Pacat (burung)
Pacat | |
---|---|
![]() | |
Pacat gembala pelanduk di selatan Thailand | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Haiwan |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Passeriformes |
Suborder: | Tyranni |
Infraorder: | Eurylaimides |
Superkeluarga: | Pittoidea |
Keluarga: | Pittidae Authority disputed.[a] |
Genus | |
Pacat adalah satu keluarga biologi, Pittidae, burung siul yang boleh ditemui di Asia, Australasia dan Afrika. Terdapat kira-kira 40 hingga 42 spesies burung pacat, semuanya serupa dari segi rupa umum dan kelakuan. Pacat merupakan suboscine Dunia Lama, dan saudara paling rapat mereka adalah burung-burung dalam Smithornis dan Calyptomena. Asalnya, ia diletakkan dalam genus tunggal, apabila pada tahun 2009 mereka dipisahkan kepada tiga genus: Pitta, Erythropitta dan Hydrornis. Pacat merupakan burung siul bersaiz standard, dengan panjang 15 hingga 25 cm (5.9–9.8 in), berbadan bulat, dan kaki dan jari yang panjang dan kuat. Ia mempunyai ekor pendek dan bulat, paruh yang sedikit bengkok. Kebanyakan mempunyai bulu yang berwarna terang.
Kebanyakan spesies pacat hidup di kawasan tropika; beberapa spesies boleh ditemui di kawasan iklim berbeza. Meskipun kebanyakan spesies hidup di kawasan hutan, terdapat juga spesies yang hidup di hutan bakau dan belukar. Pacat merupakan sejenis burung yang menjaga kawasannya dan hidup bersendirian. Ia mencari makan di lantai hutan hujan yang dilindungi oleh teduhan. Ia memakan cacing tanah, siput, serangga dan serangga invertebrata sepertinya, selain haiwan vertebrata kecil. Pacat adalah spesies monogami dan burung betina akan bertelur sehingga enam biji dalam sebuah sarang berkubah yang besar di dalam batang pokok atau belukar, atau kadangkala di atas tanah. Pasangan akan menjaga anak-anaknya. Empat spesies pacat merupakan burung hijrah sepenuhnya, dan beberapa spesies yang lain adalah separa hijrah. Bagaimanapun, penghijrahan mereka hanya sedikit yang difahami.
Empat spesies pacat telah disenaraikan sebagai Terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi; sembilan spesies lagi disenaraikan sebagai Ancaman Lemah dan beberapa lagi Hampir Terancam. Ancaman utama pada pacat adalah kehilangan habitat ekoran aktiviti pelupusan hutan yang pantas, selain menjadi sasaran perdagangan burung sangkar. Pacat adalah satu spesies popular dalam kalangan pemerhati burung ekoran warna bulunya yang terang dan kesukaran untuk menemuinya.
Spesies burung pacat
[sunting | sunting sumber]Terdapat 42 spesies burung pacat yang dibahagikan kepada tiga genus berdasarkan Kongres Ornitologikal Antarabangsa' (IOC) Birds of the World: Recommended English Names.[4]
Imej | Genus | Spesies hidup |
---|---|---|
![]() |
Hydrornis |
|
![]() |
Erythropitta |
|
![]() |
Pitta |
|
Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Walter Bock credited William Swainson, 1831 as the authority for the family name Pittidae.[1] This assignment has been disputed by Storrs Olson on the grounds that Swainson used the word Pittae as the plural form of the Latin word Pitta and did not intend to introduce a family name.[2] Charles Lucian Bonaparte used "Pittidae" for the family in 1850.[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Bock, Walter J. (1994). History and Nomenclature of Avian Family-Group Names. Bulletin of the American Museum of Natural History. Number 222. New York: American Museum of Natural History. m/s. 147, 262. hdl:2246/830.
- ^ Olson, Storrs L. (1995). "Reviewed Work: History and Nomenclature of Avian Family-Group Names. Bulletin of the American Museum of Natural History, Volume 222 by W.J. Bock" (PDF). The Auk. 112 (2): 539–546 [544]. doi:10.2307/4088759. JSTOR 4088759.
- ^ Bonaparte, Charles Lucian (1850). Conspectus Generum Avium (dalam bahasa Latin). Volume 1. Leiden: E.J. Brill. m/s. 253.
|volume=
has extra text (bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaIOC
Petikan teks
[sunting | sunting sumber]- Erritzoe, L.; Erritzoe, H. (1998). Pittas of the World, A Monograph of the Pitta Family. Cambridge: Lutterworth Press. ISBN 978-0-7188-2961-2.CS1 maint: ref=harv (link)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pacat (burung) |
![]() |
Wikispesies mempunyai maklumat berkaitan dengan Pacat (burung) |
- Pitta videos on the Internet Bird Collection