Pos Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari POS Malaysia)
Pos Malaysia Berhad
Jenis/bentuk sahAwam
IndustriPerkhidmatan Pos
DitubuhkanAwal 1800
Ibu pejabatKompleks Dayabumi, Kuala Lumpur, Malaysia
Tokoh pentingCharles Brewer, CEO Kumpulan [1]
KeluaranPerkhidmatan Pos
HasilRM1.27 billion (2012/13) [2]
Pendapatan kendalianRM160.8 million (2012/13) [2]
Pendapatan bersihRM151.3 million (2012/13) [2]
Jumlah asetRM1.62 billion (2012/13) [2]
PemilikKementerian Komunikasi Malaysia
Bilangan kakitangan16,245 (2013)
Tapak webwww.pos.com.my
Facebook: PosMalaysiaBerhad Twitter: pos4you Instagram: pos4you TikTok: posmalaysia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Pos Malaysia di Arau, Perlis.

Pos Malaysia merupakan pembekal eksklusif perkhidmatan mel di Malaysia. Syarikat ini dikorporatkan dari Jabatan Perkhidmatan Pos Malaysia milik kerajaan pada 1990.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pejabat Pos Besar, Beach Street, George Town, sebelum ia dimusnahkan oleh pengebom bersekutu dalam Perang Dunia II

Pada awal penubuhan sekitar tahun 1800-an iaitu berdasarkan tanda pos yang paling awal diketahui bertarikh sekitar 1806, digunakan oleh pejabat pos di Pulau Prince of Wales (kini Pulau Pinang) [3], syarikat penghantaran ini dikenali sebagai The Straits Settlements Postal And Telegraph Service – di mana pembangunannya beroperasi di Negeri-Negeri Selat (NNS) – iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Tindakan penubuhan ini adalah untuk memenuhi tuntutan perutusan khas kepada negara Eropah, India dan China.

Pada masa itu pejabat pos sekadar menawarkan perkhidmatan penghantaran surat sahaja dengan menggunakan kiriman dan perkhidmatan telegraf. Ketika itu tiada sebarang penekanan ke atas penggunaan cap pos, dan surat-surat itu hanya dikenali sebagai sampul pra-cap.

Di mana, setiap kandungan surat akan dilipat dengan rapi bagi menjaga privasi, dan kemudiannya ditutup dengan cairan lilin.

Tanda pos pada surat-surat ini memainkan peranan yang penting. Ia merujuk kepada bahagian laluan yang diambil oleh kapal pos dan berapa jarak perjalanan penghantaran tersebut.

Terdapat dua warna tanda pos yang berbeza iaitu merah dan hitam. Ia adalah simbolik kepada pembayaran wang pos tersebut. Sekiranya Pejabat Pos menggunakan cap dakwat merah, itu menandakan bayaran pos tersebut telah dibuat, manakala warna hitam pula merujuk kepada bayaran pos yang akan diambil dari penerima sahaja.

Bagaimanapun, bermula tahun 1840 pengenalan cap pos di Eropah mula dijalankan. Tindakan ini bagi memperkasakan sistem dokumentasi dalam penyusunan bahan penghantaran.

Maka tahun 1867, sistem penghantaran telah mulai berubah, di mana penggunaan setem India yang memiliki elemen mahkota, cap Selat dengan cetakan simbol dolar dan sen telahpun digunakan.

Setem ini adalah setem India yang dikeluarkan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI), kerana pada ketika itu Negeri Selat telah ditadbir oleh SHTI yang berpusat di bawah British India. Sampul ini menandakan bagaimana surat tersebut dihantar dari Negeri Selat ke Eropah. Malah, ia turut menjadi bukti kepada laluan laut yang digunakan pada persinggahan di India, diikuti perjalanan darat Southampton ke England.

Malah apa yang menarik, setiap surat yang dihantar dari Negeri-Negeri Selat ini akan menggunakan kod tersendiri. Ianya adalah “B172” untuk Singapura, “B109” untuk Melaka, dan “B147” untuk Pulau Pinang. Pengekodan ini bagi mengasingkan sistem dokumentasi pensuratan pada ketika itu.

Setelah perkhidmatan penghantaran ini dikembangkan ke seluruh kawasan Tanah Melayu, kerajaan telah tampil dengan pengenalan set pertama pos Tanah Melayu pada tahun 1901. Sejak daripada itu, pengenalan set setem bagi setiap negeri mula dilaksanakan.

Usai Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada Ogos 1957, perkhidmatan pos ini telah dijadikan sebahagian daripada jabatan kerajaan, iaitu dibawah Jabatan Pos Negara (JPN).

Setelah itu, JPN mula meluaskan empayar mereka, tidak hanya mengfokuskan kepada penghantaran surat sahaja kini tertumpu kepada beberapa penyedia perkhidmatan.

Antaranya adalah pengiriman bungkusan, pendaftaran, perkhidmatan insurans, transaksi kiriman wang dan Bank Simpanan Pejabat Pos. Malah, turut merangkumi perkhidmatan lain seperti pembayaran bil elektrik, pembayaran pencen, dan penjualan lesen televisyen.

Bagaimanapun pada tahun 1992, Pos Malaysia Berhad telah diperbadankan dari Jabatan Pos Negara. Pada tahun 2001, Pos Malaysia telah disenaraikan pada Bursa Malaysia Berhad menerusi pengambilalihan oleh Philio Allied Berhad. Tindakan tersebut mengejut semua pihak, ini kerana ia adalah tindakan pengambilalihan syarikat awam oleh syarikat yang lebih kecil (reverse takeover).

Sejak itu, Pos Malaysia telah tampil sebagai sebuah entiti swasta sepenuhnya.

Peralihan ekonomi digital ini sedikit sebanyak telah menuntut perubahan pada pengendalian perkhidmatan penghantaran mereka. Jika dulu, kehadiran posmen adalah penting dalam komuniti masyarakat namun kini keadaan tersebut sedikit berbeza. Malah, penggunaan surat fizikal juga hanya tertumpu kepada penggunaan urusan rasmi sahaja.

Menyedari peningkatan teknologi mampu mengugat peranan perkhidmatan, Pos Malaysia perlu memaparkan pelbagai langkah baharu. Antaranya adalah dengan penyediaan Unit Perniagaan Strategik seperti mempelbagaikan perkhidmatan dalam penghantaran barangan seperti POS Laju dan POS Ekspres, pembayaran bil, pembaharuan lesen memandu, penghantaran item antarabangsa, gudang dan penyediaan platform e-dagang tersendiri.

Meskipun, peralihan itu mengubah landskap operasi syarikat tertua di Malaysia – namun setakat ini, syarikat dibawah pengendalian Syed Md Najib Syed Md Noor berjaya mencatatkan perolehan sekitar RM2.08 bilion dan hasil keuntungan yang diperolehi telah mencecah sehingga RM84 juta.

Sehingga kini Pos Malaysia telah memiliki seramai 23,336 kakitangan di seluruh 926 cawangan di Malaysia. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Charles Brewer, CEO baharu Pos Malaysia, Berita Harian. Dicapai pada 30 Julai 2021
  2. ^ a b c d "Annual Reports". Pos Malaysia.
  3. ^ Stanley Gibbons Stamp Catalogue: Commonwealth and British Empire Stamps 1840-1970. 111th edition. London: Stanley Gibbons, 2009, halaman 365. ISBN 0852596839
  4. ^ https://rnggt.com/20206683/%7C Pos Malaysia – Antara Syarikat Tertua Di Asia Tenggara

Pautan luar[sunting | sunting sumber]