Padang Matsirat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Padang Mat Sirat)
Mukim Padang Matsirat
مقيم بڬان
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Kedah
DaerahLangkawi
KeluasanN/A

Padang Matsirat merupakan sebuah bandar kecil di Pulau Langkawi,[1] Kedah, Malaysia.

Padang Mat Sirat atau juga dikenali padang beras terbakar merujuk kepada satu tempat kejadian yang dikatakan berlaku kira-kira tujuh bulan selepas Mahsuri dihukum bunuh oleh Dato' Kerma Jaya pada 1821 bilamana Thailand telah datang menjajah Kedah dan Pulau Langkawi.

Dato' Kerma Jaya telah mengumpulkan beras di Padang Mat Sirat sebagai persediaan menghadapi Perang Musuh Bisik dan apabila mendapati pihak tentera Thailand semakin mara, Dato' Karma Jaya telah memerintahkan beras-beras tersebut dibakar bagi menghalang beras tersebut dirampas oleh pihak Thailand. Namun begitu, tentera-tentera Thailand berjaya merampas sebahagian besar simpanan beras dari gudang Dato' Kerma Jaya tersebut dan membumihanguskan semua baki simpanan beras dan makanan penduduk Langkawi.

Baki beras terbakar itu masih boleh didapati di kawasan Padang Mat Sirat, Kampung Raha. Pada suatu masa dahulu, ramai pelancong yang mengutip beras-beras tersebut, dengan itu kawasan tersebut kini dipagar bagi menghalang baki beras terbakar yang semakin sedikit itu daripada habis dikutip para pelancong.

Beras-beras tersebut dikatakan disimpan di bawah tanah sebelum dibakar. Bagaimanapun beras terbakar tersebut terdedah akibat hujan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]