Organisma anaerob

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bakteria aerob dan anaerob boleh dikenal pasti dengan membesarkannya di dalam tabung uji brot tioglikolat:
1: Aerob obligat memerlukan oksigen keran tidak boleh menapai atau berepirasi secara anaerob. Ia berhimpun di atas tabung, tempat kepekatan oksigen adalah yang tertinggi.
2: Anaerob obligat diracuni oleh oksigen, maka ia berhimpun di dasar tabung, tempat kepekatan oksigen adalah yang terendah.
3: Anaerbo fakultatif boleh membesar dengan atau tanpa oksigen kerana boleh memetabolisasi tenaga secara aerob atau anaerob. Ia berhimpun paling banyak di atas kerana respirasi aerob menjanakan lebih ATP sama ada daripada penapaian atau respirasi anaerob.
4: Mikroaerofil memerlukan oksigen kerana tidak boleh menapai atau berespirasi secara aerob. Walau bagaimanapun, ia diracuni oleh kepekatan tinggi oksigen. Ia berhimpun di bahagian atas tabung uji tetapi bukan yang paling atas.
5: Organisma aerotoleran tidak memerlukan oksigen kerana memetabolisasi tenaga secara anaerob. Tidak seperti anaerob obligat walau bagaimanapun, ia tidak diracuni oleh oksigen. Ia boleh dijumpai tersebar dengan merata di seluruh tabung uji.

Organisma anaerob atau anaerob (Jawi: انايروب) ialah mana-mana organisma yang tidak memerlukan oksigen untuk pertumbuhan. Ia mungkin bertindak balas secara negatif atau juga mati sekiranya oksigen hadir, yang bererti bahawa ia boleh melakukan fungsi badannya dengan lebih baik dalam ketidakhadiran oksigen. Organisma anaerob mungkin merupakan unisel atau multisel (seperti metazoa atau organisma lebih kompleks seperti cacing laut dalam). Beberapa parasit seperti Trichinella spiralis (cacing babi) berespirasi secara anaerob di dalam sel perawat (sel terjangkit memainkan perumah kepada parasit juvenil).[which?] Sesetengah mikrob anaerob unisel dengan besar ialah protozoa, tetapi kebanyakan mikrob anaerob ialah bakteria atau Archaea. Untuk tujuan gunaan ada tiga kategori:

  • Anaerob obligat, yang disakiti oleh kehadiran oksigen
  • Organisma aerotoleran, yang tidak boleh menggunakan oksigen untuk pertumbuhan, tetapi bertoleransi terhadap kehadiran oksigen
  • Anaerob fakultatif, yang boleh tumbuh tanpa oksigen tetapi menggunakan oksigen sekiranya hadir

Pada manusia, organisma ini biasanya dijumpai di dalam salur perut dan usus.[1] Sesetengah bakteria anaerob mengeluarkan toksin yang penting secara klinikal (contohnya, tetanus).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Bakteria