Padiberas Nasional Berhad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Padiberas Nasional Berhad
Jenis Awam (MYX: BERNAS)
Industri Utama: Makanan dan minuman
Sampingan: Biji-bijian dan tepung[1]
Ditubuhkan Januari 1996
Ibu pejabat Petaling Jaya, Selangor
Malaysia Malaysia
Perancang utama Syed Abdul Jabbar Syed Hassan, Pengerusi
Ahmad Tarmizi Mohamed Hariri, Ketua Pegawai Kewangan (CFO)
Mohammad Ramdan Yusof, Ketua Pegawai Operasi (COO)
Hasil RM 105 juta (2007)
Pendapatan bersih RM 26 juta (2007)
Pekerja 2,807 (Mac 2008)
Laman sesawang Padiberas Nasional Berhad

Padiberas Nasional Berhad (MYX: BERNAS) telah diswastakan pada Januari 1996 dan mengambilalih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan.

Dari situ, BERNAS menyambung peranan utama dalam mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara, di samping mengambilalih tanggungjawab sosial dan komersil yang selama ini dipikul oleh LPN. Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani.

Pada 25 Ogos 1997, BERNAS telah mencatatkan satu lagi peristiwa bersejarah apabila disenaraikan di papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur. BERNAS terus berkembang melalui integrasi rantaian pembekalannya bersama pengusaha-pengusaha di peringkat antarabangsa bagi sektor pemborongan, perladangan, pemprosesan dan pengedaran.

Sebagai sebuah badan korporat, BERNAS bertanggungjawab untuk memastikan penyediaan bekalan beras yang berterusan dengan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia dengan mengoptimakan rangkaian pembekalan, infrastruktur dan rangkaian pengedaran Syarikat. Syarikat juga turut memberi perhatian kepada pengurusan alam sekitar melalui penekanan kepada pembuangan sekam padi yang efektif di samping mempelbagai hasilan syarikat dengan memaksimumkan potensi produk-produk sampingannya.

Pada 26 April 2011, Bernas mengumumkan kerajaan persekutuan telah memanjangkan tempoh pengedaran beras selama 10 tahun bermula dari Januari 11, 2011 hingga Januari 10, 2021.

Dimiliki syarikat asing[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Julai 2009 syarikat pelaburan dari Hong Kong, Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) telah berjaya mendapatkan ekuiti sebanyak 31% menerusi pasaran terbuka tetapi Bernas perjelaskan bahawa kepentingan semua pihak yang terdiri daripada petani, pengilang, pemborong, pengguna dan pemegang saham adalah dilindungi.[2]Selepas itu, Syed Mokhtar Bukhari melalui Tradewinds memiliki 53.7% ekuiti Bernas bersamaan dengan RM526 juta tunai. Ini menyebabkan satu tawaran lain yang menyebabkan Tradewinds memegang 72.57% kepentingan ekuiti di dalam Bernas.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]