Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PUSPANITA)
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia
Kerangka
KependekanPUSPANITA
Status undang-undangPersatuan
Bahasa rasmiBahasa Malaysia
Tapak webPUSPANITA
Sejarah
Dibentuk1 Mac 1983
Pengurusan
PenaungMuhaini Zainal Abidin
PenasihatMohd Zuki Ali
Yang di-PertuaPuan Sri Norizam Che Mohd Nor
Lokasi
(Optional)
Ibu pejabatLot PT 2280-2283 Persiaran Seri Perdana Presint 10 62000 Putrajaya
Lokasi
Kawasan perkhidmatanMalaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia atau ringkasnya PUSPANITA adalah satu pertubuhan yang mewakili para kakitangan wanita dan pasangan pegawai dan kakitangan Kerajaan Malaysia. Ia ditubuhkan pada 1 Mac 1983 dan penaung pertamanya adalah Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.[1] Selepas 37 tahun dan pada tarikh yang sama, Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman pula dilantik sebagai penaung dan menggantikan tempat Tun Dr. Siti Hasmah. Kemudian beliau diganti oleh Datin Sri Muhaini Zainal Abidin.

Menurut perlembagaan persatuan, isteri Perdana Menteri Malaysia perlu dilantik sebagai Penaung PUSPANITA, Ketua Setiausaha Negara pula sebagai Penasihat PUSPANITA dan isteri kepada Ketua Setiausaha Negara pula sebagai Yang di-Pertua PUSPANITA.[2]

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Bagi menganjurkan acara dan aktiviti, PUSPANITA mempunyai bangunan sendiri, iaitu Bangunan Puspanitapuri di Putrajaya dan Rumah PUSPANITA di Kuala Lumpur. Selain daripada itu, kemudahan dewan seperti Dewan De' Seri Endon di Presint 10, Putrajaya juga disediakan bagi kegunaan pelbagai majlis.

Gelanggang sukan dan kemudahan penginapan juga disediakan di Bangunan Puspanitapuri.

Cawangan[sunting | sunting sumber]

Setiap kementerian dan jabatan di Malaysia ada ditubuhkan cawangan kecil bagi mewakili setiap kakitangan wanita dan suri kakitangan kerajaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]