Paʻanga
Paʻanga | |
---|---|
Tonga paʻanga Templat:To icon | |
ISO 4217 | |
Kod | TOP |
Jenis mata wang | |
Superunit | |
100 | hau |
Subunit | |
1/100 | seniti |
Simbol | T$ (kadang-kadang PT) |
seniti | ¢ |
Wang kertas | T$1, T$2, T$5, T$10, T$20, T$50, T$100 |
Syiling | |
Kerap digunakan | 5¢, 10¢, 20¢, 50¢ |
Jarang digunakan | 1¢, 2¢ |
Demografi | |
Pengguna | Tonga |
Pengeluaran | |
Bank Rizab Negara Tonga | |
Tapak web | www.reservebank.to |
Penilaian | |
Inflasi | 4.5% |
Sumber | The World Factbook, 2012 est. |
sunting |
Paʻanga (Kod ISO: TOP, singkatan: T $) adalah mata wang Tonga. Ia dikendalikan oleh Bank Rizab Negara Tonga (Pangikē Pule Fakafonuaʻo Tonga ) di Nukuʻalofa.
1 paʻ anga dibahagikan kepada 100 seniti. Walau bagaimanapun, mata wang ini tidak boleh ditukar sebaliknya dipancang kepada mata-mata wang asing tertentu iaitu dolar-dolar Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat serta yen Jepun.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Paʻanga merupakan nama setempat diberikan kepada biji pokok sintok (Entada phaseoloides) yang sering digunakan untuk tujuan perhiasan mahupun dalam permainan tertentu.[1]
Perkaitan nama paʻanga kepada nilai wang mula dengan suatu kejadian di mana sebuah kapal bernama Port-au-Prince berlabuh berdekatan pulau Lifuka pada 1 Disember 1806 untuk membaiki suatu kebocoran pada badan kapal. Kapal ini gagal diselamatkan lalu terpaksa ditenggelamkan. Pada ketika inilah salah satu ketua setempat bernama Fīnau ʻUlukālala mengambil kesempatan menjarah segala isi kapal tersebut sambil anak-anak buahnya membunuh banyak orang kapal tersebut.[2][3] Fīnau mendapati longgokan kepingan besi yang disangkanya barang mainan seperti yang ada pada mereka lalu dibuang.[3][4]
Fīnau beberapa lama kemudian bertembung dengan salah satu anak kapal yang terselamat iaitu William Mariner yang ditanyakannya mengenai kepingan logam ini, dan Mariner memberitahunya bahawa kepingan tersebut sangat bernilai dan bukan sekadar buah mainan.[3][4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ K, Lim T. (2012). Edible Medicinal And Non-Medicinal Plants: Volume 2, Fruits (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. m/s. 627–633. ISBN 978-94-007-1764-0.
- ^ Findlay, Alexander George (1851) A directory for the navigation of the Pacific ocean. p. 807.
- ^ a b c Spread, Patrick (2013). Support-bargaining, Economics, and Society: A Social Species (dalam bahasa Inggeris). Routledge. m/s. 200–201. ISBN 978-0-415-64112-8.
- ^ a b Somerville, Henry Boyle Townshend (1937). Will Mariner: A True Record of Adventure (dalam bahasa Inggeris). Houghton Mifflin. m/s. 240–241.