Organisasi Gehlen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Organisasi Gehlen atau Org Gehlen adalah sebuah agensi perisikan yang ditubuhkan pada Jun 1946 oleh pihak berkuasa A.S. di Zon Pendudukan Amerika Syarikat di Jerman, dan terdiri daripada bekas-bekas anggota Jabatan Ke-12 Staf Am Tentera Darat Jerman (Fremde Heere Ost, atau FHO). Ia membawa nama Wehrmacht Generalmajor Reinhard Gehlen, ketua perisikan tentera Jerman Nazi di Barisan Timur semasa Perang Dunia II.

Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Selepas Perang Dunia II, Reinhard Gehlen bertindak dibawah tanggungjawab G-2 (risik) Tentera Darat AS, tetapi beliau ingin mewujudkan ikatan dengan Agensi Perisikan Pusat (CIA). Pada tahun 1947, semasa perikatan dengan CIA, orientasi ketenteraan organisasi ini semakin berubah kearah pengintipan politik, ekonomi dan teknikal terhadap Blok Timur dan moniker "Pullach" menjadi sinonim dengan komplot perkhidmatan rahsia.[1]

Selama bertahun-tahun Org ini menjadi mata dan telinga CIA di negara-negara Blok Soviet semasa Perang Dingin. Pihak CIA terus bekerja rapat dengan kumpulan Gehlen: Org membekalkan tenaga kerja manakala CIA membekalkan keperluan material untuk operasi rahsia, termasuk pembiayaan, kereta dan kapal terbang.

Setiap POW Jerman yang pulang dari pemenjaraan Soviet ke Jerman Barat antara tahun 1947 dan 1955 telah ditemu bual oleh ejen-ejen Org. Mereka yang kembali telah dipaksa bekerja dalam industri dan pembinaan Soviet dan bersedia untuk mengambil bahagian, memberikan sumber informasi yang banyak tentang gambaran terkini Soviet Union pasca perang semasa ia berevolusi.[2]

Sumber[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Höhne & Zolling, p. 86
  2. ^ Höhne & Zolling, p. 76
  3. ^ Anonymous (2 July 1996). "The Service: The Memoirs of General Reinhard Gehlen by Reinhard Gehlen. Book review". CIA Historical Review Program (Release in Full). CIA. Dicapai 18 December 2012.