P. Paramasivam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Param
Kelahiran
Paramasivam a/l Periaphanby

(1953-11-25)25 November 1953
Meninggal dunia14 Ogos 2009(2009-08-14) (umur 55)
Sebab kematianSerangan Jantung
DikebumikanKrematorium Hindu Cheras
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1970 – 2009
Kampung asalNegeri Sembilan
Hubungan5 beradik perempuan

Paramasivam a/l Periaphanby (25 November 1953 – 14 Ogos 2009) atau lebih dikenali sebagai Param atau juga P. Paramasivam merupakan seorang pelakon dan pelawak veteran Malaysia yang fasih berbahasa Melayu.

Beliau meninggal dunia pada usia 55 tahun akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari rumahnya di Taman Setia Gombak, Gombak, pada 14 Ogos 2009.[1]

Param merupakan seorang pelawak dan pelakon yang mencipta nama bersama-sama dengan beberapa barisan pelakon lain seperti A. R. Badul, Wazata Zain, Datuk Yahya Sulong, Yusni Jaafar dan R. Jaafar. Beliau terkenal antara 1970-an dan awal 1980-an dan banyak berlakon filem Melayu dan drama televisyen waktu itu.[2]

Param begitu terkenal di zaman 70an dan awal 80an dan banyak berlakon filem-filem Melayu dan drama-drama TV waktu itu. Beliau turut dikenali menerusi siri Hang Setia yang pernah disiarkan di RTM pada tahun 80an.

Param kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 80-an. Filem-filem lain yang turut dilakonkannya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.

Param merupakan antara barisan pelawak India yang fasih berbahasa Melayu selain selepas mendiang Accapan. Dia kemudian diikuti oleh pelawak Accapan dan Sathiya yang setiap mereka mempunyai peminat tersendiri.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Param berasal dari Negeri Sembilan dan beliau adalah anak lelaki bongsu tunggal daripada enam beradik. Param telah memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.

Param mula mengalami sakit jantung sejak 15 tahun yang lepas dan pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi rawatan penyakit jantung koronori dan juga telah menjalani operasi pintasan jantung.[3] Bagaimanapun, keadaan pelawak yang fasih berbahasa Melayu itu, tidak stabil.

Beliau yang masih bujang telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari rumahnya di Taman Setia Gombak, Gombak, pada 14 Ogos 2009. Param telah disemadikan di krematorium Hindu Cheras.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]