Padang Merdeka Kota Kinabalu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Padang Merdeka Kota Kinabalu menjadi satu-satunya tempat bersukan pada zaman penjajahan British. Sebelum Dewan Masyarakat Jesselton dibina pada tahun 1950-an, padang ini bukan sahaja kawasan bermain bola sepak, tetapi juga menjadi kawasan perarakan. Pendek kata, padang ini umpama stadium pada zaman sebelum terbinanya Kompleks Sukan Kota Kinabalu. Pada 16 September 1963, Allahyarham Tun Fuad Stephens telah mengiisytiharkan penyertaan negeri Sabah ke dalam gagasan Malaysia. Sejak itu, Padang Merdeka hanya digunakan untuk upacara-upacara kecil.