Padang Serai, Kulim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Padang Serai ialah sebuah bandar kecil yang terletak di daerah Kulim, Kedah, Malaysia. Kebanyakan penduduk juga bertempat di Padang Serai kerana bandar kecil ini juga terletak tidak jauh ke Lebuhraya Utara Selatan (bahagian Pulau Pinang ke Ipoh). Bandar ini ialah bandar satelit Bandaraya Pulau Pinang.

Padang Serai juga merupakan bandar sedang membangun di Selatan Kedah Darul Aman. Terdapat banyak perumahan lama dan baru disini merangkumi hampir 10,000 unit perumahan.

Terdapat juga sebuah Hotel bernama D'Keriangan yang menyediakan kemudahan penginapan.

Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Padang Serai terletak di perjalanan dari bandar Kulim di selatan ke bandar di tepi Lebuhraya Utara-Selatan yang terletak di Kedah Tengah, Sungai Petani, melalui jalan lama. Kedudukan Padang Serai juga terletak di antara perjalanan dari pekan Merbau Pulas ke Pulau Pinang dan juga perjalanan pekan Baling dan Gerik ke bandar Kulim di bahagian timur.

Taman perumahan[sunting | sunting sumber]

Taman Melati
Taman Sri Melati
Taman Ria
Taman Serai Setia
Taman Mahsuri
Taman Berkat
Taman Melor
Taman Damai
Taman Lagenda
Taman Bunga Raya

Kampung[sunting | sunting sumber]

Antara kampung yang terdapat dalam kawasan Padang Serai ialah Gajah Merangkak, Lesung Tujuh, Sidam Kanan, Tanjong Belit, Ekor Kucing, Terat Batu, Guar Lobak,Teluk Binu,Paya Ketiau, Kampung Sentosa yang dahulunya dikenali Kampung Dekey. Padang Serai dahulunya sebuah pekan kecil dikelilingi ladang-ladang sawit, getah dan sawah padi. Ladang-ladang sawit yang terdapat di padang Serai ialah Ladang Henretar dan Ladang Victoria