Ostrakon



Sebuah ostrakon (Greek: ὄστρακον ostrakon, jamak ὄστρακα ostraka) ialah serpihan tembikar, biasanya pecahan daripada pasu atau bekas tembikar lain. Dalam konteks arkeologi atau prasasti, ostraka merujuk kepada serpihan atau batu-batu kecil yang diukir tulisan. Biasanya serpihan ini dianggap telah pecah sebelum tulisan itu ditambah; orang purba menggunakan serpihan tembikar yang murah, banyak, dan tahan lama di sekeliling mereka sebagai bahan mudah untuk menulis tentang pelbagai benda. Kebanyakannya bertulisan pendek, namun dalam sesetengah kes sangat panjang.
Ostrakisme
[sunting | sunting sumber]Di Athens Klasik, apabila keputusan untuk memulau atau membuang negeri seorang anggota masyarakat, rakan-rakan warganegara akan mengundi dengan menulis nama orang itu pada serpihan tembikar; undian dikira dan, jika malang, orang itu dibuang negeri selama sepuluh tahun dari bandar itu, memberikan asal usul istilah ostrakisme.[1] Serpihan tembikar juga digunakan untuk membersihkan dubur. Sarjana mencadangkan bahawa serpihan (pessoi) daripada undian mungkin telah digunakan semula untuk tujuan ini, untuk mengutuk individu yang dibuang negeri dengan mencemarkan nama mereka.[2]
Ostrakon batu kapur dan tembikar Mesir
[sunting | sunting sumber]

Apa-apa dengan permukaan licin boleh digunakan sebagai permukaan penulisan. Kerana ia bahan yang akan dibuang, ostrakon murah, mudah didapati, dan oleh itu kerap digunakan untuk menulis perkara-perkara yang tidak perlu kekal selamanya, misalnya mesej, preskripsi, resit, latihan pelajar dan nota. Serpihan tembikar, kepingan batu kapur,[3] dan serpihan nipis jenis batu lain turut digunakan, tetapi serpihan batu kapur, yang berlapis dan berwarna lebih cerah, adalah yang paling lazim. Ostrakon biasanya kecil, ditulis dengan hanya beberapa perkataan atau gambar kecil dilukis dengan dakwat;[4] tetapi makam tukang Sennedjem di Deir el Medina mengandungi ostrakon besar yang menuliskan Kisah Sinuhe.[3]
Ostrakon sangat penting kepada Mesirologi. Sifat fizikalnya dan iklim Mesir telah memelihara banyak teks, daripada teks perubatan hingga tulisan harian, yang dalam budaya-budaya lain telah hilang.[5] Ini sering boleh berfungsi sebagai saksi kehidupan harian yang lebih bagus daripada teks-teks sastera yang dipelihara di perpustakaan.
Ostrakon Deir el-Medina
[sunting | sunting sumber]91 keping ostrakon yang ditemui di Deir el-Medina memberikan pandangan yang sangat menarik tentang fungsi dalaman Kerajaan Baru. Ostrakon-ostrakon ini menunjukkan rekod perubatan dan dokumentari, sebahagiannya memberikan maklumat tentang bagaimana air dibekalkan, dan bagaimana urus niaga ekonomi dijalankan. Kepelbagaian maklumat pada ostrakon yang ditemui mempersembahkan maklumat yang mungkin telah hilang jika tidak ditulis.
