PTS Publications & Distributors

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PTS Publications & Distributors Sdn Bhd ialah salah sebuah anak syarikat di bawah kumpulan PTS iaitu syarikat induknya, PTS Media Group. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2000 oleh Ainon Muhammad dengan Abdullah Hassan sebagai penasihat. PTS Publications & Distributors merupakan anak syarikat yang spesifik bagi tujuan pengedaran buku di kedai-kedai buku seluruh Malaysia.[1]

Aktiviti[sunting | sunting sumber]

Kegiatan penerbitan PTS dijalankan melalui beberapa anak syarikat yang khusus dalam bidang masing-masing, seperti berikut:-

  • PTS Milenia Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku popular.
  • PTS Professional Publishing Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku akademik, perniagaan, pengurusan dan pendidikan.
  • PTS One Sdn Bhd yang menerbitkan bacaan kanak-kanak dan remaja.
  • PTS Litera Utama Sdn Bhd yang menerbitkan novel dewasa.
  • PTS Islamika Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku Islam.
  • PTS Fortuna Sdn Bhd yang menerbitkan novel untuk pembaca lelaki.
  • PTS Darul Furqan Sdn Bhd yang menerbitkan al-Quran dan bacaan berkaitan.
  • PTS Netmedia Sdn Bhd yang menerbitkan buku-buku berkaitan IT.

Penjualan, pengedaran serta pemasaran buku-buku kumpulan PTS dipusatkan melalui PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Buku-buku yang diterbitkan terdiri dari tulisan pengarang tempatan dan juga terjemahan dari pengarang antarabangsa.

Rangkaian edaran PTS merangkumi kedai-kedai buku korporat, dan juga kedai buku tempatan yang berjumlah lebih dari 300 buah di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mengenai PTS | Portal PTS. Capaian 18 Februari 2013