Orson Welles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Orson Welles
Orson Welles 1937.jpg
Welles, 1937
KelahiranGeorge Orson Welles
(1915-05-06)6 Mei 1915
Kenosha, Wisconsin, A.S.
Meninggal dunia10 Oktober 1985(1985-10-10) (umur 70)
Los Angeles, California, A.S.
DikebumikanRonda, Sepanyol
Pusat pendidikanTodd School for Boys
Pekerjaan
  • Actor
  • director
  • writer
  • producer
Tahun aktif1931–1985
Pasangan
Pasangan
Anak3, termasuklah Beatrice Welles
Tandatangan
Orson Welles signature.svg

George Orson Welles (/wɛlz/; 6 Mei 1915 – 10 Oktober 1985) merupakan seorang pelakon, pengarah, penulis dan penerbit yang terlibat dalam teater, radio dan filem. Beliau diingati untuk kerja inovatifnya dalam teater Caesar (1937); dalam radio[1] menerusi drama radio 1938 "The War of the Worlds"; dan dalam filem, Citizen Kane (1941), yang disenaraikan sebagai filem terhebat sepanjang masa oleh Institut Filem Amerika Syarikat.

Di usia 20-an, Welles mengarahkan sejumlah produksi pementasan berprofil tinggi termasuklah Voodoo Macbeth iaitu adaptasi dari Macbeth dengan menggunakan pelakon berketurunan Afrika-Amerika serta muzikal politik The Cradle Will Rock. Pada tahun 1937, beliau dan John Houseman mengasaskan Mercury Theatre. Welles menjadi terkenal setelah menjadi pengarah dan narator bagi drama radio 1938 berjudul The War of the Worlds yang diadaptasi dari novel H. G. Wells dengan judul yang sama. Ia dilaporkan telah menyebabkan panik dikalangan pendengar, dan beberapa sumber menyatakan laporan panik tersebut adalah palsu.[2]

Filem Citizen Kane (1941), merupakan filem pertama beliau dan diikuti dengan 12 buah filem lain termasuklah The Magnificent Ambersons (1942), Touch of Evil (1958), dan Chimes at Midnight (1966). Filem-filem lain beliau termasuklah The Lady from Shanghai (1947)[3] dan F for Fake (1973),[4] yang turut mendapat perhatian.

Pada tahun 2002, Welles telah diundi sebagai pengarah filem terhebat sepanjang masa dalam dua undian Institut Filem British oleh pengarah dan pengkritik.[5][6]

Welles meninggal dunia pada 10 Oktober 1985 akibat serangan jantung.[7]

Filemografi terpilih[sunting | sunting sumber]

Filem cetera[sunting | sunting sumber]

Filem pendek[sunting | sunting sumber]

Rancangan televisyen[sunting | sunting sumber]

Pementasan terpilih[sunting | sunting sumber]

  • Madame Butterfly (1918)
  • Samson and Delilah (1918)
  • Dr. Jekyll and Mr. Hyde (1925)
  • A Christmas Carol (1925)
  • The Servant in the House (1926)
  • It Won't Be Long Now (1927)
  • Finesse the Queen (1928)
  • Julius Caesar (1929)
  • Androcles and the Lion (1930)
  • Jew Süss (1931)
  • Mogu of the Desert (1931)
  • The Lady from the Sea (1931)
  • Hamlet (1932)
  • Macbeth (1947)
  • The Lady in the Ice (1953)
  • King Lear (1956)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Schwartz, A. Brad (2015). Broadcast Hysteria: Orson Welles's War of the Worlds and the Art of Fake News. New York: Hill and Wang. m/s. 336. ISBN 0-8090-3161-2. 
  2. ^ Bartholomew, Robert E. (2001). Little Green Men, Meowing Nuns, and Head-Hunting Panics: A Study of Mass Psychogenic Illness and Social Delusion. Jefferson, N.C.: McFarland. ISBN 9780786409976. Dicapai March 30, 2010. 
  3. ^ "List-o-Mania, or, How I Learned to Stop Worrying and Love American Movies". Jonathan Rosenbaum. June 25, 1998. Dicapai 2015-05-09. 
  4. ^ "Great Movie: Chimes at Midnight". Roger Ebert. June 4, 2006. Dicapai 2015-05-09. 
  5. ^ "Sight & Sound |Top Ten Poll 2002 – The Directors' Top Ten Directors". BFI. September 5, 2006. Dicapai December 30, 2009. 
  6. ^ "Sight & Sound |Top Ten Poll 2002 – The Critics' Top Ten Directors". BFI. September 5, 2006. Dicapai December 30, 2009. 
  7. ^ Welles, Orson; Bogdanovich, Peter; Rosenbaum, Jonathan (1992). This is Orson Welles. New York: HarperCollins Publishers. ISBN 0-06-016616-9. 

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]