P. Ramlee The Musical

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
P. Ramlee - The Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi
Poster promosi P. Ramlee: the Musical
PengarahAdlin Aman Ramlie
Zahim Albakri
Diadakan sejak18 Oktober 2007
LokasiIstana Budaya
SubjekP. Ramlee
GenreBiografi
Muzik olehDick Lee
Erwin Gutawa
Larry Mignogna

P. Ramlee - The Musical... Hidup, Cinta dan Inspirasi ialah pementasan muzikal Malaysia yang diarahkan oleh Adlin Aman Ramlie dan Zahim Albakri, diterbitkan oleh Enfiniti Productions yang pernah menempa nama dengan kejayaan Puteri Gunung Ledang the Musical, teater ini mengisahkan tentang kehidupan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai anak seni dan cinta beliau kepada wanita yang pernah mengisi hidup beliau.

Teater ini telah dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Bagi musim pertama, pementasan diadakan dari 18 Oktober hingga 3 November 2007 dengan jumlah 18 persembahan kesemuanya. Bagi musim kedua pula, pementasan berlangsung dari 28 Mei 2008 hingga 14 Jun 2008. Persembahan malam bermula pada 8.30 malam dari Selasa hingga Sabtu manakala pada waktu petang ialah pukul 3 petang hari Sabtu dan Ahad. Pementasan teater ini diadakan di Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September 2013.[1][2][3] Musim ketiga teater ini dipentaskan pada 3 hingga 12 Oktober 2014, tetapi dilanjutkan ke 13 Oktober kerana permintaan yang menggalakkan.[4]

Plot[sunting | sunting sumber]

Teater ini mempunyai 4 babak termasuk prolog dan epilog.

Prolog
P. Ramlee baru tamat menggubah lagu "Airmata di Kuala Lumpur". Isterinya, Saloma menyertainya untuk bersama-sama mengenang kembali waktu muda.

Babak 1
"Bermulanya Seorang Legenda"

Ramlee sebagai seorang anak muda yang nakal tetapi menunjukkan minatnya yang mendalam kepada muzik. Impiannya ialah untuk menjadi seorang bintang. Di kampungnya, Pulau Pinang, dia jatuh cinta kepada seorang gadis yang bernama Azizah Hameed, yang kemudian menjadi lambang perjuangan seninya.

Beberapa tahun kemudian, ketika membuat persembahan di suatu keraian, P. Ramlee didekati oleh seorang pengarah filem Melayu di Malay Film Productions, B.S. Rajhans, yang kagum dengan bakatnya dalam nyanyian dan muzik. Dia menawarkan Ramlee peluang untuk meneruskan kerjayanya di Singapura. Azizah merestuinya untuk meneruskan impiannya setelah mengetahui keluarganya tidak akan menerima cinta mereka.

Dengan harapan yang tinggi, Ramlee ke Singapura bersama rakan karibnya, Sukardi, pada hari pertama Syawal. Kali pertama mereka masuk ke Studio Jalan Ampas, mereka disambut mesra oleh B.S. Rajhans dan bakatnya itu kemudiannya menjadi pujaan ramai.

D. Harris, seorang pelakon dan bapa kepada dua orang anak perempuan, Junaidah dan Junainah, merancang untuk mengahwinkan P.Ramlee dengan anaknya yang baru bercerai, Junaidah. Akhirnya mereka berdua berkahwin tetapi tidak lama kemudian Junaidah mempunyai rasa cemburu dan kesunyian memandangkan Ramlee menjadi semakin terkenal. Perkahwinan mereka kemudiannya berakhir.

Kemudian, tanpa disedari, Ramlee telah menarik perhatian Norizan, yang telah meninggalkan alam istananya untuk P. Ramlee.

Babak 2
"Zaman Kegemilangan Seorang Lagenda"

Dengan isteri keduanya, Norizan, Ramlee menghadiri satu kenduri meriah sempena perkahwinan mereka yang dibuat oleh Adik-Beradik Shaw yang kemudian mengumumkan bahawa Ramlee akan mengarah filemnya sendiri. Filem tersebut menaikkannya sebagai seniman dan pengarah yang dihormati dan kehidupannya menjadi cerita panas bagi orang ramai.

Bagi Norizan, prestij Ramlee yang semakin berkembang bertentangan dengan tanggungjawabnya sebagai suami yang semakin berkurangan. Perkara ini telah diketahui oleh para wartawan yang menyiasat kehidupan P. Ramlee. Tertekan dengan tuduhan itu, Ramlee memarahi Norizan yang lantas membina jurang antara mereka dan mereka berakhir dengan perceraian.

