Padang Keria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Padang Keria merupakan sebuah kawasan perkampungan yang terletak di bawah mukim Sanglang, Perlis Indera Kayangan. Majoriti penduduknya berbangsa Melayu. Walaupun berdekatan dengan laut, namun aktiviti penanaman padi adalah kegiatan ekonomi utama penduduknya.

Asal usul nama[sunting | sunting sumber]

Asal usul Padang Keria diambil menerusi satu peristiwa yang berlaku kepada penduduk kampung berkenaan di mana suatu ketika dahulu. Spesis burung yang bernama "keria" telah merosakkan tanaman padi penduduk kampung suatu ketika dahulu. Penduduk kampung telah mencari jalan penyelesaian dengan membuat perangkap dan mengusir burung berkenaan keluar dari kampung ini yang kaya dengan hasil tanaman padi. Setelah berjaya menghalau burung "keria", barulah tanaman padi penduduk kampung membuahkan hasilnya sehingga menjadi kuning keemasan. Lantaran itu, penduduk kampung telah bersepakat menamakan kampung ini dengan nama Padang Keria sempena keluasan sawah padi dan nama burung Keria yang nama sainsnya ialah Grus antigone.


Ekonomi Utama Menjadi tradisi turun temurun penduduk kampung menjalankan aktiviti menanam padi. Aktiviti tanaman pokok padi ini dijalankan secara gotong-royong oleh penduduk kampung sejak sebelum Perang Dunia Pertama lagi. Penduduk kampung pada ketika itu, hidup secara bermuafakat dan saling bantu-membantu dalam apa jua hal seharian. Padi dulunya ianya diusahakan dengan menggunakan kudrat manusia. Petani-petani dari Selatan Thailand iaitu Pattani telah dipinjamkan untuk bekerja di sini. Manakala kerbau menjadi jentera pembajak yang sangat penting. Tanaman ini diusahan sekali setahun pada mulanya dan dua kali setahun apabila air sudah mencukupi. Padang Keria juga terkenal dengan tanaman mempelam Sala yang ditanam secara projek atau secara bersahaja. Namun begitu, ianya sedikit sebanyak dapat membantu menambah pendapatan penduduk kampung. Nama Padang Keria juga masyhur dengan buah mempelam sala yang banyak.

Aktiviti Lain

Selain bekerja dalam perkhidmatan kerajaan dan swasta, ada juga penduduk kampung ini yang menjalankan perniagaan seperti membuka syarikat sendiri atau sebagainya. Memandangkan Padang Keria bedekatan dengan laut (sebelah barat), ada juga penduduk kampung yang menjalankan pekerjaan sebagai nelayan. Padang Keria terkenal dengan ikan darat dan ikan laut. Sebab itulah ramai orang dari luar berkunjung ke sini untuk memancing ikan samaada darat mahupun laut.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Jalan Padang Keria[sunting | sunting sumber]

Jalan utama sepanjang 3 KM yang dikenali sebagai Jalan Padang Keria menghubungkan Sungai Padang (utara) dan Simpang Sanglang (selatan). Jalan ini dibina sekitar tahun 1960-an.

Masjid Darus Salam[sunting | sunting sumber]

Menjadi rumah ibadat kepada penduduk Islam kariah ini. Kebanyakkan penduduk kampung terdiri daripada 98 peratus orang Melayu beragama Islam.

Sekolah Kebangsaan Padang Keria[sunting | sunting sumber]

Dibina pada tahun 1951 di sebuah tapak (Tanah Perkuburan Islam Sekarang) yang hanya boleh menempatkan bilangan murid yang sedikit sahaja. Oleh kerana minat yang mendalam mengenai pendidikan, pada tahun 1963 kerajaan telah membina sebuah sekolah tetap kepada penduduk di sini. Kini SK Padang Keria berdiri teguh dengan pembinaan beberapa blok lagi bangunan 4 tingkat. SK Padang Keria menjadi nadi utama pendidikan masyarakat. Disilah lahirnya tokoh-tokoh pelbagai bidang yang telah menabur jasa dan bakti mereka kepada agama, bangsa dan negara.

Dewan Padang Keria[sunting | sunting sumber]

Dewan ini dibina bagi memudahkan penduduk kampung menjalankan aktiviti kemasyarakatan.