Pōmare V

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pōmare V
Raja Tahiti
Pemerintahan17 September 1877 – 29 Jun 1880
Kemahkotaan24 September 1877
Didahului olehPōmare IV
Diikuti olehKedudukan dimansuh
Keputeraan(1839-11-03)3 November 1839
Afaʻahiti, Taravao
Kemangkatan12 Jun 1891(1891-06-12) (umur 51)
Istana Diraja, Papeʻete, Tahiti
PemakamanMakam Raja, Utuʻaiʻai di ʻArue
PasanganTeuhe
Marau Salmon
AnakandaTeriʻi nui o Tahiti
Ariʻi Manihinihi
Ernest Albert Salmon
Nama penuh
Teriʻitariʻa Terātane Pōmare
KerabatKerabat Pōmare
AyahandaAriʻifaʻaite
BondaPōmare IV
AgamaReformed

Pōmare V (3 November 1839 – 12 Jun 1891) merupakan raja pemerintah Tahiti, bertakhta dari tahun 1877 sehingga baginda dipaksa turun takhta pada tahun 1880. Baginda ialah paduka putera kepada Ratu Pōmare IV.[1]

Biografi[sunting | sunting sumber]

Baginda diputerakan sebagai Teri'i Tari'a Te-rā-tane dan menjadi pewaris takhta dan Putera Mahkota (Ari'i-aue) setelah kemangkatan paduka kakandanya pada 13 Mei 1855. Baginda diangkat raja Tahiti pada hari kemangkatan paduka bondanya pada 17 September 1877. Hari kemahkotannya pada 24 September 1877 di Pape'ete.

Baginda berkahwin dua kali, pertama pada 11 November 1857 dengan Te-mā-ri'i-Ma'i-hara Te-uhe-a-Te-uru-ra'i, puteri Huahine. Baginda bercerai pada 5 Ogos 1861. Perkahwinan kedua baginda dengan Joanna Marau-Ta'aroa Te-pa'u Salmon (kemudian dikenali sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Ratu Marau dari Tahiti), di Pape'ete pada 28 Januari 1875. Baginda bercerai pada 27 Julai 1887.

Pōmare V dikurniakan seorang putera dan sepasang puteri.

Pada 29 Jun 1880, baginda memberi Tahiti dan wilayah tanggungannya kepada France, lalu baginda diberi pencen oleh kerajaan Perancis dan kedudukan bergelar Pegawai Darjah Legion of Honour dan Bakti Pertanian Perancis.

Beliau mangkat kerana alkoholisme di Istana Diraja, Pape'ete, dan dimakamkan di Makam Raja, Utu'ai'ai di 'Arue.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Perancis[sunting | sunting sumber]

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Genealogy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-12. Dicapai pada 2019-06-29.
  2. ^ Royal Ark
  3. ^ Royal Ark
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Pōmare IV
Raja Tahiti
1877–1880
Pemerintahan beraja dimansuhkan
Gelar sebagai penuntut
Kehilangan gelaran
Kedaulatan diserah kepada Perancis
— TIDAK MEMERINTAH —
Raja Tahiti
1880–1891
Dipertikai

Templat:Tahiti Monarchs