Pergi ke kandungan

Pabila Dia Tersenyum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pabila Dia Tersenyum merupakan sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2025 terbitan Global Film Station Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Feroz Kader. Ia dibintangi oleh Alya Iman, Amir Ahnaf dan Adam Lee. Drama ini memulakan tayangan perdana di Viu pada 24 April hingga 24 Mei 2025.

Pabila Dia Tersenyum
Genre
Berdasarkan daripada
Pabila Dia Tersenyum
karya Liza Nur
Ditulis olehLiza Nur
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu penutup"Jahat" - Wany Hasrita
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifDato Zaiton Muhd Jiwa
Penerbit
  • Zetty Alia Ramly
  • Zetty Adila Ramly
PenyuntingGlobal Post
Syarikat penerbitan
Global Film Station Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asal
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal24 April 2025 – 24 Mei 2025

Pabila Dia Tersenyum refleksi dunia fiksyen Elina. Kerana gilakan Irman, ibu Elina, Mirah meninggalkan keluarga. Selepas ayah saudaranya, Benson dimasukkan ke lokap, Elina yang hidup diperam benci terpaksa menjejaki Mirah. Zuhayr yang dalam perjalanan pulang terjumpa Elina yang sedang nyawa-nyawa ikan di dalam semak dan menghantarnya ke hospital.

Apabila sedar dari koma, Elina kehilangan memorinya. Bermulalah hidup kucar-kacir Zuhayr yang cuba melindungi gadis yang hanya dikenali melalui nama atas kad pengenalan. Hadirnya Zafrul yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah haru.