Di studio ketika sesi latihan muzik, P.Ramlee, yang masih kecewa dengan Norizan, tertarik dengan Saloma. Perasaan berkasihan terbentuk antara mereka berdua dan buat kali pertama P.Ramlee memikat seseorang yang mampu mengembalikan nostalgia kepada gadis yang menjadi lambang perjuangan seninya. Mereka akhirnya berkahwin dan memulakan hidup baru.

Ketidak stabilan politik di Singapura telah memaksa Shaw Brothers untuk membuat keputusan menutup Studio Jalan Ampas. Ramlee dan Saloma berpindah ke Kuala Lumpur dan bekerja di Studio Merdeka, Ulu Klang yang menjadi tempat mereka meneruskan kerjaya filem.

Epilog
Rumah P. Ramlee – Kuala Lumpur 1973

Penonton akan kembali kepada Ramlee dan Saloma pada malam yang sama di 1973. Dia menyatakan kesedihan dan kehampaannya melalui patah kata lagu terakhirnya itu. Saloma menenangkannya dengan mengatakan yang dia tidak akan dilupakan memandangkan dia telah banyak berkorban untuk kerjaya mereka dan kini masanya untuk mereka berkongsi kegembiraan yang ada.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Musim pertama (2007)[5]

Musim kedua (2008)[6]

Pementasan khas di Sarawak (2013)[7]

Musim ketiga (2014)

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan biografi P Ramlee, teater ini meraikan warisan pemain sandiwara paling monumental Malaysia, dari permulaan sebagai seorang budak lelaki dengan bakat cepat matang ke puncak sebagai pelakon yang paling berjaya, penyanyi dan komposer dalam generasinya.

Teater muzikal P. Ramlee yang pertama kali diadakan di Istana Budaya dari 18 Oktober hingga 3 November 2007. Sambutan bersemangat kedua-dua secara kritikal dan komersial membawa kepada musim kedua yang diumumkan sebelum musim pertama telah selesai. Musim kedua diadakan di lokasi sama dari 28 Mei hingga 14 Jun 2008. Pementasan istimewa diadakan di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak pada 9 dan 10 September 2013.

Lagu-lagu yang digunakan dalam teater ini ditulis oleh Dick Lee dan Allahyarham P. Ramlee sendiri, dengan muzik oleh maestro Indonesia Erwin Gutawa (Roslan Aziz untuk musim 2), P. Ramlee the Musical adalah satu kejayaan, dengan tiga musim dijual di Istana Budaya di Kuala Lumpur, musim ditugaskan khas untuk Kerajaan negeri Sarawak dalam Kuching dan penglibatan yang dijual di The Esplanade di Singapura.

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

BOH Cameronian Arts Awards (Anugerah Seni BOH Cameronian)[8]

  • Best Director - Adlin Aman Ramlie & Zahim Albakri
  • Best Costume Desigh - Angah, Shada Hamid, Sofea B
  • Best Actor in a Leading Role - Liza Hanim & Sean Ghazi
  • Best Actor in a Supporting Role - Ched Eddie Yusoff & Melissa Saila
  • Best Original Script - Adlin Aman Ramlie & Al-Jafree Md. Yusop
  • Best Music - Dick Lee, Erwin Gutawa & Larry Mignogna
  • Best Lighting Design - Teo Kuang Han
  • Best Set Design - Raja Maliq
  • Best Ensemble Performance

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rouwen Lin (30 Ogos 2013). P. Ramlee the musical to be staged in Kuching next month The Star (Malaysia). Dicapai pada 22 Mac 2015.
  2. ^ Malisa Aina (30 Ogos 2013). Pementasan Teater P.Ramlee the Musical di Kuching, Sarawak September ini Wanista. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  3. ^ Doreen Ling (11 September 2013). Pementasan Teater P.Ramlee the Musical di Kuching, Sarawak September ini Diarkibkan 2017-03-22 di Wayback Machine New Sarawak Tribune. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  4. ^ Anis Remli (10 Oktober 2014). P. Ramlee The Musical masih menyengat Inspirasi. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  5. ^ a b c d Budiey (18 Oktober 2007). Siti Nurhaliza, Liza Hanim & Atilia Dalam Theater P. Ramlee The Musical Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  6. ^ Muzikal P.Ramlee 2 hampir tiada cacat celanya! mSTAR Online (3 Jun 2008). Dicapai pada 22 Mac 2015.
  7. ^ Marilyn Ten (11 September 2013). Tears, laughter at ‘P Ramlee: The Musical’ The Borneo Post. Dicapai pada 22 Mac 2015.
  8. ^ Budiey (12 Mei 2008). Keputusan BOH Cameronian Arts Awards 2007 Sensasi Selebriti. Dicapai pada 22 Mac 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]