Seperti komuniti Mesir lain, pekerja dan penduduk Deir el-Medina dirawat dengan rawatan perubatan, doa, dan sihir.[6] Walau bagaimanapun, catatan di Deir el-Medina menunjukkan adanya tahap pembahagian, kerana catatan dari kampung itu mencatatkan kedua-dua "doktor" yang melihat pesakit itu dan menetapkan rawatan, dan "penyihir kala jengking" yang pakar dalam sihir penawar untuk sengatan kala jengking.[7]
Ostrakon dari Deir el-Medina juga berbeza dalam edarannya. Mantera dan penawar diedarkan secara meluas di kalangan pekerja; terdapat beberapa kes mantera dihantarkan daripada seorang pekerja kepada yang lain, tanpa perantara "terlatih".[8][9] Teks perubatan bertulis nampaknya lebih nadir, dengan hanya segelintir ostrakon mengandungi preskripsi, menunjukkan bahawa doktor yang terlatih akan mencampurkan penawar yang lebih rumit sendiri. Terdapat juga beberapa dokumen yang menunjukkan penulis meminta bahan perubatan, tetapi tidak diketahui sama ada ini diminta atas preskripsi doktor, atau untuk rawatan sendiri.[10]
Enam orang ditugaskan ke Deir el-Medina sebagai "pembawa air" yang tugasnya membawa karung-karung air ke kampung. Dengan sistem di antara tangki air pusat dan penghantaran dari rumah ke rumah, pembawa air mengisi karung dan menghantarnya dari dataran banjir ke tengah-tengah kampung di mana setiap isi rumah boleh menerima sesuku hingga setengah karung yang berjumlah 96 hingga 115 liter air setiap rumah.[11] Satu isi rumah biasa mempunyai enam penghuni, setiap orang mendapat 15 hingga 20 liter air untuk minum. Satu ostrakon[12] menerangkan banyak penghantaran ini tidak dipenuhi, dengan lima orang tidak menerima bekalan mereka, berjumlah empat dan tiga perempat karung atau 375 liter air yang tidak dihantar. Dalam beberapa kejadian, penduduk Deir el-Medina cuba menggali perigi, mungkin kerana tidak berpuas hati dengan pembawa air itu, tetapi gagal.[11] Cubaan pertama adalah pada tahun ke-15 pemerintahan Ramesses III dan lubang digali 22 meter ke dalam tanah, tetapi tidak berjaya. Sebelum menggali lagi, mereka menentukan paras air berada pada 31.5 meter, dan kerana terdesak mereka menggali 20 meter melepasi itu, ke 52 meter, tetapi sekali lagi sia-sia. Tanpa air di dalam perigi, ia digunakan sebagai tempat pembuangan di mana ratusan lagi ostrakon ditemui.
Suasana ekonomi adalah unik di Deir el-Medina kerana urus niaga antara orang lebih serupa dengan perdagangan berbanding urus niaga moden. Wang sebenar jarang bertukar tangan, kerana ia digunakan sebagai pengukur nilai untuk sesuatu objek dan apabila membuat urus janji, jual beli antara orang akan melihat nilai kedua-dua barangan dan sama ada barangan yang ditawarkan itu diperlukan.[13] Yang bagusnya, kebanyakan ostrakon yang ditemui di Deir el-Medina adalah tentang ekonomi dan memberikan maklumat tentang rupa transaksi ini. Satu ostrakon menerangkan urus naiga dengan satu pihak yang menawarkan lembu bernilai 120 Deben dan pihak satu lagi menawarkan dua balang lemak, lima tunik kain licin, satu kain ikat pinggang nipis, dan satu kulit yang apabila digabungkan bernilai 130 Deben.[14]
Ostrakon Mimpi Saqqara
[sunting | sunting sumber]Dari 1964 hingga 1971, Bryan Emery menggali di Saqqara untuk mencari makam Imhotep; sebaliknya, perkuburan bawah tanah yang besar penuh dengan mumia haiwan ditemui. Nampaknya, ia sebuah tapak ziarah, dengan sehingga 1½ juta burung sekendi dikebumikan (serta kucing, anjing, kambing jantan, dan singa). Tapak abad ke-2 SM ini mempunyai serpihan tembikar yang ditawarkan oleh para penziarah.
Penggalian Emery menemui "Ostrakon Mimpi", dihasilkan oleh seorang jurutulis bernama Hor dari Sebennytos. Seorang penyembah dewa Thoth, beliau tinggal bersebelahan dengan tempat suci Thoth di pintu masuk ke Katakom Utara dan bekerja sebagai seorang "ahli terapi purba", menasihati dan menenangkan pelanggan. Beliau mencatatkan mimpinya yang datang daripada dewa pada ostrakon tersebut. Ostrakon Mimpi ialah 65 teks Demotik yang ditulis pada tembikar dan batu kapur.[15]
Ostrakon zaman Alkitab
[sunting | sunting sumber]Ostrakon terkenal untuk arkeologi Alkitab telah ditemui di:
- Arad, Israel, atau Tel Arad
- Lachish
- Mesad Hashavyahu
- Rumah Ostrakon di Samaria
- Kubu Elah di Khirbet Qeiyafa[16]
Selain itu, undian yang dicabut di Masada dipercayai berbentuk ostrakon, dan beberapa serpihan tembikar yang menyerupai undian telah ditemui.
