Owen Chamberlain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Owen Chamberlain
Kelahiran(1920-07-10)10 Julai 1920
Meninggal dunia28 Februari 2006(2006-02-28) (umur 85)
WarganegaraAmerika Syarikat
Pusat pendidikanDartmouth College
University of California, Berkeley
Universiti Chicago
Terkenal keranaFizik zarah
AnugerahHadiah Nobel dalam Fizik, 1959
Kerjaya saintifik
BidangFizik
InstitusiLos Alamos National Laboratory
Penasihat kedoktoranEnrico Fermi
Pelajar kedoktoranPaul Grannis, Nathan Isgur

Owen Chamberlain (10 Julai 1920 – 28 Februari 2006) ialah seorang ahli fizik Amerika Syarikat.

Beliau memenangi Hadiah Nobel dalam Fizik bersama Emilio Segrè tahun 1959 atas penemuan mereka terhadap antiproton, suatu antipartikel sub-atom.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mempelajari fizik di Dartmouth College dan Universiti California, Berkeley.

Kerjaya sains[sunting | sunting sumber]

Beliau menyertai Projek Manhattan saat meletusnya Perang Dunia Kedua tahun 1942, di mana beliau berkenalan serta bekerjasama dengan Emilio Segrè baik di Berkeley mahupun di Los Alamos, New Mexico. Setelah perang, pada tahun 1946 beliau melanjutkan tugas doktoratnya d bawah seliaan ahli fizik tersohor, Enrico Fermi.

Beliau menerima gelar Ph.D. dari Universiti Chicago pada tahun 1949.

Beliau kembali ke Berkeley sebagai anggota fakulti dan menyelidiki penyerakan proton-proton (proton-proton scattering) bersama Segré. Tahun 1955, serangkaian eksperimen mengenai penyebaran proton menghasilkan penemuan antiproton, partikel yang persis seperti proton namun mempunyai aliran negatif.

Senja hidup[sunting | sunting sumber]

Chamberlain didiagnosa menderita penyakit Parkinson pada tahun 1985, dan pensiun mengajar empat tahun kemudian. Beliau meninggal dunia pada 28 Februari 2006 pada usia 85 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jaros, John; Nagamiya, Shoji; Steiner, Herbert (August 2006). "Obituary: Owen Chamberlain". Physics Today. 59 (8): 70–72. Bibcode:2006PhT....59h..70J. doi:10.1063/1.2349741.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]