Othman Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Dato Othman bin Mohamad (lahir 5 Januari 1905 di Klang) adalah mantan Menteri Besar Selangor selama setahun iaitu dari Mac 1953 - 1954. Beliau menggantikan Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad. Selepas beliau ialah Tun Dr Abdul Aziz Abdul Majid.

Pada 1914 beliau bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur.

Pada satu persidangan, beliau hadir bersama Dato Onn Jaafar, Menteri Besar Perak Datuk Panglima Bukit Gantang dan Menteri Besar Kelantan ,Datuk Nik Ahmad Kamil dan 10 persatuan yang menyebelahi IMP iaitu Persatuan India Muslim Malaya, Persatuan Eurasian Malaya dan lain-lain. [1] Oleh itu beliau segera ditukarkan dengan orang lain pada tahun berikutnya.

Bagi mengenang jasanya, Jalan Othman di Petaling Jaya dinamakan sempena nama beliau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Chinese politics in Malaysia: a history of the Malaysian Chinese Association oleh Pek Koon Heng,Oxford University Press, 1988 ,hlm 216