Padang Sofbol Fengtai
Penampilan
Padang Sofbol Fengtai merupakan stadium sofbol yang terletak di Beijing, China. Ia menganjurkan pertandingan sofbol bagi Sukan Olimpik 2008.
Kompleks ini mengandungi 2 padang pertandingan dan satu padang latihan. Stadium ini memiliki kapasiti 13,000 dan keluasan lantai 15,570 meter persegi. Ia juga mempunyai padang persediaan yang memiliki kapasiti 3500 dan 2 padang latihan.
Ia menjadi salah satu venue Sukan Asia 1990 dan Kejohanan Piala Dunia Sofbol Wanita 1992.
Pengubahsuaian stadium ini disiapkan pada 28 Julai 2006 yang mana bersedia menganjurkan Kejohanan Dunia Sofbol Wanita ke-XI pada akhir Ogos. Ia menjadi venue Olimpik pertama yang disiapkan dan sedia untuk digunakan.