Osman bin Muhammad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cendekiawan Islam
Ulama tersohor dari Kelantan
SheikhOsmanJalaluddinal-Kalantani18.jpg
Nama: Osman bin Muhammad
Gelaran: Sheikh Osman Jalaluddin Al-Kalantani
Haji Seman Sering
Lahir: 1880
Wafat: 19 September, 1952
Etnik: Melayu
Rantau: Semenanjung Tanah Melayu
Karya: Kitab Al-Durrat al-Nafi'ah (Alamat Kiamat)
Madrasah Manabi' al-Ulum
Pengaruh: Tok Kenali
Hj Jamaluddin Perupok
Hj. Abdul Malek Sungai Pinang
Tuan Mukhtar Bogor


Haji Osman bin Muhammad atau juga dikenali dengan Sheikh Osman Jalaluddin Al-Kalantani atau Haji Seman Sering berasal dari Kelantan dan merupakan salah seorang guru pondok dan ulamak tersohor di Semenanjung Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Nama beliau bukan sahaja terkenal di Kelantan dan Pulau Pinang malah hingga ke Mekah.[1] Beliau hidup sezaman dengan Tok Seridik, Haji Ismail Pontianak, Haji Omar Banggol Kulim , Dato' Perdana Haji Mat Jebeng.

Sejarah hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau telah dilahirkan di Kampung Panjang, Sering di sempadan Jajahan Kota Bharu/Bachok pada penghujung tahun 129 H (1880 M) dan telah meninggal dunia di Tanah Suci Mekah pada hari Jumaat 30 Zulhijjah 1371 bersamaan 19 September, 1952. [2]

Pada peringkat awal, beliau lebih dikenali dengan panggilan Haji Seman Sering, dan termasuk dalam kumpulan murid kesayangan Tok Kenali. Selain daripada Tok Kenali, beliau juga pernah berguru dengan Haji Jamaluddin Perupok dan Haji Abdul Malek Sungai Pinang.[1] Semasa di Mekah, beliau sering mendampingi Tuan Mukhtar Bogor (atau nama sebenar beliau Syeikh Mohd Mukhtar bin Atarid).

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Nama beliau mula terkenal selepas kejayaan beliau mendirikan Madrasah Manabi al-Ulum di Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1932. Madrasah ini kemudiannya muncul sebagai sebuah pusat pengajian pondok yang paling maju di Seberang Perai semasa tahun 1930-an hingga 1940-an.

Sebagai guru yang berdedikasi, beliau banyak menghasilkan karya-karya sendiri dan terjemahan. Syeikh Osman sangat berhati-hati dalam menghasilkan sesuatu karangan serta memilih topik yang mempunyai kaitan dengan persoalan semasa masyarakat. Kitab Durrat al Nafi'ah (Alamat Kiamat) hasil karangannya telah meletakkan beliau sebagai seorang sasterawan yang berpandangan jauh kerana ia dianggap sebagai buku berbahasa Melayu yang paling terperinci dalam membincangkan perkara-perkara berkaitan tanda-tanda hampir kiamat.

Syeikh Osman kerap berulang alik ke Mekah dan telah diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjidil Haram. Bermula dari sinilah beliau mendapat anak murid seperti Haji Abdul Rahman Sungai Durian, Haji Abdul Rahman Lubok Tapah, Haji Abdullah Lati, Haji Abdullah Kg. Laut, Haji Hassan Ketereh, Haji Abu Bakar Bukit Tiu, Haji Mohd Ibrahim Akibi Pulau Pinang, Haji Ismail Merbok, Haji Hussein Umbai, Haji Abdul Ghani Kubang Bembandan dan Ustaz Abdul Kadir Kamaluddin. [3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Rencana asal oleh Ismail Che Daud

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH, "Syeikh Uthman Jalaluddin Penanti menguasai pelbagai bidang ilmu". Utusan Malaysia Online-26/09/2005; Diambil 01 Disember 2018
  2. ^ SYEIKH OSMAN JALALUDDIN - Dewan Bahasa dan Pustaka.
  3. ^ Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH, "Syeikh Jalaluddin al-Kalatani - Perintis pengajian pondok Seberang Perai". Utusan Malaysia-bicara agama 13/09/2004; Diambil 01 Disember 2018

Pautan luar[sunting | sunting sumber]