Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PEMANDU)

Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) ialah sebuah unit di bawah Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan pada September 2009. Penubuhannya bertujuan untuk memimpin perubahan di negara ini dan memastikan program transformasi negara berjaya disampaikan. Ia telah memberi tumpuan kepada bidang-bidang utama di mana perkhidmatan awam dan ekonomi yang paling memerlukan pembaharuan dan telah memberi impak positif terhadap isu-isu seperti pencegahan jenayah, mengurangkan tahap rasuah, dan memperbaiki infrastruktur luar bandar.

PEMANDU dibentuk oleh kepercayaan bahawa kaedah dan pendekatan yang digunakan dalam sektor swasta dapat diterapkan dengan jayanya kepada sektor awam. Bagi kawasan yang dikenalpasti dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), PEMANDU merekabentuk dan menjalankan projek perintis terperinci untuk mencapai kaedah yang sesuai dan untuk mengenal pasti KPI yang berkaitan dengan program. Ia juga memantau kemajuan semua program yang berkaitan dengan GTP dan ETP.[1]

Bekas Pengerusi dan CEO PEMANDU, Idris Jala mengumumkan bahawa PEMANDU telah dibubarkan pada 1 Mac 2017 dan tugas berkaitan kini diserahkan kepada Unit Penyampaian Perkhidmatan Awam (CSDU) di Unit Perancang Ekonomi. Semua fungsi di dalam PEMANDU telah dipindahkan ke PEMANDU Associates.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Malaysia’s Performance Management and Delivery Unit Centre for Public Impact. Dicapai pada 29 Ogos 2014.
  2. ^ PEMANDU dibubarkan, bukan diswastakan Berita Harian (9 Mei 2017). Dicapai pada 29 Ogos 2017.
  3. ^ Pemandu to continue with its work The Star Online (25 Mei 2018). Dicapai pada 29 Ogos 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]