Pacat Pari-pari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Pacat Pari-pari
Fairy Pitta 3952.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
P. nympha
Nama binomial
Pitta nympha

Pacat Pari-pari (bahasa Inggeris: Fairy Pitta)[2] adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya ialah Pitta nympha. Populasinya dianggarkan sekitar 2,500 dan 10,000 individual (2012). Bilangannya dianggarkan semakin berkurangan akibat penebangan hutan dikawasan pembiakannya, terutamanya bagi pertanian dan balak, bersama dengan penangkapan bagi perniagaan burung peliharaan.

Permakanan[sunting | sunting sumber]

Pacat Pari-pari memburu cacing, labah-labah, serangga, dan siput sebagai makanan.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Ia membiak di timur laut Asia di Jepun, Korea Selatan, Tanah Besar Cina dan Taiwan, migran di Thailand dan menghabiskan musim sejuk di kepulauan Borneo di Malaysia Timur, Brunei, dan Kalimantan di Indonesia.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Pacat Pari-pari membentuk superspesies bersama (P. brachyura), (P. megarhyncha) dan burung Pacat Sayap Biru (P. moluccensis).

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Pacat Pari-pari ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan : tergolong dalam keluarga : Pittidae. Pacat Pari-pari ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Pacat Pari-pari terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai burung, Pacat Pari-pari membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Pacat Pari-pari merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2012). "Pitta nympha". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN Versi 2012.1. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. Dicapai pada 16 July 2012.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan putus]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z