Haris Ismail

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PU Riz)
Haris Ismail
Kelahiran
Muhammad Haris bin Mohd Ismail

(1995-05-02) 2 Mei 1995 (umur 28)
Nama lainPU Riz, Riz Ismail
PendidikanIjazah Sarjana Muda Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) dan minor Pembelajaran Islam
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PekerjaanPelakon, pendakwah bebas
Tahun aktif2016–kini
Terkenal keranaPencetus Ummah
Akademi Sahur Asia
PasanganNeelofa (k. 2021)
Anak-anak2

Muhammad Haris Mohd Ismail (dilahirkan pada 2 Mei 1995) atau lebih dikenali sebagai PU Riz merupakan seorang pelakon dan pendakwah bebas Malaysia. Haris merupakan peserta program realiti Pencetus Ummah Musim 4 pada 2016.[1][2]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mac 2021, beliau selamat melangsungkan pernikahan dengan bekas pelakon dan pengacara TV, Neelofa dengan mengadakan sebuah majlis akad nikah yang mempunyai had tetamu.

Beliau dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Bermula daripada sesi perkahwinannya dengan Neelofa pada 27 Mac 2021, Haris serta Neelofa terpalit dalam siri perlanggaran tatacara operasi piawai berdasarkan hukum pandemik COVID-19 yang melanda negara serta dunia pada masa itu pada bulan-bulan awal perkahwinan. Perlanggaran-perlanggaran yang dilakukan termasuk tidak menjaga penjarakan sosial ketika sesi perkahwinan mereka serta salah guna permit rentas negeri bagi tujuan peribadi. Siri perlanggaran yang dilakukan serta hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka mendapat perhatian serta kutukan pelbagai pihak. Kontroversi ini menjadi contoh utama persepsi ketidakadilan terhadap golongan atasan yang dipetik oleh orang ramai.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk lagu Catatan
2023
"Jodoh Ajal Rezeki"
bersama Faizal Tahir & Neelofa

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2020 Ada Apa Dengan Dosa Khaliq Filem pertama
2021 Seandainya Kau Ada Dr. Haris

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2017 Kisah Dari Mekah Astro Oasis Drama pertama
2018 Kelip-Kelip Di Kota London Daniel TV3
Selafaz Cinta Ustaz Fakih Astro Prima
Air Mata Di Bumi Matador Lan TV2
Geng Tadarus Ustaz Danial
Lelaki Kiriman Tuhan Hasnan Astro Oasis
2019 Anugerah Cinta Aisyah Syazwan TV Okey
Tolong Aku Doktor Cinta Irfan TV2
2020 Korban Kasih TV1
Pelindung Seorang Puteri Alif Astro Ria
2021 Bila Hati Berbisik Ustaz Reza TV Okey

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Jatuh Cinta Buta Astro Ria
2017 Dosa Perempuan Osman TV3
2018 Kahwin-Kahwin Astro Citra
2019 Khutbah Terakhir Ustaz Hidayat TV1
Keliru Ibu Rayqal
2020 Rindu Cinta Zulaikha
Panggilan Haji
Misteri Bilik Bawah Nazri TV3
Ustaz Rock TV Okey

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2020 Chit Chat Ustaz Dirinya sendiri Awesome TV
2023 Salam Baitullah Pengacara TV1 / Berita RTM mengacara bersama Fakhrul UNIC & Yatt Hamzah

Peserta[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk
2016 Pencetus Ummah (Musim 4)
2017 Akademi Sahur Asia

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 Gandingan Serasi Filem ​Popular Wanna Ali & PU Riz Menang
Anugerah MeleTOP Era 2021 Filem Meletop Ada Apa Dengan Dosa Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "9 Biodata Peserta Pencetus Ummah Musim 4". Selongkar10. 30 Oktober 2016.
  2. ^ "Dikritik Riz ada sebab". Utusan Melayu. 29 Januari 2017.
  3. ^ Minderjeet Kaur (27 April 2021). "RM60K for Neelofa, RM50K for burger seller – it's just not fine, say netizens". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-04-27. Dicapai pada 27 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]