Osu Sukam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Datuk Seri Panglima
Osu Sukam
SPDK, PGDK (Sabah)
Osu Haji Sukam.jpg
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Papar, Sabah
Dalam jawatan
1986 – 2004
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehRosnah Rashid Shirlin
Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
1999–2001
Didahului olehBernard Giluk Dompok
Digantikan olehChong Kah Kiat
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Kawang
Dalam jawatan
1995–2004
Didahului olehAriah Tengku Ahmad
Digantikan olehKonstituensi dibubarkan
Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi
Dalam jawatan
1994–1995
Didahului olehSakaran Dandai
Digantikan olehKasitah Gaddam
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Dalam jawatan
1987–1990
Didahului olehSubramaniam Sinniah
Digantikan olehJeffrey Kitingan
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Sulaman
Dalam jawatan
1986–1986
Didahului olehAbdul Hamid Mustapha
Digantikan olehJasni Gindug
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Buang Sayang
Dalam jawatan
1985–1985
Didahului olehOthman Mohamed Yassin
Digantikan olehMohammad Noor Mansoor
Butiran peribadi
Lahir (1949-02-19) 19 Februari 1949 (umur 70)
Papar, Sabah
Parti politikBarisan Nasional.png Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
PasanganDatin Seri Panglima Noredah Majimpi
Anak-anakMuhammad Sufri Danish
Muhammad Sufri Lakam

Osu Sukam merupakan bekas Ketua Menteri Sabah. Beliau lahir di Papar, Sabah pada 19 Februari 1949.

Pendidikan dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Osu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Kawang, dan menyambung pengajian peringkat menengah di Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Pada tahun 1971, beliau meneruskan pengajiannya ke Institute of Statistician di United Kingdom dan menyambung pengajiannya empat tahun lagi di University of Buckingham, England, dalam jurusan statistik.

Beliau yang berkongsi hidup dengan Datin Noredah Majimpi memulakan kariernya sebagai Pegawai Tadbir Kementerian Pembangunan dan Tanah Industri Sabah pada tahun 1972 dan jawatan tertinggi beliau ialah sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 1999.

Politik[sunting | sunting sumber]

Osu menyertai politik sebagai Ketua USNO Bahagian Papar pada tahun 1981 sebelum dipilih sebagai Timbalan Presiden USNO Pusat bagi penggal 1981/1983. Pada masa yang sama, beliau juga menjadi Setiausaha Agung UMNO bagi tempoh setahun pada 1982.Pada pilihan raya 1985, Osu menang di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Buang Sayang dan setahun berikutnya atas tiket USNO juga, beliau memenangi kerusi DUN Sulaman.Pada tahun 1986 pula, Osu sekali lagi diberi kepercayaan oleh parti itu apabila dilantik sebagai Naib Presiden USNO, bagaimanapun, beliau meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman pada tahun yang sama.

Beliau bertanding di kerusi Parlimen Papar atas tiket Barisan Nasional (BN) dan memenanginya pada tahun 1986.Ini berikutan hasrat Osu untuk menyertai parti UMNO pada tahun 1987. Beliau kemudiannya menjadi Ketua Jawatankuasa Sementara UMNO Bahagian Papar sebelum secara rasmi menyertai UMNO pada 31 Januari 1991.Beliau kemudian mempertahankan kerusi Parlimen Papar pada pilihan raya 1990 dan dipilih menjadi Ketua UMNO Bahagian Papar pada pemilihan 1992.

Osu seterusnya dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO bagi penggal 1993/1996. Pada tahun 1995, beliau kekal menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO Bahagian Papar dan dilantik pula sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah.Beliau sekali lagi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Papar pada pilihan raya 1995 dan setahun kemudian, dipilih semula sebagai ahli MT bagi penggal 1996/1999 setelah menduduki tangga ke-15 dengan 1,104 undi.Pada November 1996, Osu akhirnya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Sabah.

Beliau juga kekal dengan jawatan Ketua UMNO Bahagian Papar untuk penggal 1998/2001 pada pemilihan parti.Pada pilihan raya 1999, Osu turut bertanding di kerusi DUN Kawang dan menang besar di kawasan tersebut. Beliau turut mempertahankan kerusi Parlimen Papar.


Pada 2001, beliau dipilih sebagai MKT UMNO oleh Presiden UMNO , Dr Mahathir Mohamad walaupun tewas pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 2001.Turut dilantik walaupun tewas ialah Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad; Pengerusi Bank Rakyat, Dr. Nooraesah Mohamad; peguam dan aktivis wanita, Azalina Othman ; Ketua Penerangan Pemuda Umno, Azimi Daim; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Perlis, Datuk Shahidan Kassim dan bekas Ketua Wanita, Datuk Dr. Siti Zaharah Sulaiman.[1]

Isu dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Pada 2005, media Malaysiakini melaporkan Osu Sukam berhutang AS$1.8 juta kepada Kasino Ritz Hotel di London, Britain dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai ketua Umno bahagian papar di Sabah. Pengerusi Umno Sabah, Datuk Musa Aman menjelaskan perkara itu kepada akhbar New Straits Times. Ritz Hotel Casino merujuk perkara itu kepada Mahkamah Britain dan di Mahkamah Tinggi di Malaysia untuk mendapatkan semula hutang itu.Usaha kasino itu gagal apabila Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ian Chin telah menolak permohonan tersebut. Pada 5 Julai 2005, Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Datuk Ian HC Chin memutuskan bahawa sesebuah bank asing yang meminjamkan wang kepada seorang rakyat Malaysia tidak akan berdepan dengan dasar awam walaupun bank asing berkenaan tidak mempunyai lesen untuk beroperasi di Malaysia. Adalah sangat menghinakan dan tidak adil bagi kasino untuk membenarkan seseorang berjudi secara berhutang yang boleh menyebabkan keluarganya kehilangan kehidupan. [2]

Osu turut berhutang kepada sebuah kasino di Melbourne, Australia tetapi telah diselesai di Mahkamah Tinggi Sabah. Pengarah media Crown Casino, O'Neil memaklumkan hutang itu selesai tanpa dimaklumkan cara pembayarannya.Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah menegur Osu yang berhutang judi kasino RM7,142,859.98 kerana diharamkan oleh Islam dan mencemarkan nama parti UMNO. [3]

Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat kes itu kerana Osu telah bersara dari politik sejak Mac 2001. [4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]