Pétion-Ville

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pétion-Ville
Komun
Pétion-Ville is located in Bumi
Pétion-Ville
Pétion-Ville (Bumi)
Koordinat: 18°30′46″N 72°17′11″W / 18.51278°N 72.28639°W / 18.51278; -72.28639Koordinat: 18°30′46″N 72°17′11″W / 18.51278°N 72.28639°W / 18.51278; -72.28639
Negara Haiti
DepartmenOuest
ArondisemenPort-au-Prince
Keluasan
 • Jumlah63.90 batu persegi (165.49 km2)
Penduduk
 (Anggaran 2015)[1]
 • Jumlah376,834
 • Kepadatan5,900/batu persegi (2,277/km2)

Pétion-Ville ialah sebuah komun dan kawasan suburban di Port-au-Prince, ibu negara Haiti, secara khususnya di kawasan bukit di timur yang terpisah daripada kota itu sendiri yang terletak di di kawasan bukit Massif de la Selle di utara. Ditubuhkan pada 1831 oleh presiden Jean-Pierre Boyer dan dinamakan sempena Alexandre Sabès Pétion (1770-1818), jeneral dan Presiden Haiti yang kemudainnya diangkat sebagai salah satu daripada empat orang pengasas negara. Daerah ini secara amnya merupakan kawasan perumahan dan pelancongan. Tempat ini mempunyai penduduk seramai 283,052 orang berdasarkan banci pada 2003, dan secara rasmi dianggarkan memiliki 376,834 orang pada 2015.[1] Banyak orang diplomat, peniaga asing dan warganegara kaya berniaga dan tinggal di Pétion-Ville.[2] Sungguhpun dengan jarak komun daripada ibu kota dan kemakmuran lazim di daerah ini, kekurangan penguatkuasaan pentadbiran telah menyebabkan terbentuknya kota-kota kecil di pinggir luar daerah tatkala penduduk miskin berpindah dan menetap di sana untuk mencari peluang pekerjaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Mars 2015 Population Totale, Population de 18 Ans et Plus Menages et Densites Estimes en 2015" (PDF). Institut Haïtien de Statistique et d’Informatique (IHSI). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 November 2015. Dicapai pada 19 February 2015.
  2. ^ Katz, Jonathan (2010-01-13). "Major quake hits Haiti; many casualties expected". AP. Diarkibkan daripada yang asal pada January 14, 2010. Dicapai pada 2010-01-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]