PROTES

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga (PROTES) merupakan sebuah kumpulan penganjur himpunan dari pelbagai pertubuhan di Malaysia. Kumpulan ini telah menganjurkan Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan pada 26 Januari 2008 di hadapan bangunan KLCC. Kumpulan ini turut aktif pada 2010 membantah kenaikan harga barang di Malaysia melalui siri ceramah[1].

Dilepaskan dari pendakwaan[sunting | sunting sumber]

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas dan membebaskan 42 individu daripada pertuduhan menyertai perhimpunan PROTES pada 20 Mei 2014. Keputusan dibuat selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh di akhir kes pendakwaan. Kumpulan individu ini didakwa mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih enam bulan penjara atau denda atau kedua-duanya.Kesemua tertuduh didakwa menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang iaitu berkumpul di lima tempat berasingan berhampiran Suria KLCC antara 1.30 tengah hari dan 4.30 petang, 26 Januari 2008[2].

Mereka juga didakwa mengingkari arahan Mahkamah Majistret, pada 25 Januari 2008, yang melarang perhimpunan itu dan menyebabkan kegusaran kepada orang awam yang berkunjung ke kawasan KLCC dan kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 188 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sebulan atau denda RM400 atau kedua-duanya[2].

Berikut merupakan senarai antara individu yang dilepaskan[2]:

  • Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS)
  • Tian Chua (Naib Presiden PKR)
  • Dr Badrul Amin Bahron (Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR)
  • Dzulkefly Ahmad
  • Md Yusof Abdullah
  • T.Mohan
  • Khairul Nizad Edinan
  • Izamuddin Ludin
  • Solahuddin Al-Ayubi Yahya
  • Marzuki Abdullah
  • Fadhil Osman
  • Mohd Azmir Zambrose
  • Norazimah Mohamad Nor
  • Amin Shah Iskandar
  • Mohammad Zaidi Din
  • V. Panneerselvam
  • R. Mohanarani
  • M. Sukumaran
  • D. Ganesan
  • Mohd Nasir Hashim
  • R. Nera
  • T. Vijaya
  • M. Saravathy
  • Muhamad Zaid Mohamed Ibrahim
  • Y. Kohila
  • P. Thinamaran
  • K. Gomathi
  • Raj Munni Sabu
  • Nor Aziati Ashary
  • Mai Suharah Basaruddin
  • Nashita Md Noor
  • Siti Fatimah Hidayah Ismail
  • Mohammad Hidayat Shafie
  • S. Arutchelvan
  • P. Sarawanan
  • Mohd Zamhuri Abu Tahir
  • Mohd Hatta Md Ramli
  • Chong Kok Wei
  • Tan Chee Hoi
  • Ginie Lim Siew Lin
  • Mohamed Nawi
  • Syed Jaymal Zahiid Syed Kamal (Wartawan Malaysiakini)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Christine Chan (9 Ogos 2010). "PROTES: Pembangkang, aktivis ditahan". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-02. Dicapai pada 2 Februari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  2. ^ a b c "Mat Sabu, Tian Chua Bebas Tuduhan Sertai Perhimpuan Haram". mStar. 20 Mei 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-02-02. Dicapai pada 2 Februari 2021.