Pada Oktober 2008, ahli arkeologi Israel, Yosef Garfinkel dari Universiti Ibrani Jerusalem, menemui apa yang dikatakannya sebagai teks Ibrani tertua yang diketahui. Teks ini ditulis pada serpihan ostrakon; Garfinkel percaya serpihan ini berasal dari zaman Raja Daud daripada Perjanjian Lama, kira-kira 3,000 tahun yang lalu. Penanggalan karbon ostrakon itu dan analisis tembikar telah menarikhkan inskripsi itu kira-kira 1,000 tahun lebih tua daripada Naskhah Laut Mati. Inskripsi itu belum dapat difahami, namun beberapa perkataan, seperti raja, hamba, dan hakim telah diterjemahkan. Serpihan itu ditemui kira-kira 20 batu barat daya dari Baitulmuqaddis di Kubu Elah di Khirbet Qeiyafa, bandar berkubu tertua yang diketahui dari zaman Alkitab Israel.[16]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Rumah Ostrakon
- Ostrakon Senemut dan Djehuty
- Serpihan tembikar
- Ostrakon satira
- Peta Soleto
- Monte Testaccio
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Kagan, Donald (1961). "The Origin and Purposes of Ostracism". Hesperia: The Journal of the American School of Classical Studies at Athens. 30 (4): 393–401. ISSN 0018-098X. JSTOR 147043.
- ^ Silver, Carly (2020-07-24). "This Is How They Wiped Themselves in Ancient Rome". JSTOR Daily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-11-19.
- ^ a b Donadoni, Sergio, penyunting (1997), The Egyptians, Chicago: University of Chicago Press, m/s. 78, ISBN 0-226-15555-2.
- ^ Klauck, Hans-Josef (2006), Ancient Letters And the New Testament: A Guide to Context and Exegesis, Baylor University Press, m/s. 45, ISBN 1-932792-40-6.
- ^ Chauveau, Michel (2000), Egypt in the Age of Cleopatra: History and Society Under the Ptolemies, Ithaca, NY: Cornell University Press, m/s. 7, ISBN 0-8014-8576-2.
- ^ McDowell 2002, halaman 53.
- ^ Janssen, Jac. J. (1980). "Absence from Work by the Necropolis Workmen of Thebes". Studien zur Altägyptischen Kultur. 8: 127–152.
- ^ Lesko, p. 68
- ^ McDowell 2002, halaman 106.
- ^ McDowell 2002, halaman 57.
- ^ a b McDowell 2002, 65–66
- ^ McDowell 2002, 62-63
- ^ McDowell 2002, p. 74
- ^ McDowell 2002, p.75
- ^ Reeves (2000).
- ^ a b "Archeologist finds 3,000-year old Hebrew text", CNN, October 30, 2008
Rujukan
[sunting | sunting sumber]
Rencana ini memuatkan teks dari suatu penerbitan yang kini berada dalam domain awam: Herbermann, Charles, penyunting (1913). . Catholic Encyclopedia. New York: Robert Appleton. Cite has empty unknown parameters: |HIDE_PARAMETER20=dan|coauthors=(bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)- Parkinson, Richard; Diffie, W.; Fischer, M.; Simpson, R.S. (1999), Cracking Codes: The Rosetta Stone, and Decipherment, Berkeley: University of California Press, ISBN 0-520-22306-3.
- Reeves, Nicholas (2000), Ancient Egypt: The Great Discoveries: A Year-by-Year Chronicle, London: Thames and Hudson, ISBN 0-500-05105-4. (Khususnya, "1964–71: The Sacred Animal Necropolis, Saqqara"; dan "1964–65: A Statue Finds Its Face".)
- McDowell, A.G. (2002), Village Life in Ancient Egypt: Laundry Lists and Love Songs, Oxford: Oxford University Press.
- Forsdyke, Sara (2005), Exile, Ostracism, and Democracy: The Politics of Expulsion in Ancient Greece, Princeton: Princeton University Press.
- Litinas, Nikos (2008), Greek Ostraca from Chersonesos, Crete: Ostraca Cretica Chersonesi (O.Cret.Chers.), Vienna: Holzhausen (Tyche. Supplementband; 6).
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Ostrakon |
- Ostrakon Deir el-Medina di Muzium Petrie
- The Ostracon, penerbitan penyelidikan Persatuan Kajian Mesir.
- Ahli arkeologi menemui ostrakon berusia 3000 tahun
- Penemuan Berharga: Inskripsi Ibrani Tertua Biblical Archaeology Review