Otto Schultze

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Otto Schultze
Fail:Generaladmiral Otto Schultze.jpg
Otto Schultze
Kelahiran(1884-05-11)11 Mei 1884
Oldenburg
Meninggal dunia22 Januari 1966(1966-01-22) (umur 81)
Hamburg
Kesetiaan Empayar Jerman
 Republik Weimar
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1900–1942
PangkatGeneraladmiral
UnitSMS König
ArahanU-63
SMS Elsass
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahPour le Mérite
HubunganHeinz-Otto Schultze (anak)

Otto Schultze (11 Mei 1884 – 22 Januari 1966) adalah seorang Laksamana Jerman dalam Kriegsmarine semasa Perang Dunia II dan penerima pingat Pour le Mérite semasa Perang Dunia I. Pingat Pour le Mérite merupakan darjah tentera tertinggi Kerajaan Prusia untuk askar Jerman sehingga pengakhiran Perang Dunia I. Selaku komander U-boat semasa Perang Dunia I, beliau telah dipuji dengan menenggelamkan 53 buah kapal dagang yang berjumlah 132,567 tanan berdaftar kasar, dan HMS Falmouth yang bersesaran 5,275 long ton (5,360 t).[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Schultze menyertai Kaiserliche Marine (Tentera Laut Imperial) pada 7 April 1900 sebagai seorang Seekadett (kadet laut). Beliau pada mulanya bertugas atas SMS König semasa Perang Dunia I sebelum bertukar ke pasukan U-boat pada 1915, mengambil alih pemerintahan U-63. Beliau melepaskan pemerintahan U-63 pada pertengahan Disember 1917. Beliau kemudian berkhidmat sebagai pegawai staf pertama Panglima U-boat di Laut Mediterranean. Pada masa yang sama, beliau menyandang jawatan Ketua I. U-Boot-Flottille (Flotila Pertama U-boat). Pada zaman antara perang, beliau memegang beberapa jawatan staf. Dari September 1927-September 1929, beliau merupakan pemerintah kapal SMS Elsass.[2] Pada Oktober, beliau mengambil alih pemerintahan Marinestation der Nordsee (Stesen Tentera Laut Utara). Beliau telah dinaikkan pangkat ke Vizeadmiral pada 1934 dan ke Admiral pada 1936 sebelum bersara pada 1937. Apabila Perang Dunia II meletus, beliau diaktifkan semula ke perkhidmatan tentera sebagai Panglima Tentera Laut Jerman di Perancis dari Mac 1941 hingga Ogos 1942 sebelum bersara semula pada 30 September 1942 dengan pangkat Generaladmiral.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan
  1. ^ Templat:Cite Uboat.net
  2. ^ Hildebrand, Röhr and Steinmetz 1990b, p. 34.
  3. ^ a b c d e f g Rangliste der Deutschen Reichsmarine, Hrsg.: Reichswehrministerium, Mittler & Sohn, Berlin 1929, p. 40.
  4. ^ Patzwall & Scherzer 2001, p. 556.
Bibliografi
  • Hildebrand, Hans H. and Henriot, Ernest (1990a). Deutschlands Admirale 1849-1945 Band 3: P-Z (in German). Biblio Verlag. Osnabrück. ISBN 3-7648-1499-3.
  • Hildebrand, Hans H.; Röhr, Albert; Steinmetz, Hans-Otto (1990b). Die Deutschen Kriegsschiffe. Biographien - ein Spiegel der Marinegeschichte von 1815 bis zur Gegenwart. (10 Bände) (dalam bahasa German). Mundus Verlag.CS1 maint: unrecognized language (link)
  • Patzwall, Klaus D.; Scherzer, Veit (2001). Das Deutsche Kreuz 1941 – 1945 Geschichte und Inhaber Band II [The German Cross 1941 – 1945 History and Recipients Volume 2] (dalam bahasa German). Norderstedt, Germany: Verlag Klaus D. Patzwall. ISBN 978-3-931533-45-8.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
Admiral Karlgeorg Schuster
Panglima Tentera Laut Jerman di Perancis
2 Mac 1941 – 8 Ogos 1942
Diikuti oleh:
Admiral Wilhelm Marschall