Osman bin Aroff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Osman Bin Haji Aroff)
Lompat ke: pandu arah, cari


Tan Sri Datuk Seri DiRaja Osman Bin Haji Aroff (Dato' Seri Amar Diraja)
203 6b.jpg

Menteri Besar Kedah ke-6
Tempoh jawatan
1985 – 1996
Didahului oleh Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin
Diganti oleh Sanusi Bin Junid

Lahir (1940-11-23) 23 November 1940 (umur 76)
Jitra, Kedah
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Agama Islam
Fail:203 6e.jpg
Tan Sri Osman Aroff mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang keenam di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit pada 28 Januari 1985

Tan Sri Datuk Seri DiRaja Haji Osman Aroff (Dato' Seri Amar Diraja) dilahirkan di Kampung Kelubi, Jitra, Kedah pada 23 November 1940. Beliau merupakan bekas Menteri Besar Kedah ke-6.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jitra sehingga darjah empat. Seterusnya pada tahun 1951, beliau meneruskan pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Beliau lulus Senior Cambridge pada tahun 1958. Pada tahun 1959 hingga tahun 1963, beliau telah melanjutkan pelajarannya di dalam bidang Sains Politik di American University Washington, Amerika Syarikat.

Politik[sunting | sunting sumber]

Bakat kepimpinan yang terserlah pada dirinya menyebabkan beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan sebagai Setiausaha UMNO cawangan Tanah Merah pada tahun 1956. Dua tahun kemudian, beliau turut bertanggungjawab mengasaskan penubuhan UMNO Bahagian Jitra setelah UMNO Bahagian Kedah Utara dibubarkan. Beliau telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO pertama bagi bahagian tersebut. Walau bagaimanapun UMNO Bahagian Jitra kemudiannya telah ditukar menjadi UMNO Bahagian Kubang Pasu hingga sekarang.

Tan Sri Dato' Seri Haji Osman Aroff bergerak setapak lagi dalam kerjaya politiknya pada tahun 1969 apabila beliau dipilih untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Ini menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan sebagai Pegawai Penerangan Konsul Taiwan di Kuala Lumpur yang disandang sejak tahun 1966.

Melihat dari rekod perkhidmatannya yang cemerlang, beliau telah dilantik menjadi anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah.

Menteri Besar Kedah[sunting | sunting sumber]

Osman Aroff pernah diberi kepercayaan memangku jawatan Menteri Besar selama sebulan bermula dari Disember 1984 sehingga Januari 1985 ketika Dato' Seri Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin bercuti. Pada 24 Januari 1985, Dato' Seri Syed Nahar mengumumkan perletakan jawatan dan menamakan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baru. Tan Sri Dato' Seri Osman Aroff mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang keenam di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit pada 28 Januari 1985.

Setelah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar, Tan Sri Dato' Seri Osman sekaligus mengambil alih jawatan sebagai Ketua Perhubungan UMNO Kedah merangkap Pengerusi Barisan Nasional Negeri. Tan Sri Dato' Seri Osman Aroff telah melepaskan jawatan Ketua UMNO Kubang Pasu yang disandang dari tahun 1969 hingga tahun 1972. Langkah ini dibuat bagi memberi laluan kepada Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad mengetuai Bahagian Kubang Pasu dan beliau sendiri bertindak sebagai Timbalan Ketua Bahagian Kubang Pasu sehingga sekarang. Di peringkat nasional, beliau telah dilantik menduduki ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Dalam pilihanraya umum 1986, 1990 dan 1995, Tan Sri Dato' Seri Osman Aroff berjaya mengekalkan kerusinya di Dewan Undangan Negeri Jitra.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Dato' Seri Osman Aroff gemar menggunakan pendekatan pragmatik dan realistik di dalam pentadbirannya. Beliau berusaha untuk menjadikan Kedah sebagai sebuah negeri yang maju di dalam pelbagai bidang antaranya sektor perindustrian, pertanian, perniagaan, pendidikan dan pelancongan. Dalam soal pembangunan, beliau menjalankan amanat UMNO yang mempunyai objektif untuk membangun bersama rakyat dalam membahagikan kekayaan negeri. Cabaran Kedah di bawah pimpinan Tan Sri Dato' Seri Osman Aroff ialah untuk mentransformasikan Kedah daripada sebuah negeri berasaskan pertanian kepada sebuah negeri berasaskan perindustrian. Dengan ini satu program yang dikenali sebagai Pelan Tindakan Pembangunan Negeri (PTPN) telah dilancarkan. Program jangka panjang ini bersifat komprehensif dan bermatlamat memodenkan ekonomi dan meningkatkan produktiviti serta pendapatan Negeri Kedah. Tumpuan utama pelan ini ialah terhadap tiga sektor utama iaitu perindustrian, pelancongan dan pertanian komersial. Beliau juga berusaha memperbaiki lagi sistem ekonomi Negeri Kedah supaya ia lebih kukuh disamping mengimbangi sumber ekonomi dengan sumber manusia.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Sebagai menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri, Seri Setia Di Raja Kedah (S.S.D.K.), Dato' Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (D.H.M.S.), Johan Mangku Negara (J.M.N.) dan Jaksa Pendamai (J.P.).

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
19851996
Penyandang Kemudian
Dato' Seri Syed Nahar Bin Tun Syed Sheh Shahabuddin Y.B. Tan Sri Sanusi Bin Junid