Osman Kangkung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Osman Kangkung, tidak banyak maklumat untuk pelukis kartun era sebelum merdeka, kecuali nama beliau disebut-sebut sebagai pelukis kartun pelopor tanah air yang bergiat bersama-sama Yahya Saidin, Ali Sanat. Allahyarham dan rakan-rakan memainkan peranan yang cukup besar dalam sejarah kemerdekaan tanah air dibawah belenggu penjajahan Jepun dan Inggeris. Karya beliau pernah disiarkan dalam akhbar Utusan Kanak-Kanak (sebuah akhbar mingguan terbitan Utusan Melayu) pada pertengahan tahun 1950an, mengisahkan perjuangan tentera (Askar Melayu) melawan gerakan pengganas Kominis ketika Zaman Darurat.

Peranan akhbar Utusan Melayu dan MAJLIS cukup besar dalam menyampaikan mesej kepada orang-orang Melayu dan penduduk pelbagai kaum untuk mencapai kemerdekaan tanah air yang dikenali sebagi Malaya.