Orchid Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Orked Abdullah)
Orchid Abdullah
Orked Abdullah bersama kumpulan Les Coasters
Latar belakang
Kelahiran1947 (1947)
Malaysia
Meninggal dunia14 Mei 2011(2011-05-14) (umur 63–64)
Hospital Ampang
PekerjaanPenyanyi
InstrumenVokal
Tahun aktif1960-an
Laman sesawang
Orchid Abdullah

Datin Orchid Abdullah merupakan salah seorang penyanyi pujaan ramai era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Orchid Abdullah lahir pada tahun 1947. Orchid Abdullah sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan The Les Coasters. Beliau mencipta nama dengan lagu .

Beliau berdarah kacukan Arab dan Inggeris.

Orchid sebelum bergelar artis ternama merupakan seorang pendidik dan pernah bertugas sebagai guru sementara di Sekolah Sri Mersing.

Bakat dan minat tersebut bagaimanapun tidak pernah menghalang beliau aktif dalam kerja-kerja kesenian khususunya ketika melanjutkan pelajaran di salah sebuah Maktab Perguruan di Johor.

Lagu Penawar Rindu merupakan lagu malar segar nyanyian beliau yang banyak kali dirakamkan semula oleh generasi penyanyi baru.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Orchid Abdullah telah meninggal dunia pada 14 Mei 2011 di Hospital Ampang jam 12.40 tengah hari Jumaat.[1] Penyanyi ini popular dengan lagu Penawar Rindu itu menghidap ketumbuhan hormon yang tidak stabil atau “paraganglioma” sejak 2008. [2]


Album[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

Antara lagu-lagu yang pernah dinyanyikan oleh beliau ialah,

  1. Ikatan Janji (bersama M. Fadzil & Les Coasters)
  2. Penawar Rindu
  3. Carilah Ganti
  4. Idaman Dara
  5. Harapan Ku Hampa
  6. Kau Menghilang
  7. Pesan-Ku
  8. Harapan Bangsa
  9. Gerak Maju
  10. Seruan Kasih
  11. Muda Mudi


Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • Anugerah Biduanita Veteran di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2003 (ABP-BH 2003)[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa, Oleh KEMALIA OTHMAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-09-01.
  2. ^ "SOROTAN 2011: Mereka 'Pergi' Tinggalkan Jasa". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-13. Dicapai pada 2021-09-01.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]