osCommerce

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
osCommerce
Screenshot
frames
frames
Tampilan laman sesawang Lolyco.com, salah satu kedai dalam talian yang mempergunakan perisian osCommerce
PembangunHarald Ponce de Leon
Keluaran stabil
2.2 RC 2a / 30 Januari 2008 (2008-01-30)
Repositori Sunting ini di Wikidata
Bahasa pengaturcaraanPHP
Sistem pengendalianSilang pelantar
JenisKedai sesawang
LesenLesen Awam Am GNU
Tapak webhttp://www.oscommerce.com/

osCommerce (terbitan daripada “open source Commerce” dalam bahasa Inggeris) ialah perisian e-dagang dan pengurusan kedai dalam talian. Ia boleh digunakan pada mana-mana pelayan web yang telah dipasang dengan PHP dan MySQL. osCommerce disediakan sebagai perisian bebas di bawah Lesen Awam Am GNU.

Ciri utama[sunting | sunting sumber]

osCommerce MS2.2 tidak mendakwa bahawa ia merupakan penyelesaian e-dagang yang terunggul. Ia tidak mencuba memenuhi segala keperluan pengguna tetapi sebaliknya, hanya memberikan kefungsian yang memenuhi keperluan-keperluan yang umum kepada hampir semua perniagaan dalam talian. Dengan mengamalkan pendekatan tersebut, osCommerce dapat mengelakkan kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh banyak atur cara penggunaan (termasuk cabang-cabangnya) yang lain; terlalu banyak kefungsian memerlukan pelaksanaan yang terlalu rumit. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud bahawa osCommerce ialah perisian yang sangat "asas". Keupayaannya untuk diperluas melalui atur cara tokokan atau kod terlanggan bermaksud bahawa ia dapat diubah suai demi memenuhi keperluan-keperluan yang tertentu bagi mana-mana perniagaan.

Yang berikut ialah senarai ciri utama osCommerce MS2.2, sebagaimana yang dinyatakan dalam laman sesawang osCommerce:

  1. Serasi dengan PHP 4 dan MySQL - mudah dikemaskinikan kepada versi 5.
  2. Serasi dengan semua pelayar utama.
  3. Disediakan dalam berbilang bahasa, iaitu bahasa Inggeris, Jerman, dan Sepanyol secara lalai.
  4. Pemasangan berasaskan sesawang secara automatik.
  5. Bilangan produk dan kategori yang tidak terhad.
  6. Pemasangan automatik untuk sistem pembayaran e-dagang: Authorize.net, 2Checkout.com, iPayment.de, PayPal.com, PsiGate.com, SECPay.com, dan TrustCommerce.com, termasuk juga atur cara tokokan untuk sistem pembayaran e-dagang, pembayaran kad kredit (insani) luar talian, dan pemprosesan pembayaran dalam talian.
  7. Sokongan berbilang mata wang melalui pengemaskinian insani dari pelayan kadar pertukaran.
  8. Sokongan untuk imej dinamik (satu imej bagi setiap produk).
  9. Menyokong produk fizikal serta juga muat turun produk.
  10. Modul pentadbiran berasaskan sesawang.
  11. Penyediaan dan pemulihan pangkalan data sandar.
  12. Kart membeli-belah sementara dan kekal.
  13. Urus niaga yang selamat melalui sokongan Lapisan Soket Selamat (SSL)
  14. Banyak pilihan penghantaran, termasuk berat, harga, dan destinasi.
  15. Penyepaduan sebutan harga penghantaran masa nyata dengan UPS dan USPS.
  16. Pilihan penghantaran berasaskan zon serta juga pilihan penghantaran percuma sebagai sebahagian Modul Jumlah Pesanan.
  17. Kefungsian cukai penuh, termasuk cukai kompaun, dengan zon yang berbeza untuk produk yang berbeza.

Dalam melaksanakan osCommerce, satu keputusan yang utama ialah bagaimana menyepadukan reka bentuk. Berbanding dengan cabang-cabangnya, osCommerce MS2.2 tidak menyediakan sebarang sistem templat. Sebaliknya, terdapat banyak templat osCommerce pihak ketiga yang boleh didapati. Walaupun demikian, ini telah diperlihatkan sebagai sesuatu keadaan yang tidak memuaskan bagi sesetengah orang. Bagaimanapun, keadaan ini bermaksud bahawa reka bentuk dapat dikodkan secara insani atau sistem templat dipasang. Terdapat banyak sistem templat yang terkenal, termasuk STS, BTS, dan SMARTY.

Kekangan[sunting | sunting sumber]

Semenjak diterbitkan pada tahun 2003, sejumlah isu yang berkenaan dengan kefungsiannya telah dikenal pasti oleh masyarakat pengguna, dengan sebahagian isu tersebut diakui oleh pasukan pembangun. Misalnya:

  1. UPS kini tidak lagi merupakan satu modul penghantaran piawai, tetapi boleh ditambah kemudian.
  2. Pembayaran insani melalui kad kredit tidak mematuhi syarat-syarat Industri Kad Pembayaran (PCI) dan oleh itu, hanya boleh digunakan untuk pengujian sahaja.
  3. Produk muat turun dahulu tidak selamat sepenuhnya tetapi kini telah diperbaik.
  4. Imej lakaran kecil sebenarnya merupakan gambar saiz penuh yang dikecilkan untuk tujuan pemaparan dan oleh itu, ciri tersebut menjejaskan lebar jalur.
  5. Modul Get PSI tidak lagi boleh digunakan dan perlu digantikan dengan versi XML.
  6. Ketiadaan sistem pemalam menyulitkan pemasangan atur cara tokokan kerana setiapnya mengubai suai atur cara penggunaan teras.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

osCommerce dimulakan pada bulan Mac 2000 di Jerman oleh pengasas dan ketua projek, Harald Ponce de Leon, atas nama The Exchange Project. Sedangkan osCommerce masih dalam pembangunan, lepasan Milestone 2.2 yang terkini dianggap sebagai stabil. Pada bulan November 2008, laman sesawang osCommerce menyatakan bahawa terdapat melebihi 14,000 laman yang aktif dalam talian yang menggunakan perisiannya.[1] Milestone 3.0 yang dirancang dijangka akan merupakan penulisan semula atur cara yang utama untuk menggabungkan bahagian belakang berorientasi objek, sistem templat untuk memudahkan penukaran bentangan, serta juga rangkuman takrif nama pengguna dan kata laluan bahagian pentadbiran semasa pemasangan.

Cabang[sunting | sunting sumber]

Cabang-cabang osCommerce termasuk CRE Loaded, OSC Max, xt:Commerce, Holbi's TrueLoaded, dan ZenCart. Perhatikanlah bahawa cabang adalah tidak sama dengan versi osCommerce yang ditokok tambah. Versi tertokok tambah masih merupakan osCommerce, tetapi cabang tidak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

2. Watson, Kerry. The osCommerce Technical Manual. Victoria, BC Canada: On Demand Manuals. pp. 11-14 ISBN 1-4120-3733-6.
3. Gurevych, Vadym . osCommerce Webmaster's Guide to Selling Online. Birmingham, UK: Packt Publishing. p. 2 ISBN 1-84719-202-5.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]