Persatuan Linguistik Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PLM)

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) merupakan satu persatuan penulis di Malaysia. [1]

Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) ditubuhkan pada tahun 1977 untuk menggalakkan pengkajian terhadap bahasa dan masalah bahasa di Malaysia serta mengeratkan hubungan antara pengkaji dengan peminat bahasa. Sejak ditubuhkan, PLM telah menyusun pelbagai kegiatan yang meliputi penerbitan, pertemuan ilmiah (seminar, persidangan, forum, ceramah, syarahan dan sebagainya), penyelidikan, perundingan serta kursus akademik dan profesional. Dalam bidang penerbitan, PLM telah menerbitkan judul-judul buku yang meliputi pelbagai tema dan isu serta jurnal ilmiah, iaitu Jurnal Linguistik. Dalam kegiatan yang berbentuk pertemuan ilmiah, PLM sering menganjurkan persidangan, seminar, bengkel, forum dan ceramah yang berkaitan dengan perkembangan teori linguistik dan juga yang berkaitan dengan isu semasa bahasa dan sastera, seperti sebutan baku, pengajaran bahasa dan sastera serta isu dasar bahasa.

Persatuan Linguistik Malaysia merupakan salah satu dari Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V 1998.

Senarai Presiden PLM[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]