Penghulu Zainal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PENGHULU ZAINAL)

Salah seorang pemimpin Melayu yang amat dihormati dan disayangi kerana amat berjasa kepada orang -orang Melayu di Tawau ketika era selepas tamatnya zaman Pendudukan Jepun serta era sebelum dan awal kemerdekaan Tawau dan Sabah melalui pembentukan negara Malaysia. Beliau adalah Penghulu atau Ketua Masyarakat ( Native Chief ) dan juga OKK atau Ketua Anak Negeri selepas era Penghulu Abu Bakar. Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi USNO Tawau pertama sebelum jawatan tersebut diambilalih oleh Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan pada bulan Mac 1963.


LATAR BELAKANG ANAK JATI TAWAU[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan pada tahun 1920 dan merupakan anak jati Tawau. Beliau merupakan cicit kepada Penghulu Puado, seorang pemimpin Melayu ketika zaman awal pemerintahan Inggeris di Tawau ( Penghulu Puado meninggal dunia pada tahun 1902 ).


MENJADI PEMIMPIN MASYARAKAT[sunting | sunting sumber]

Selepas Penghulu Abu Bakar meninggal dunia pada tahun 1953, wakil keturunan Kee Abdullah yang seterusya seperti abang Penghulu Abu Bakar iaitu Kee Suleiman dan anak beliau sendiri Kee Yusuf, semuanya menolak untuk memegang jawatan Penghulu. Oleh itu, pilihan yang ada jatuh kepada Zainal Kerahu iaitu sepupu kepada isteri kedua Penghulu Abu Bakar, Siti Arah. Berikutan itu, Zainal Kerahu telah dilantik sebagai Ketua Masyarakat ( Native Chief ) pada tahun 1954 dan seterusnya dilantik sebagai Ketua Anak Negeri ( District Chief ) dengan mendapat gelaran OKK pada tahun 1956. Selepas itu, beliau lebih dikenali Penghulu Zainal atau OKK Zainal .


PEMIMPIN YANG BERJASA DAN DISAYANGI MASYARAKAT[sunting | sunting sumber]

Semasa beliau memegang jawatan Penghulu, beliau telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat dan orang-orang Melayu dengan jujur dan amanah. Kerana itulah, beliau amat dihormati dan disayangi oleh orang-orang melayu di Tawau pada ketika itu. Sikapnya yang suka menolong tanpa mengira masa dan penat lelah membuktikan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat untuk beliau menjadi pemimpinb mereka adalah tidak silap lagi. Beliau begitu disayangi oleh anak bangsanya kerana jasa dan pengorbanan yang beliau curahkan.


BERGANDING BAHU BERSAMA MENUNTUT KEMERDEKAAN[sunting | sunting sumber]

Ketika era menuntut kemerdekaan Tawau dan Sabah, beliau bersama-sama Datuk Abu Bakar Titingan adalah pemimpin yang bekerja keras untuk menyedarkan orang-orang Melayu betapa pentingnya penyertaan rakyat Sabah di Tawau untuk bersama menuntut kemerdekaan daripada Kerajaan British bagi menyertai Tanah Melayu untuk menjadi sebahagian kepada sebuah negara baru iaitu Malaysia.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku : Tawau The Making of a Tropical Community , Ken Gotlet , 2010 , Opus Publication.