PIJ Holdings

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
PIJ Holdings Sdn. Bhd.
Syarikat Berkenaan Kerajaan
Industri
  • Pembangunan & Pengurusan Hartanah
  • Pembangunan Bandar Minyak & Gas Pengerang (POGC)
  • Perladangan & Pertanian
  • Pembuatan & Perindustrian
  • Utiliti & Infrastruktur
  • Pembangunan Halal, Waqaf & Baitulmal
Ditubuhkan1995 Perisind Holdings 2009 PIJ Holdings
Ibu pejabatBangunan PIJ Holdings, Johor Bahru, Malaysia
Tokoh penting
YAB Datuk Ir. Haji Hasni bin Haji Mohammad (Pengerusi)
YB Dato' Ramlee Bin A Rahman (Pengarah Urusan)
IndukPerbadanan Islam Johor
Laman web rasmi
http://www.pijholdings.com

PIJ Holdings Sdn. Bhd. (PIJ Holdings) merupakan Syarikat Berkenaan Kerajaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Islam Johor. Industri yang diceburi oleh PIJ Holdings adalah pembangunan & pengurusan hartanah, perladangan, pembangunan bandar minyak & gas Pengerang (POGC), pembuatan & perindustrian, utiliti & infrastruktur, bisnes amal (pembangunan halal dan waqaf & baitulmal). PIJ Holdings ditubuhkan pada 19 Januari 1995 dengan nama Perisind Holdings Sdn. Bhd, bertindak sebagai syarikat induk bisnes Perbadanan Islam Johor

Sejarah[sunting | sunting sumber]

1976 : Penubuhan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ)[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Mei 1976, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor (PKEINJ) telah ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Johor seperti yang termaktub di bawah Seksyen 18 (1) Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor 1976 dan mula beroperasi pada 1 Januari 1977.

Seksyen 18 (1) Enakmen Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor 1976 (pindaan) 1993

"Adalah menjadi kewajipan Perbadanan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan kemajuan tanah, kemajuan pertanian, perumahan, perusahaan, perlombongan dan perdagangan bagi maksud-maksud memajukan ekonomi orang-orang Islam dalam Negeri Johor"

1995 : Pengkorporatan PKEINJ[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya kesemua aktiviti bisnes dijalankan oleh PKEINJ, kemudian apabila PKEINJ telah dikorporatkan pada Januari 1995, kesemua aktiviti bisnes telah distruktur semula dan dipindahkan di bawah syarikat induk Perisind Holdings Sdn. Bhd. (Perisind Holdings)[1].

Pengkorporatan ini bertujuan untuk mentransformasikan Perisind Holdings menjadi sebuah organisasi korporat pacuan pasaran melalui pengukuhan sistem pengurusan dan pentadbiran dalam melaksanakan aktiviti pembangunan bisnes dan sosio ekonomi untuk menjana ekonomi umat Islam.

Matlamat utama Perisind Holdings adalah untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri Johor memperkasa dan memajukan sosioekonomi ummah termasuk memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan aktiviti-aktiviti kemajuan tanah, pertanian, perumahan, perusahaan, perlombongan dan perdagangan

2009 : Penjenamaan Perisind Holdings kepada PIJ Holdings[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2009, Perisind Holdings telah dijenamakan semula kepada PIJ Holdings selaras dengan pertukaran nama PKEINJ kepada Perbadanan Islam Johor (PIJ).

Kini, PIJ Holdings membuka lembaran baharu dan telah menerokai peluang-peluang baharu dalam pelbagai sektor yang mampu memberikan pulangan tinggi. Berikut merupakan aktiviti-aktiviti terkini yang diceburi Kumpulan PIJ Holdings:

  • Pembangunan & Pengurusan Hartanah
  • Perladangan
  • Pembangunan Bandar Minyak & Gas Pengerang (POGC)
  • Pembuatan & Perindustrian
  • Utiliti & Infrastruktur Negeri Johor
  • Bisnes Amal (Pembangunan Halal dan Waqaf & Baitulmal)

Lembaga Pengarah[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebuah syarikat milik kerajaan negeri Johor, kedudukan Pengerusi dalam Lembaga Pengarah dipegang oleh Menteri Besar Johor bersama dengan pengarah lain :

Bermula awal penubuhan pada 1995, Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor secara automatik dilantik menjadi Pengarah Urusan PIJ Holdings Sdn. Bhd. sehinggalah pada 2013, jawatan Pengarah Urusan PIJ Holdings dilantik bukan Pengurus Besar Perbadanan Islam Johor. Tuan Haji Rozan Bin Mohd Sa'at menjadi Pengarah Urusan yang pertama dilantik dari kalangan orang korporat.

Pada tahun 2018, Pengarah Urusan dilantik dari kalangan penjawat awam Johor, Tuan Haji Muhamad Fuad Bin Haji Radzuan. Selain Pengarah Urusan, Pengurus Besar PIJ Holdings juga dilantik dari kalangan penjawat awam Johor.

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Visi[sunting | sunting sumber]

Badan Korporat Pacuan Pasaran Bertaraf Global Berteraskan Keilmuan dan Prinsip KeIslaman

Misi[sunting | sunting sumber]

Menjadi sebuah organisasi korporat Islam yang berdaya maju dan menguntungkan berpaksikan kepada tiga teras utama :

  • Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
  • Pembangunan Korporat
  • Berdaya maju & Berdikari

Matlamatkorporat.jpg

Kumpulan PIJ Holdings[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah syarikat utama di bawah Kumpulan PIJ Holdings

Kekeliruan Nama[sunting | sunting sumber]

PIJ Holdings sering disalahsebut sebagai Perbadanan Islam Johor Holdings. Nama PIJ pada PIJ Holdings memang merujuk kepada Perbadanan Islam Johor kerana PIJ Holdings merupakan syarikat milik penuh Perbadanan Islam Johor. Namun begitu PIJ Holdings dan Perbadanan Islam Johor adalah entiti yang berbeza. Perbadanan Islam Johor merupakan sebuah badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Johor manakala PIJ Holdings merupakan sebuah syarikat swasta bertaraf GLC yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Islam Johor.

Bangunan PIJ Holdings[sunting | sunting sumber]

Bangunan PIJ Holdings

Bangunan PIJ Holdings yang menempatkan ibu pajabat PIJ Holdings terletak di jalan Bukit Timbalan, Johor Bahru, bersebelahan dengan bangunan HSBC, Pos Malaysia dan Majlis Bandaraya Johor Bahru. Dibina pada tahun 2000 dikenali dengan nama Bangunan Perisind sejajar dengan nama syarikat Perisind Holdings dan kemudian ditukar secara rasmi kepada Bangunan PIJ Holdings pada tahun 2017. Sebelum 2000, PIJ Holdings (ketika itu Perisind) menyewa pejabat di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru.

Selain PIJ Holdings dan anak syarikat serta Perbadanan Islam Johor, terdapat pelbagai syarikat lain yang menyewa di bangunan PIJ Holdings. Antaranya adalah Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)

Alamat[sunting | sunting sumber]

Aras 8, Bangunan PIJ Holdings,

No.8, Jalan Bukit Timbalan,

80000 Johor Bahru,

Johor Darul Takzim

Panduan perjalanan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]