru, mengandungi bintang perak pecah lapan (mewakili cermin), dikelilingi oleh kalungan bunga berserta titik-titik berenamel merah (mewakili batu permata). Lencana ini berpaut pada reben biru muda dengan satu jalur emas pada bahagian tepi, dipakai sebagai selepang pada kanan bahu di samping Grand Cordon, sebagai kalung leher untuk lelaki oleh kelas 2 dan 3, pada kiri dada (reben dilipat menjadi tiga segi) oleh kelas 4 hingga 6 (berserta sebuah roset bagi kelas 4). Bagi kelas 2 hingga 6 untuk wanita, reben berbentuk bow (tali leher kupu-kupu) yang dipakai pada kiri bahu (berserta sebuah roset bagi kelas 4).

Sehingga tahun 2003, apabila ia dimansuhkan, lencana bagi kelas tujuh dan lapan adalah satu bintang perak berbentuk pecah lapan, sebahagiannya disadur emas bagi kelas 7, yang mewakili hanya cermin dan batu permata. Lencana ini berpaut pada reben putih berserta satu jalur emas dibahagian tepi, dipakai oleh lelaki pada kiri dada (reben dilipat menjadi tiga segi). Bagi wanita, reben berbentuk bow dipakai pada kiri bahu.

Sehingga tahun 2003, reben darjah tersebut berwarna putih berserta dua jalur emas dibahagian tepi; sejak itu reben berwarna biru muda, tetapi mengekalkan dua jalur emas dibahagian tepi. Reben bagi Kelas Keempat dan keatas menggabungkan sebuah roset biru-dan-emas (perak sehingga tahun 2003), berserta sebuah bar emas tulen bagi Cordon, sebuah bar emas dan perak bagi Kelas Kedua, sebuah bar perak tulen bagi Kelas Ketiga dan hanya roset bagi Kelas Keempat. Reben bagi Kelas Kelima dan Keenam mempunyai disk biru (perak sehingga tahun 2003) berserta pancaran-pancaran emas yang keluar dari bahagian tengahnya, lapan pancaran bagi Kelas Kelima dan enam pancaran bagi Kelas Keenam. Dahulunya, reben bagi Kelas Ketujuh dan Kelapan mempunyai disk tengah perak berserta pancaran-pancaran emas yang keluar dari bahagian tengahnya, empat pancaran bagi Kelas Ketujuh dan tiga pancaran bagi Kelas Kelapan.

Reben Order of the Sacred Treasure
1888–2003 2003–kini
JPN Zuiho-sho (WW2) 1Class BAR.svg
JPN Zuiho-sho 1Class BAR.svg
Grand Cordon
JPN Zuiho-sho (WW2) 2Class BAR.svg
JPN Zuiho-sho 2Class BAR.svg
Kelas Kedua, Emas dan Bintang Perak
JPN Zuiho-sho (WW2) 3Class BAR.svg
JPN Zuiho-sho 3Class BAR.svg
Kelas Ketiga, Pancaran Emas berserta Reben Leher
JPN Zuiho-sho (WW2) 4Class BAR.svg
JPN Zuiho-sho 4Class BAR.svg
Kelas Keempat, Pancaran Emas berserta Roset
JPN Zuiho-sho (WW2) 5Class BAR.svg
JPN Zuiho-sho 5Class BAR.svg
Kelas Kelima, Pancaran Emas dan Perak
JPN Zuiho-sho (WW2) 6Class BAR.svg
JPN Zuiho-sho 6Class BAR.svg
Kelas Keenam, Pancaran Perak
JPN Zuiho-sho (WW2) 7Class BAR.svg
Kelas Ketujuh, Medal (dimansuhkan 2003)
JPN Zuiho-sho (WW2) 8Class BAR.svg
Kelas Kelapan, Medal (dimansuhkan 2003)
JPN Zuiho-sho (WW2) blank BAR.svg
JPN Zuiho-sho blank BAR.svg
Reben am darjah

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Order of the Sacred Treasure profile, www8.cao.go.jp; accessed 6 July 2014.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Peterson, James W., Barry C. Weaver and Michael A. Quigley. (2001). Orders and Medals of Japan and Associated States. San Ramon, California: Orders and Medals Society of America. ISBN 1-890974-09-9
  • Rossiter, Johnson, ed. (1904). The Twentieth Century Biographical Dictionary of Notable Americans, Vol. II. Boston: The Biographical Society....Click link for digitized, full text copy of this book
  • Kenkyusha's New Japanese-English Dictionary, Kenkyusha Limited, Tokyo 1991, ISBN 4-7674-2015-6

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Commonscatinline