Osman Talib

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tan Sri Dato Kurnia Jasa Osman Bin Talib (lahir di Gopeng , Perak) dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama dari 31 Ogos 1957 hingga 31 Mei 1959 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman.[1] Gabenor Melaka ketika itu ialah Tun Leong Yew Koh . Selepas itu , Tun Abdul Ghafar bin Baba menjadi Ketua Menteri Melaka. Ketika itu , pilihan raya negeri Melaka belum diadakan . Oleh itu selepas merdeka, pegawai kanan kerajaan / Malayan Civil Service (kini digelar PTD, telah dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka.

Osman Talib pernah menjadi Pengerusi Lembaga Letrik Negara atau sekarang dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad (TNB). Akhir hayatnya menetap di Bukit Tunku/ Kenny Hill dan meninggal dunia di sana. [2][3] Jenazah beliau dibawa ke Bukit Chandan, Kuala Kangsar untuk dikebumikan di Makam Al-Ghufran sebelah Masjid Ubudiah. [4]

Osman Talib pernah menyandang jawatan Orang Kaya Bendahara Perak selepas Datok Chik Mohamad Yusuf bin Sheikh Abdul Rahman / CM Yusof. CM Yusof pernah adalah Speaker Parlimen Malaysia / Dewan Rakyat dan berasal dari Tanjung Tualang. [5][6]

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Isteri Osman Talib bernama Hajjah Nik Rafeah binti Dato Maha Kurnia Alang Ahmad. Anak kedua mereka, Mohd Salim Osman berkahwin dengan Dato' Dr Azizan binti Yoeb Ghazalli. Mohd Salim adalah CEO Bank Pembangunan dan bekas pelajar Maktab Melayu Kuala Kangsar 1947. [7]. Anaknya Dato Haji Mohd Hamidi bin Osman berkahwin dengan Normah binti Senu Abdul Rahman. Senu ialah Setiausaha Agung UMNO yang pertama.

Pengerusi LLN[sunting | sunting sumber]

Dato Osman Talib menjadi pengerusi Lembaga Letrik Negara (LLN / TNB) ketika Perdana Menteri Malaysia, YTM Tunku Abdul Rahman merasmikan Bangunan Ibu Pejabat Lembaga Letrik Negara di Jalan Bangsar,Bangsar ,Kuala Lumpur pada 1966. Namanya tertera di salah satu plak di bangunan itu. Osman Talib dalam ucapannya menyatakan Rancangan Pembangunan 5 tahun (1961-1965) akan menambah bekalan elektrik untuk kegunaan industri dan penduduk luar bandar. LLN telah mengadakan bekalan eletrik untuk 422 buah kampung di seluruh negara. Kira-kira 300,000 orang penduduk luar bandar menerima bekalan elektrik . Kos pembangunan elektrik lebih RM 16 juta yang mana sebanyak 12 juta adalah sumbangan dari kerajaan.[8]

Penasihat Tunku Abdul Rahman[sunting | sunting sumber]

Beliau begitu rapat dengan Tunku dan menjadi penasihat Tunku selain Tun Sardon Jubir terutama dalam isu pemisahan-penggabungan Tanah Melayu - Brunei. Pesuruhjaya British ketika itu ialah Dennis White dan Sultan Brunei ialah Sultan Omar Ali Saifuddin III. Mereka sering berbincang di Kelab Sultan (?). Pemimpin revolusi Brunei ketika itu ialah AM Azahari dari Parti Rakyat Brunei. Sultan Brunei mahu menyertai Malaysia tetapi Azahari yang memang semua 16 kerusi menolak cadangan itu . Sebaliknya Azahari mengumumkan dirinya sebagai 'Perdana Menteri Kalimantan Utara' iaitu gabungan Brunei, Sabah dan Sarawak. Akhirnya Azahari lari ke Jakarta dan mendapat perlindungan dari Sukarno. [9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 'Ghafar Baba: kupasan oleh profesor dan cendekiawan Melayu] oleh Alias Muhammad,Gateway Publishing House, 1993]
  2. ^ 'The royal commoner: the life and times of Imam Perang Jabor' oleh Hashim Sam, 2002
  3. ^ 'Orang biasa Diraja: hayat dan zaman Imam Perang Jabor' oleh hashim Sam, 2000
  4. ^ Makam Al Ghufran
  5. ^ 'Kinta Valley: Pioneering Malaysia's Modern Development' oleh Salma Nasution Khoo, ‎Abdur-Razzaq Lubis , 2005
  6. ^ 'Who's who in Malaysia and Guide to Singapore' oleh John Victor Morais , 1977
  7. ^ MCKK Impressions, 1905-2005,hlm 439
  8. ^ PERASMIAN BANGUNAN IBU PEJABAT LEMBAGA LETRIK NEGARA
  9. ^ Creating "Greater Malaysia": Decolonization and the Politics of Merger oleh Tai Yong Tan


Penyandang Terdahulu Ketua Menteri Melaka
31 Ogos 1957 – 31 Mei 1959
Penyandang Kemudian
Pentadbiran British
Abdul Ghafar bin Baba