Osman Sabran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Osman Bin Sabran)
Dr.

Osman Haji Sabran

Ph.D
Kelahiran
Osman bin Haji Sabran

1949
Meninggal dunia2 April 2019
PekerjaanProfesor madya, pensyarah, ulama

Dr. Osman bin Haji Sabran (m. 2 April 2019) ialah seorang ahli akademik dan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari parti Parti Islam Se-Malaysia. Pada 2017, beliau telah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor bagi tahun 1439/2017[1][2][3].

Sumbangan dalam masyarakat[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah berkhidmat di beberapa institusi pengajian tinggi di Malaysia, seperti Universiti Teknologi Malaysia, universiti Putra Malaysia dan sebagai profesor madya di Fakulti Pendidikan Universiti Selangor. Beliau turut menghasilkan hampir 100 tajuk artikel, kertas kerja dan teks khutbah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) seperti Falsafah Sains dan Teknologi, Dakwah dan Realitinya di Malaysia serta Sistem Perbankan Islam[1] Beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor[4] sehingga kematiannya pada April 2019.

Penglibatan dalam politik[sunting | sunting sumber]

Di peringkat parti, beliau pernah menjadi Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor[5], Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor[6] dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor[2]. Beliau juga pernah menjadi calon PAS dalam pilihan raya umum Malaysia 2008.

Keputusan dalam pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Osman Haji Sabran
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Nama Parti Undi Majoriti
2008 P.93 Sungai Besar Osman Sabran Parti Islam Se-Malaysia 11,060 Noriah Kasnon Barisan Nasional 16,069 5,009

Penulisan[sunting | sunting sumber]

Osman aktif menerbitkan beberapa buku[1], antaranya:

  • Husin Junoh; Ibrahim Ngah; Hussin Salamon; Osman Haji Sabran; Mohd. Said Ishak (2003). Penyalahgunaan dadah di kalangan remaja muslim : kajian kes : Felda Kota Tinggi, Johor. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
  • Osman Haji Sabran; Arieff Salleh Rosman (2002). Pengurusan harta wakaf. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
  • Osman Haji Sabran; Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial, Universiti Teknologi Malaysia (2002). Pengantar institusi-institusi Islam (ed. modul pengajaran). Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
  • Osman Haji Sabran (2001). Urus niaga al-qard al-hasan : dalam pinjaman tanpa riba. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
  • Osman Haji Sabran; Sayed Mahussain Sayed Ahmad (2000). Pelaksanaan undang-undang Islam sebelum dan selepas kedatangan British: kajian kes di Negeri Terengganu dan Kelantan: laporan hasil penyelidikan. Laporan penyelidikan (Universiti Teknologi Malaysia. Pusat Pengurusan Penyelidikan). Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
  • Osman Haji Sabran (2000). Urus niaga Al-Bai' Bithaman Ajil dalam mekanisme pembiayaan tanpa riba. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
  • Osman Haji Sabran (1997). Pinjaman dan pembiayaan tanpa riba : kajian terhadap sistem mu'amalat Islam di Malaysia masa kini. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
  • Osman Haji Sabran (1991). Waqaf : konsep dan pengurusannya, satu kajian kes di negeri Selangor Darul Ehsan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
  • Osman Haji Sabran (1988). Konsep waqaf : pentadbiran dan pengurusannya di Negeri Selangor. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Afix Redzuan (22 September 2017). "Sedia tabur bakti demi pembangunan Islam". Selangor Kini. Dicapai pada 27 September 2021.
  2. ^ a b Rizuan Rahmat (2 April 2019). "Takziah buat keluarga Almarhum Dr Osman". Harakahdaily. Dicapai pada 27 September 2021.
  3. ^ Ayusliza Azizan (21 September 2017). "Usaha dakwah Adam diiktiraf". Harian Metro. Dicapai pada 27 September 2021.
  4. ^ "Senarai Ahli Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor" (PDF). Jabatan Agama Islam Selangor. 22 Ogos 2018. Dicapai pada 27 September 2021.
  5. ^ "Ikut cara perjuangan Rasulullah pasti kita menang – Dr Osman Sabran". PAS Tanjung Karang. 8 September 2006. Dicapai pada 27 September 2021.
  6. ^ "Rangkaian Mat Sabu terus kuasai PAS Selangor?", Malaysiakini.com, 16 Jun 2011.